Khamis, Mac 30, 2023

Asbab kursus di Bagan Lalang

Salam  petang Khamis 8 Ramadhan 1444 Hijriah. Satu lagi artikel kompilasi bagi cerita-cerita perjalanan.


Sebaik sahaja kembali dari selatan Thailand 9-12 Mac 2023  (lihat Misi kedaulatan Singgora) isteri harus bersedia untuk mengikuti kursus selama 3 hari 2 malam di Bagan Lalang 14 hingga 16 Mac. Oleh kerana letaknya tidak begitu jauh dari kampung beliau di Tanjung Sepat Isnin malam Selasa 13 Mac bergeraklah kami ke sana 120 km dari tempat tinggal kami di Bandar Sungai Buaya, Rawang. Selepas bermalam di rumah tinggalan keluarga baru ke Bagan Lalang 20 km lagi ke arah selatan (tenggara dari Tanjung Sepat) pagi Selasa 14 Mac 2023. Alang-alang sudah berjalan dipanjangkan ke Kuala Lukut, Lukut, Port Dickson dan Tanjung Tuan.

Dalam tempoh isteri sedang berkursus itu saya bermalam di rumah keluarga di Tanjung Sepat.  Esoknya Rabu 15 Mac, dibuatlah perjalanan di sekitar sana, hari seterusnya Khamis 16 Mac selepas tamat kursus berjalan ke tempat-tempat berdekatan Bagan Lalang. Jumaat 17 Mac beliau harus ke ibu pejabat negeri syarikatnya berdekatan pusat bandar raya Shah Alam. Adalah lebih menjimatkan masa, tenaga dan belanja bergerak ke utara dari Tanjung Sepat hampir 70 km ke sana. Petang baru kembali ke rumah hampir 50 km lagi ke arah ke utara. 


1. A jetty off the Sepang river at Bagan Lalang

2. Makam (Tomb of) Raja Busu Hassan 

3. The jetty at Kuala Lukut

4.  Meriam di Muzium Lukut (Cannons at the Lukut Museum)



























Tiada ulasan:

Catat Ulasan