Sabtu, Julai 06, 2024

Ismail al Faruqi - Relevan untuk kajian kontemporari

OK. Satu perkongsian bagi hari ini, hari terakhir tahun 1445 Hijriah. Selepas ini saya akan memulakan satu perjalanan baru ke Perak. Niatnya, masuk sahaja tarikh 1 Muharram 1446 Hijriah sudah berada dalam negeri kelahiran ayah saya itu.



Semalam petang Jumaat 5 Julai 2024, seingat saya itulah kali pertama mengambil gambar ISTAC (Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam) daripada sudut ini iaitu menurun dari pintu masuk utama. Selalunya gambar diambil daripada sudut menaik ke arah pintu. Tetapi disebabkan ramainya orang datang untuk bersolat Jumaat di masjid sana saya cuma dapat menemui ruang bagi meletakkan kereta di penghujung laluan menurun.




Keadaan selepas selepas selesai solat Jumaat. Ketika itu sudah ramai keluar meninggalkan masjid.




Itupun masih banyak kereta berderet untuk keluar dari perkarangan ISTAC.




Seperti biasa, selalunya saya ke situ untuk mengikuti majlis ilmu.




Tajuk perkongsian ilmu kali ini boleh diterjemahkan "Ismail al Faruqi - Relevan untuk Kajian Kontempari". Berkongsi ilmu adalah Profesor Madya Dr Imtiyaz Yusuf. Beliau pernah mengajar di ISTAC selama beberapa tahun.




Almarhum Ismail al Faruqi adalah satu nama besar dalam dunia pemikiran, akademik dan cendekiawan Islam zaman moden. Imtiaz membentang sebagai seorang yang pernah menjadi anak muridnya di Amerika Syarikat lalu menyatakan diri sebagai anak murid dan pembantu (student assistant) terakhir Ismail.




Diceritakanlah hubungan beliau dengan Ismail dan keluarga yang dilihat seperti hubungan antara keluarga.




Disenarai sejumlah buku yang pernah dihasilkan Ismail diikuti buku-buku tulisan orang lain tentang beliau termasuk oleh Imtiaz sendiri.







Kemudian baru diterangkan bagaimana aturan pembentangan tentang Ismail dan pemikiran beliau.




Disebut latar belakang Ismail yang lahir tahun 1921 kemudian menjadi cendekiawan, penulis dan aktivis Islam Palestin juga jawatan-jawatan yang pernah dipegang membawa kepada menjadi Profesor di Temple Universiti, Amerika Syarikat...



Dinyatakan beliau sebagai pelopor (atau salah seorang pelopor) projek "Islamisi ilmu pengetahuan" (Islamisation of Knowledge) yang secara rasminya bermula selepas Persidangan Pendidikan Islam di Mekah tahun 1977. Rujuk artikel lama saya Renungan terhadap legasi pengIslaman ilmu pengetahuan dan masa hadapannya - Satu gagasan besar ummah yang harus diteruskan yang ditulis hampir 3 tahun lalu.



Di sini saya telah meletakkan kebanyakan slaid yang dikongsikan dalam pembentangan.



Tak perlulah diulas semua.



Cukuplah dinyatakan Ismail memang seorang perintis dalam pengajian akademik tentang agama...































Dan walaupun sudah meninggal dunia akibat dibunuh bersama isteri 38 tahun lalu pemikiran dan kaedah akademik beliau tetap relevan untuk kajian kontemporari.






Untuk mengetahui lebih lanjut sila ikut sendiri perkongsian melalui rakaman video di sini.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan