Isnin, Disember 11, 2023

Bicara Laksamana di Pesta Buku Selangor

Salam semua. Merujuk pada artikel Membawa aspirasi Laksamana ke Pesta Buku Selangor 2023 yang dipersembahkan 8 hari lalu. Ada disebut bahawa pada petang Sabtu 9 Disember saya dijadualkan membentang atau berbicara tentang buku ke-14 saya "Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad : Perjuangan yang Belum Selesai". Alhamdulillah ini telah dapat dilaksanakan dengan jayanya 2 hari lalu. Cuma selepas itu saya terus membuat perjalanan baru ke Perak lalu pagi ini, di suatu tempat yang cerita berkenaannya akan dikongsikan nanti, baru ada cukup kelapangan untuk berkongsi tentang bicara.




Dalam artikel terdahulu itu saya ada meletakkan poster tentang bicara menyatakan ia akan berlangsung jam 3-4 petang. Kemudian baru didapati ia dianjakkan masa menjadi 3.30-4.30 petang. Pagi sebelum acara baru mendapat poster baru yang kelihatan ini.




Turut diterima poster tentang jadual acara yang dikeluarkan oleh penganjur Pesta Buku Selangor itu sendiri. Sebelum itu, di Facebook mereka, tidak dinyatakan tajuk bicara...




Walaupun bicara dijadualkan bermula jam 3.30 petang saya membawa isteri dan anak datang lebih awal lalu sampai ke lokasi iaitu Pusat Konvensyen MBSA (Majlis Bandar Raya Shah Alam) jam 12.30 tengah hari.







Pesta buku ini mengambil banyak ruang di pusat konvensyen termasuk ruang tambahan di luar bangunan utama yang mana didirikan satu bangunan sementara dipanggil Kemah Putih. Kami terus menuju ke situ.










Ini kerana mahu mengikuti satu bicara tentang sejarah Pulau Pinang dan penjajahan British. Pesta buku ini memiliki 5 atau 6 pentas bagi mengadakan bicara sebegini. Saya akan berbicara di pentas ini juga.




Selepas jam 2.30 petang baru berjalan ke ruang lain pesta termasuk ke pentas di bahagian tengah bangunan utama pusat konvensyen.





Masuk jam 3.30 sampailah masa untuk saya berbicara. Ini video pertama yang dirakamkan isteri.




Di sini tak perlulah mengulas apa yang telah diperkatakan ya. Tonton sendiri video dan dengar cerita...



Tiada ulasan:

Catat Ulasan