Sabtu, Jun 21, 2025

Asbab majlis di Jelai - Menyentuh hal tasik purba Bahau dari atas puncak Bukit Penarikan

OK. Pergi pada cerita hari terakhir perjalanan berkenaan. Bersambung daripada Asbab majlis di Jelai - Bukit Taisho hingga ke puncak tertinggi banjaran.



Awal pagi Ahad 16 Jun 2025 bersamaan 19 Zulhijjah 1446 Hijriah. Saya telah bermalam di surau ini lalu menunaikan solat Subuh berjemaah. Lihat artikel Surau (Praying hall of) Kampung Jambu Lapan di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN.




Selepas solat dan sedikit wirid cadangnya hendak keluar menjejak tempat bersejarah berdekatan kemudian mendaki bukit berkaitan. Tengok-tengok turun hujan lebat. Saya pun mengisi masa dengan menyambung bacaan Al Quran bagi proses pengkhataman bulan Zulhijjah. Kalau tak kerana hujan harus bacaan dimulakan di atas bukit.




Sebetulnya sepanjang malam hujan lebat. Selepas membaca Al Quran, buat pertama kali sejak memulakan perjalanan pagi Sabtu 14 Jun saya menyambung kerja kajian dan penulisan tesis di ISTAC (Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam). Sebelum itu kepala rasa tak larat hendak memikirkan perkara begitu berat. Kalau setakat fikir sahaja tak apa lagi. Perlu pastikan ketelitian dan tiada silap dalam membuat penulisan susulan, itu yang sebenarnya tak larat.



Sebetulnya sejak kecil fikiran saya secara automatik selalu memikirkan hal yang berat. Ini termasuk hal-hal melibatkan keTuhanan, kejadian alam, bagaimana ia sebenarnya dizahirkan dan peringkat-peringkatnya bermula daripada firman Tuhan. Dalam keadaan pemikiran selalu begitu menulis lebih santai terutama di CATATAN SI MERAH SILU sangat membantu melepaskan tekanan lalu jadi lebih waras. Apapun, selepas matahari naik sambung tidur. Selepas jam 10 baru bergerak meninggalkan surau.




Pergilah ke tempat bersejarah berdekatan yang mana surau tadi merupakan terdekat boleh saya menginap dan berehat.




Tempat bersejarah yang merupakan sebahagian daripada apa yang dikenali sebagai "Jalan Penarikan" ini sudah banyak kali disinggahi lalu disebut atau diceritakan dalam blogspot.




Untuk cerita yang lebih menyeluruh boleh rujuk artikel lama Kumpulan artikel "Dari Kuala Muar ke Kuala Pahang"  dan tonton video yang dipautkan di dalamnya.




Sejak pertama kali sampai 17 tahun lalu (lihat Kembara terbaru ke Pantai Timur... Sesi dibuka dengan menyusuri Jalan Penarikan di Negeri Sembilan! diikuti Sambungan cerita "Menyusuri Jalan Penarikan di Negeri Sembilan!"... Menyusuri juga makna sebuah mimpi lebih 10 tahun lalu dan kehadiran hantu Siam?...) saya telah menjejak pelbagai bahagian laluan berkenaan. Namun baru sekitar setahun gitu menyimpan hajat untuk mendaki bukit berkenaan yang dikenali sebagai Bukit Penarikan.



Sekitar setengah tahun lalu pula baru tahu ada denai atau laluan untuk mendaki. Baru kali ini ada kelapangan dan kesempatan untuk melaksanakan.



Dipendekkan cerita sampai ke puncak tertinggi bukit juga dua puncak lain. Oh. Gambar ini diambil dalam keadaan cahaya matahari begitu cerah sehingga paparan pada skrin telefon bimbit kelihatan sangat samar. Takpalah janji ada 'buah tangan'. Lihat artikel-artikel berikut di blogspot  BERPETUALANG KE ACEH :-









Turut dibuat rakaman video yang kemudian dimuatnaik ke Tiktok. Sambil menunjuk lokasi-lokasi berkenaan dari puncak bukit diceritakan tentang Jalan Penarikan juga sebuah tasik besar yang pernah dilihat dalam mimpi, tasik purba Bahau. Sila klik sini.




Selepas puas menjejak puncak-puncak baru berehat di pelantar kayu sebuah puncak lalu menyambung bacaan Al Quran. Sempatlah tidur sebentar sebelum isteri menelefon meminta cepat mengambil di rumah adiknya di Semenyih. Kerana selepas itu mahu mengambil anak bongsu keluar dari asrama tahfiz di selatan bandar raya Kuala Lumpur untuk satu utrusan.




Maka bergegaslah menuruni bukit kemudian memandu ke arah Semenyih. 




Masuk sebentar ke bandar diraja Negeri Sembilan iaitu pekan Seri Menanti untuk mengelak kesesakan jalan raya di Tanjung Ipoh.



Selepas mengambil anak iaitu selepas masuk waktu Asar bergerak pula ke pusat bandar raya Kuala Lumpur.









Sampai ke rumah selepas masuk Isyak meter kereta menunjukkan nombor 339.7 km sebagai jarak pemanduan. Tapi sebenarnya kena campur lagi 169 km. Ini kerana terlupa hendak mengosongkan meter ketika hendak memulakan perjalanan dari rumah. Sebaliknya selepas singgah di sebuah masjid sekitar 4 km sebelum jalan masuk ke Bukit Baginda (lihat Asbab majlis di Jelai - Mendaki Bukit Baginda dan batu berombak) baru tersedar lalu mengosongkan. Oleh itu jarak pemanduan sebenar meliputi  harus mencapai 509 km.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan