OK. Satu cerita kecil permusafiran yang kiranya menyambung daripada artikel Antara urusan keluarga, rumah dan kereta yang dipersembahkan kurang seminggu lalu.
Petang Isnin 11 November, kurang 2 jam selepas mempersembahkan artikel Penghormatan terakhir untuk KIA Caren WKA248 saya keluar bermusafir lagi seorang diri.
Asbabnya adalah hendak menyambung urusan rumah. Kebetulan ada kawan baik masuk wad di Hospital Sungai Buloh. Maka singgahlah berziarah. Oh. Sebelum itu tukar minyak hitam kereta di pekan Rawang.
Selepas Maghrib baru menyambung perjalanan. Tempat dituju rumah berkenaan yang perlu diuruskan di Hulu Langat.
Rumah itulah yang ceritanya disebut dalam Antara urusan keluarga, rumah dan kereta. Sebetulnya ia adalah urusan melibatkan Air Selangor dan Indah Water. Rumah milik ibu ini tidak pernah diduduki sejak siap lebih 20 tahun lalu. Malam itu saya menginap di rumah tersebut. Kalau tak salah kali pertama ada orang bermalam. Esoknya pagi Selasa 12 November menyambung lagi urusan rumah tetapi daripada sudut lain.
Ini memerlukan saya pergi ke Pejabat Tanah Hulu Langat yang terletak di Bandar Baru Bangi.
Saya disuruh merujuk kepada PKNS, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor sebelum dapat menyambung apa-apa urusan dengan pejabat tanah. Apabila disemak dokumen perjanjian jual beli di PKNS rupa-rupanya yang sepatutnya dirujuk adalah Permodalan Negeri Selangor, bukan PKNS.
Cuma pejabatnya di Shah Alam maka diputuskan biar singgah hari lain. Urusan rumah disambung ke Kajang kerana ada sedikit lagi yang belum betul-betul selesai melibatkan Air Selangor. Dalam perjalanan lalu berdekatan satu taman perumahan lalu singgah bersolat. Lihat artikel Surau (Praying hall of) Taman Bukit Kajang Baru di di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART).
Singgah pula ke KLCC (Kuala Lumpur City Centre).
Kemudian berkejar ke Gombak untuk mesyuarat membincangkan pengisian satu Podcast yang mahu dirakam dalam masa terdekat.
Malam itu saya beriktikaf dan bermalam di sebuah surau di Batu 11 Gombak. Sekitar jam 3.50 pagi Rabu 13 November iaitu setengah hari tadi terbangun lalu menunaikan solat Tahajud.
Selepas itu tidak dapat melelapkan mata. Selepas beberapa lama masih begitu keadaannya pergilah meninggalkan surau. Dekat simpang ke Universiti Islam Antarabangsa (UIA) terlihat ada kedai makan sudah dibuka lalu bersarapan awal jam 5.30 pagi.
Solat Subuh di Taman Samudera, Gombak. Selepas itu ke Selayang untuk menyambung urusan Indah Water.
Sempat pula tampal gigi di klinik kerajaan di Rawang.
Malah sempat membuat follow up satu urusan rumah yang diduduki di Bandar Sungai Buaya sebelum mengambil anak kembali daripada sekolah pagi jam 12.50 petang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan