Ahad, November 10, 2024

Ke Perak atas asbab mesyuarat keluarga pula

OK. Artikel Asbab mesyuarat agung persatuan yang ditulis 31 Oktober telah mengumpulkan artikel-artikel bagi perjalanan baru Perak yang berlaku 19 hingga 22 Oktober. Semalam berlaku suatu macam kesinambungan apabila pergi ke negeri kelahiran ayah saya itu lagi, juga atas asbab mesyuarat.



Cuma yang bulan lepas itu untuk mesyuarat agung Persatuan Sejarah Malaysia cawangan Perak, kali ini untuk mesyuarat keluarga Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin. Kedua-dua mesyuarat diadakan di Ipoh. Awal pagi Sabtu 9 November 2024 bergeraklah ke sana.




Asalnya hendak bergerak petang Jumaat atau malam sebelumnya. Tetapi disebabkan beberapa hal pagi Sabtu baru dapat. Berhenti di tempat rehat atau RnR Tapah untuk mengisi perut.




Setelah beberapa lama kelihatanlah papan tanda besar menunjukkan sudah menghampiri Ipoh.




Sampai ke lokasi mesyuarat di sebuah hotel di Fairpark, dalam kawasan lama Kampung Kepayang kalau tak salah.




Kali terakhir kami bermesyuarat adalah di Seremban pagi Sabtu 20 Julai 2024. Ketika itu untuk membuat post mortem tentang keputusan perbicaraan faraid Laksamana Muhammad Amin yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Ipoh pada 9 Julai. Lihat Post mortem keputusan perbicaraan faraid Laksamana Muhammad Amin dan menentukan hala tuju.




Sejak itu banyak perkembangan telah berlaku. Tetapi keluarga kami lewat mendapat tahu. Seolah-seolah ada usaha untuk mengaburi supaya lewat membuat tindakan sepatutnya lalu terlepas suatu tempoh yang kami juga baru dapat tahu untuk membuat usaha rasmi susulan di mahkamah. Kalau terlepas tempoh boleh hilang hak langsung bagi mendapatkan bahagian faraid Laksamana.




Di sini tidak perlulah dipanjangkan tentang apa yang dibincangkan. Selain merangka sejumlah langkah susulan kami sudah dapat tahu apa yang sedang diusahakan oleh pihak lawan. Cukuplah dinyatakan mesyuarat memakan masa hampir sepenuh hari. Untuk mengetahui latar belakang perkara sejak awal boleh rujuk artikel Perbicaraan hak faraid harta Laksamana Muhammad Amin dan hal-hal berkaitan yang dipersembahkan 23 Julai.




Dekat jam 5 baru meninggalkan bilik mesyuarat lalu ke pusat bandar raya Ipoh.




Pekena laksa sarang di pinggir selatan bandar raya. Oh, isteri ikut sama lalu terus bergerak kembali ke rumah selepas makan, kerana beliau ada urusan siang Ahad. Kalau seorang diri besar kemungkinan saya akan menginap di masjid mana-mana. Siang nanti boleh berjalan lagi termasuk mendaki bukit, cadangnya di Tanjung Malim sebelum meninggalkan negeri Perak. Silap-silap hari Isnin baru balik daaa... :]


Tiada ulasan:

Catat Ulasan