Sabtu, Mei 06, 2023

Perjalanan selatan sempena cuti Aidil Fitri 2023 - Album raya dan perjalanan

OK. Adapun cerita perjalanan ke selatan sempena cuti raya sudah selesai melalui artikel Perjalanan selatan sempena cuti Aidil Fitri 2023 - Faktor Negeri Sembilan sebagai penutup semalam. Sekarang biar dibuat satu artikel khas untuk album gambar raya dan perjalanan menggunakan gambar-gambar yang tidak dikongsikan dalam artikel-artikel sebelum ini.



Kisah perjalanan dimulakan dengan artikel Perjalanan selatan sempena cuti Aidil Fitri 2023 - Dari kampung isteri di Tanjung Sepat ke kampung sendiri di Muar tanpa menceritakan pun bagaimana kami sekeluarga sendiri menyambut hari raya pertama pada pagi Sabtu 22 April 2023.



Beginilah keadaan kami anak beranak selepas solat raya kemudian makan-makan.









Selepas itu ziarah kubur ibu bapa isteri di kampung.



Kemudian baru berhari raya di rumah sanak saudara...










Ini di Muar petang Isnin 24 Aprilbersamaan 3 Syawal. Selepas berhari bersama ibu bapa saya kemudian melayan sejumlah saudara mara yang datang bertandang kami keluar berjalan-jalan...






Ini di rumah kawan isteri di Pontian petang Selasa 25 April bersamaan 4 Syawal.



Di Masjid Ba'Alawi di Singapura pagi Rabu 26 April bersamaan 5 Syawal.




Dapat berjumpa dan berhari raya bersama imam masjid, Habib Hassan Al-Attas...






Di lain-lain tempat di Singapura...







































Di rumah kakak isteri di Jelai pagi Jumaat 28 April.






Di hadapan istana lama Seri Menanti selepas bersolat Jumaat di Masjid Diraja Tuanku Munawir.





Di rumah sepupu isteri di Seremban selepas itu.



Di rumah adik isteri di Semenyih malam itu sebelum kembali ke rumah sendiri di Bandar Sungai Buaya.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan