OK. Pergi pada hari ketiga perjalanan baru Pantai Timur yang masih berlangsung sekarang. Adapun ketika ini saya dan isteri sedang dan masih berada di Masjid Raja, Kampung Chepor, Lenggor, sejak sampai dari Kelantan tengah malam tadi. Jarak pemanduan sudah mencapai hampir 1,150 km. Agar penceritaan kali ini cukup perisa saya telah terlebih dahulu menyiapkan 11 buah artikel di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) dan 4 di BERPETUALANG KE ACEH. Bersambung daripada Pantai Timur Ramadan 2025 - Menyusuri legasi keluarga Sharif Muhammad al-Baghdadi.
Pagi Sabtu 15 Mac 2025 bersamaan 14 Ramadan 1446 Hijrah. Melihat ke luar daripada tempat kami menginap malam sebelumnya.
Kali ini tidak di masjid. Sahabat yang kami panggil sebagai Kak Wati telah mengajak menginap di rumahnya, dalam Akademi Nik Rashidin di Kandis, Bachok.
Selepas jam 11 bergeraklah untuk menyambung perjalanan.
Pergi ke Bukit Marak.
Dikatakan bukit tersebut pernah menjadi tempat bersemayam watak legenda yang dikenali sebagai Puteri Saadong. Kami mahu mendaki ke puncak.
Singgah dahulu di masjid baru sana. Lihat Masjid baru (New mosque of) Bukit Marak.
Masuk ke jalan di belakang bukit.
Kami mendapat tahu di sebelah tanah perkuburan di kaki bukit terletak denai untuk mendaki ke atas. Lihat Tanah perkuburan (Burial ground of) Bukit Marak.
Ketika hendak memulakan pendakian terserempak dengan tiga orang lelaki dari Machang. Kata mereka sudah naik dan baru turun. Tetapi tidak sampai ke puncak. Sebab tak larat sedang berpuasa.
Isteri terasa was-was mendengarkan itu. Lagipun terlupa hendak membawa kasut yang sesuai untuk mendaki, setakat sandal yang selalu dipakai ke tempat kerja. Saya jawab teruskan je. Kita buat perlahan-lahan asal tidak mengalah.
Di sini saya tidak ingin memanjangkan cerita. Ini kerana isteri mendapat tahu abangnya di Tanjung Sepat sedang nazak lalu kami harus bergerak ke sana.
Dari Kampung Chepor ke Tanjung Sepat ada jarak lebih 350 km sedangkan saya sebenarnya belum cukup rehat. Saya memulakan penulisan artikel-artikel sokongan jam 10 pagi tadi. Jam 2 petang baru sampai pada ayat ini.
Kalau ikut rancangan asal banyak tempat lagi mahu disinggahi termasuk makam Tok Temong, makam Raja-raja Beruas dan Beting Beras Basah. Malam ini mahu beriktikaf malam Nuzul Quran di masjid warisan keluarga di Batak Rabit, Teluk Intan.
Tapi itu semua harus dilupakan disebabkan hal abang. Cuma akan singgah ke makam Laksamana Muhammad Amin di Bukit Chandan, kemudian terus ke Tanjung Sepat melalui jalan Pantai Barat.
Cukuplah dinyatakan kami berjaya sampai ke puncak Bukit Marak juga singgah ke beberapa lokasi menarik atas dan lereng bukit. Lihat artikel-artikel berikut (menurut turutan laluan pendakian dan penurunan) :-
Boleh disimpulkan - Melihat pada keadaan tempat-tempat yang terkait dengan Puteri Saadong baginda adalah seorang yang zuhud, sangat merendahkan diri. Bukit menjadi tempat beruzlah bagi merapatkan diri kepada Allah SWT, bukan bermewah-mewah sebagai raja.
Turun dari Bukit Marak. Kami ke masjid ini. Lihat Masjid (Mosque of) Imanul Fa'izin, Melor.
Selepas itu ke makam suami kepada Puteri Saadong. Lihat Lawatan baru (New visit to) makam (tomb of) Raja Abdullah, Melor.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan