Ahad, Mac 17, 2024

Buku ke-15 dalam pembikinan untuk terbitan lepas raya...

Salam hari Ahad 6 Ramadan 1445 Hijriah. Sedang menelaah bahan-bahan bacaan yang diharapkan dapat membantu/mengisi penulisan tesis PhD akan datang (dalam cadangan, masih belum mendaftar) kepala jadi 'berasap' amat. Maka eloklah cool down dengan menulis artikel. Isinya sebenarnya telah difikirkan sejak 2 minggu lalu.



Awal pagi Sabtu 2 Mac 2024, sangat sangat awal iaitu pada jam 12.25, tidak sampai setengah jam selepas tengah malam saya telah meletakkan gambar atas di Facebook diikuti teks berikut :-



TESIS TENTANG NABI ADAM DAN ASAL USUL MANUSIA MAHU DIJADIKAN BUKU...
Salam semua. Sukacita dimaklumkan tesis saya di ISTAC sudah dipersetujui satu pihak untuk dijadikan buku. Insyaallah ia akan diterbitkan bagi mengejar Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2024 yang akan berlangsung pertengahan tahun nanti. Perkara ini pun diberitahu kepada guru saya di ISTAC merangkap penyelia tesis Profesor Emeritus Datuk Dr Osman Bakar. Saya meminta beliau memberikan kata2 aluan buku.
Beliau bersetuju. Cuma beliau menyatakan ada sedikit perkara yang boleh diterima dalam tesis tetapi tidak sesuai untuk disampaikan dalam buku yang boleh dibaca orang awam. Beliau akan meneliti kembali tesis untuk mengingatkan bahagian mana yang tidak sesuai supaya boleh disunting. Sementara itu boleh memulakan kerja2 yang patut termasuk membuat reka bentuk kulit buku.
Ini reka bentuk ringkas yang dibuat berdasarkan ilham yang diterima sebelum solat Jumaat siang tadi. Gambar yang mahu digunakan bertajuk "Vitruvian Man" oleh Leonardo Da Vinci. Ia dikatakan mahu menggambarkan bentuk tubuh badan manusia yang dianggap sempurna nisbah panjang lebar anggota. Apa pendapat kawan2. OK tak reka bentuk ini? Sila berikan maklum balas.



Hal tentang buku ada dinyatakan dalam artikel Bermusafir mengikuti pelbagai majlis dan aktiviti selama 2 hari yang dipersembahkan esoknya petang Ahad 3 Mac jam 2.34. Dinyatakan bahawa pagi Jumaat 1 Mac saya ada ke Batu Caves untuk urusan buku. Turut dinyatakan petang iaitu saya ke ISTAC lagi (hari sebelumnya 29 Februari dah datang pagi hingga petang) untuk majlis ilmu. Tetapi tidak dinyatakan ketika itulah bertemu Osman lalu mendapat maklum balas tentang penerbitan buku. 



Untuk mendapatkan gambaran tentang isi buku boleh lihat artikel lama Antara dunia Melayu dan pemikiran ketamadunan Islam sejagat. Gambar tadi berupa reka bentuk kulit buku dan teks dikongsikan kerana tidak dapat menahan rasa teruja hendak mengeluarkan buku baru. Pilihan grafik berupa "Vitruvian Man" asyik bermain sehinggalah dizahirkan pada reka bentuk itu. Pun begitu, walaupun terasa amat menarik buat saya, dan maklum balas yang diterima menunjukkan ramai juga tertarik melihatnya, ada yang merasakan ia kurang sopan. Ini kerana ada nama Nabi Adam (a.s.) pada tajuk.

Apabila ditanyakan kepada pihak penerbit diminta agar mengemukakan lagi 2-3 reka bentuk. Mengambil kira hal kesopanan yang dinyatakan beberapa pihak termasuk isteri saya sendiri maka dibuat reka bentuk seperti di atas ini pula. Ia diwar-warkan di FB pada hari Ahad malam Isnin jam 10.22. Walaupun ada yang masih berfikiran lebih cantik reka bentuk terdahulu iaitu dengan "Vitruvian Man" itu secara rata ramai lebih senang dengan yang ini. Pihak penerbit pun terus menerima tanpa soal lagi. Kiranya dah boleh maintain design, setakat ubah sedikit saiz teks, grafik dan sebagainya. 




Kurang 3 jam kemudian iaitu pada awal pagi Isnin 4 Mac jam 12.36 dikongsikan pula reka letak maklumat tentang penulis untuk mengisi ruang di kulit belakang buku.




Dua hari kemudian Rabu 6 Mac jam 5.33 pagi dikongsi maklumat ringkas tentang isi buku. Ini pun untuk kulit belakang. 




Tiba-tiba, hari itu juga didapati ada maklum balas baru tentang reka bentuk kulit hadapan (gambar kedua atas). Ini membawa pada perkongsian gambar atas dan bawah berserta teks berikut di FB pada jam 1.21 petang. :-


ANTARA JIWA SENDIRI YANG DI LUAR KEBIASAAN DENGAN HARAPAN UMUM AWAM
Disarankan membuat variasi permainan warna yang lebih berani sambil mengekalkan beberapa elemen asal dalam reka bentuk buku daripada tesis ISTAC supaya dapat menggambarkan jiwa sebenar penulis yang dikenali tanpa melanggar tata kesopanan orang lain yang lebih konservatif. Antara dua ini manakah pilihan anda dan kenapa? Sila nyatakan.




Oh. Ketika berkongsikan ini saya jadi terkeliru tajuk tesis sendiri lalu menambah perkataan "Prophet". Padahal ia tidak wujud pada tesis. Tak mengapa. Yang penting jelas gambar reka bentuk kulit buku. Maklum balas yang diterima adalah majoriti sukakan yang berwarna gelap itu, satu sahaja mahu latar belakang putih. Bila ditanya pihak penerbit atau lebih tepat wakil penerbit dinyatakan putih adalah pilihannya. Apabila diberitahu majoriti sukakan gelap lalu diminta tanya pendapat boss tertinggi baru dipersetujui warna gelap. Sekarang barulah boleh dikongsikan status terbaru tentang buku.




Ini adalah reka bentuk kulit hadapan buku yang boleh dikira 'final'. Di bawah adalah reka bentuk kulit belakangnya. Maaf, saya kena conteng bahagian bawah kulit belakang. Kena rahsiakan dahulu siapa penerbit.




Reka bentuk kulit buku depan dan belakang juga tulang yang cukup memuaskan berjaya disiapkan lalu disampaikan kepada penerbit pada hari Ahad malam Isnin 10 Mac. Oh. Harus dinyatakan yang diambil secara print screen lalu dipaparkan di sini ada sedikit kabur berbanding rekaan dalam medium asal. Sebetulnya sambil mencari ilham reka bentuk kulit saya juga menyunting tesis ke dalam bentuk buku lalu membuat layout (reka letak) sekali. Saya berjaya menyiapkan muka-muka surat terawal sehingga selesai bab pertama seiring dengan kulit buku lalu dihantar bersama kepada penerbit pada 10 Mac itu. Ini supaya boleh digunakan untuk memohon nombor pendaftaran buku ISBN juga PDP (data pengkatalogan) daripada Perpustakaan Negara,

Malam sebelum itu, Sabtu malam Ahad 9 Mac saya telah mendapat maklum balas daripada Profesor Osman tentang apa yang ada dalam tesis tetapi tidak sesuai untuk bacaan umum. Terus saya bertindak mengubah apa yang patut sambil menyunting buku. Ini siap pada pagi Rabu 13 Mac lalu terus dihantar kepada Osman untuk semakan beliau.

Petang Khamis 14 Mac dapat nombor ISBN berserta grafiknya sekali. Terus letak dalam reka bentuk kulit buku. PDP belum dapat lagi. Ia memang selalu mengambil masa, boleh jadi sehingga lebih 2 minggu. Selain itu yang ditunggu adalah kata-kata aluan daripada Osman. 

Tadi sebelum memulakan penulisan artikel saya ada menelefon beliau lalu diberitahu ada kerja lain perlu diselesaikan sebelum dapat menyemak suntingan saya lalu memberikan kata-kata aluan. Kiranya inilah perkembangan paling mutakhir tentang buku. Insyaallah ia harus dapat diterbitkan selepas raya, atau selewatnya sebelum Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur yang bermula 24 Mei. Doakan kejayaaan  buku ini ya, buku ke-15 daripada saya. :]