Salam petang Jumaat pertama bulan Syawal. Menyambung penceritaan daripada artikel Raya Aidilfitri 2025 di Tanjung Sepat.
Selasa malam Rabu yang sudah masuk 3 Syawal. Selepas jam 8 bergerak meninggalkan kampung isteri di Tanjung Sepat untuk ke kampung saya di Muar.
Mengambil jalan dalam/kampung sebelum mengambil lebuh raya dari Simpang Ampat. Gambar ini diambil selepas jam 11 malam di hentian Bemban. Berhenti rehat dan makan-makan...
Gambar ini pula diambil pagi Rabu 2 Mac 2025. Tertarik melihat kebetulan bil menunjukkan nombor 7.70 (RM7.70 harga sebuku roti dan sepaket gula-gula).
Ini kerana sama dengan nombor plet kereta. Apa yang berlaku pagi itu, ibu mahu makan roti tapi yang di rumah dah habis. Pergi ke kedai-kedai dalam kawasan kampung pun semua dah habis roti, belum dapat bekalan baru. Terpaksa pergi ke stesyen Petronas jauh sedikit dari kampung. Tengok-tengok berlaku hal nombor 770.
Kembali ke rumah ibu bapa, meter kereta menunjukkan ia sudah dipandu sejauh 779.1 km sejak meninggalkan rumah awal pagi Sabtu 28 Mac. Semakan menggunakan Google Earth menunjukkan jarak pemanduan mencapai 770 km ketika menaiki jambatan menyeberang Sungai Muar untuk ke rumah tengah malam sebelum itu.
Petang selepas Zohor keluar makan minum bersama isteri dan anak-anak.
Beginilah saya berpakaian.
Pergi ke masjid jamek Muar.
Bergambar di perkarangan masjid di tepian Sungai Muar.
Lewat petang menerima kedatangan saudara mara di rumah ibu bapa.
Petang Khamis 3 Mac bersamaan 4 Ramadan. Bergerak meninggalkan Muar untuk kembali ke rumah sendiri di Bandar Sungai Buaya.
Masuk Melaka ikut jalan lama...
Masuk ke Pantai Puteri singgah ke surah ini. Lihat artikel Surau (Praying hall of) Al-Khautar, Pengkalan Perigi di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART).
Makan-makan dan minum dekat pantai. Lihat artikel A fine day at Pantai Puteri in Melaka di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.
Selepas masuk waktu Maghrib singgah beraya di rumah kawan di Sendayan.
Ada beberapa persinggahan lagi dibuat sebelum sampai ke rumah selepas tengah malam. Didapati jarak pemanduan akhirnya mencapai hampir 1,090 km.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan