Isnin, Mac 27, 2023

Asbab kursus di Bagan Lalang - Apa ada di Bukit Bangkong?

Salam 5 Ramadhan. Meneruskan cerita kecil berkenaan. Bersambung daripada artikel Asbab kursus di Bagan Lalang - Main dekat-dekat je....


Pagi Khamis 16 Mac 2023. Saya keluar dari Tanjung Sepat ke Bagan Lalang lalu sampai sebelum tengah hari. 


Sebelum itu isteri memaklumkan melalui WhatsApp habis kursus di hotel berdekatan jam 12. Saya pun mengambil sedikit masa berjalan-jalan  di pantai. Lihat artikel Time at the beach of Bagan Lalang di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.



Kemudian baru tahu kursus sebenarnya habis selepas jam 1. Tak mengapa, saya boleh mengisi masa dengan membaca Al-Quran dan sebagainya. Selepas makan tengah hari di hotel kami keluar berjalan-jalan. Pergi ke Sungai Pelek kemudian masuk ke kampung Bukit Bangkok. Ada sesuatu yang sudah lama mahu dilakukan.



Singgah dahulu ke masjid menjamakkan solat Zohor dan Asar.







Kelihatan dari halaman masjid Bukit Bangkong, sebuah bukit kecil ke selatan.




Saya sebenarnya sudah lama teringin hendak naik ke atas bukit. Kali ini, kali ke-3 atau ke-4 ke kawasan ini baru ada kesempatan...




Takda le apa sangat. Sekadar memuaskan hati. Lihat A curious look at Bukit (hill of) Bangkong. Cuma kemudian baru teringat dalam salasilah keluarga Laksamana Raja Mahkota Perak ada tertera nama Tok Bangkong sebagai seorang anak Nakhoda Hitam (Laksamana pertama).



Selepas itu melihat kawasan tepi laut di Tanjung Rhu, dalam perjalanan kembali ke Tanjung Sepat.



Sudah lama tidak jalan berdua, tanpa membawa anak. Sampai ke Tanjung Sepat singgah pula ke jeti...










Lepak di kedai makan. Untuk  makluman bagi diri sendiri ini adalah artikel ke-2,373 di blogspot CATATAN SI MERAH SILU.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan