Rabu, September 20, 2023

Perak selepas 9 September - Menyumbang buku hingga ke Taiping

Salam semua. Pergi pada hari ke-3 perjalanan baru Perak. Bersambung daripada artikel Perak selepas 9 September - Menyambung sumbangan buku di sekitar Ipoh.



Pagi Jumaat 15 September 2023. Selepas bermalam di rumah kawan di Kampung Pasir Puteh beliau membelanja sarapan di warung berdekatan.




Selepas itu baru ke Mahkamah Syariah Ipoh lagi bagi mengikuti perbicaraan melibatkan harta Laksamana Muhammad Amin di Mekah.




Selesai sesi terus bergegas ke arah Chemor untuk menyambung sumbangan buku dari perpustakaan ke perpustakaan. Alhamdulillah di perpustakaan pertama yang disinggahi hari itu sempat menyampaikan kepada kakitangan sebelum ia ditutup bagi rehat tengah hari Jumaat.




Di perpustakaan utama Chemor sendiri tak sempat.




Di perpustakaan seterusnya walaupun sudah ditutup rehat kaki tangan ada di dalam lalu dapat dibuat serahan.



Di perpustakaan seterusnya iaitu di Ulu Kuang pula tak dapat. Ketika sampai itu sudah jam 12.50.




Perjalanan diteruskan melepasi bandar Sungai Siput membawa ke Karai lalu sampai perpustakaan sana jam 1.43. Walaupun  kakitangan sedang keluar berehat sekurang-kurangnya masih boleh menyumbang kerana pagar luar tidak berkunci lalu buku boleh ditinggalkan berserta nota serahan.




Alhamdulillah sempat menunaikan solat Jumaat di masjid berdekatan lalu menziarahi makam dalam kawasan. Lihat artikel Lawatan baru ke Masjid (New visit to the mosque of) Kampung Enggor dblogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) diikuti Makam (Tomb of) Datuk Seri Lela Paduka, Enggor.




Ziarah turut dibuat ke makam Tok Temong 8 km dari masjid kemudian menghala ke Kota Lama Kanan. Sampai ke suatu tempat berdekatan didapati meter kereta menunjukkan sudah 313.9 km saya berjalan.




Beriktikaf sebentar di masjid Kota Lama Kanan sebelum ke perpustakaan sana untuk membuat sumbangan.




Perjalanan diteruskan ke bandar diraja Kuala Kangsar.




Sumbangan buku seterusnya dibuat di perpustakaan utama bandar.




Selepas itu baru ke makam Daeng Selili kemudian ke makam Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di Bukit Chandan.




Sumbangan seterusnya dibuat di perpustakaan Padang Rengas diikuti Bukit Gantang...







Selepas itu baru ke perpustakaan ini dalam kawasan perbandaran Taiping.



Sumbangan turut dibuat di perpustakaan utama sana. Saya sampai jam 5.05 petang sedangkan ia tutup jam 5.30.




Singgah di Muzium Taiping dibuat pula satu-satunya sumbangan buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arshad. Perpustakaan lain menerima buku ke-13 saya, Kenangan Kembara Solo Hitchhike Eropah Tahun 1995.



Akhir sekali adalah ke AEON Taiping.




Ini adalah perpustakaan ke-10 hari itu menerima 5 naskah buku Kembara Eropah. Ia adalah satu-satunya yang dibuka sehingga jam 7.


Selepas itu baru terasa cukup lapang untuk mengisi perut (makan tengah hari lewat). Kemudian bersalin pakaian untuk bersenam di Taman Tasik Taiping...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan