OK. Kembali pada cerita perjalanan. Bersambung daripada artikel Perjalanan selatan penghujung 2024 - Dari 'parit' ke 'parit' hingga ke Tanjung Piai.
Awal pagi Khamis 26 Disember 2024. Melihat matahari terbit dari dalam bilik tempat kami menginap di Tanjung Piai.
Selepas jam 10 bawa anak-anak pergi ke Taman Negara Tanjung Piai.
Sambil menikmati suasana hutan bakau meneruskan proses pengkhataman Al-Quran bagi bulan Jamadil Akhir yang sudah masuk Juz 30.
Di hutan simpan itulah terdapat tempat paling penghujung selatan di tanah besar benua Asia. Lihat artikel-artikel berikut di blogspot BERPETUALANG KE ACEH...
Jam 1 petang baru keluar dari tempat penginapan lalu bergerak melepasi bandar Iskandar Puteri menuju ke Johor Bahru.
Singgah masjid jamek bagi menjamakkan solat Zuhur dan Asar.
Masuk sejenak ke pusat bandar raya.
Makan tengah hari lewat di tempat asal "kacang pol"...
Perjalanan diteruskan ke bandar Kota Tinggi.
Ziarah makam Laksamana Bentan...
Kemudian ke makam Sultan Mahmud Mangkat Dijulang...
Ingatkan lepas tu nak mandi di air terjun. Tapi tempat dah tutup langsung.
Perjalanan diteruskan melepasi Bandar Tenggara ke Kluang...
Singgah sebentar di kaki Gunung Lambak.
Malam itu membasuh baju kotor sepanjang perjalanan di sebuah dobi di tengah bandar. Di situlah dikhatamkan bacaan Al Quran.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan