Khamis, November 03, 2022

Perjalanan Terengganu 2022 - Jejak legasi keluarga Al-Hassani

Salam semua.  Merujuk pada artikel Perjalanan Terengganu 2022 - Berserah di bawah perlindunganNya yang dipaparkan tengah hari Selasa 1 Nov iaitu pada dua hari lalu. Ada diberitahu pada awal artikel bahawa saya baru kembali dari perjalanan bersama keluarga ke Terengganu pada malam sebelumnya sedangkan petang Selasa itu pula mahu ke Perak bersendirian untuk satu urusan. Alhamdulillah saya kini menghampiri penghujung perjalanan Perak itu. Insyaallah sebaik sahaja selesai mempersembahkan artikel ini dari sebuah masjid dekat-dekat Ulu Slim saya akan bergerak kembali ke rumah.  

Artikel ini sebenarnya sepatutnya dipersembahkan selewatnya malam semalam. Tetapi saya tidak berjaya menemukan tempat yang sesuai untuk membuatnya yang mana ada talian Internet boleh digunakan, setelah selesai melawat beberapa tempat. Tak mengapa. Kita sambung sahaja cerita Terengganu...



Pagi Sabtu 29 Oktober 2022. Pemandangan daripada sebuah kawasan chalet di Rantau Abang.




Sebetulnya kami mahu ke Pulau Manis malam sebelumnya. Tetapi akibat terlalu penat kami memilih untuk berehat dahulu di sini.




Oh. Ada satu pemandangan menarik dekat chalet. Lihat artikel An interesting place at Rantau Abang di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.




Hampir jam 10 baru kami bergerak untuk menyambung perjalanan.




Ternampak ada kedai menjual nasi dagang baru berhenti untuk bersarapan.







Laluan yang ditunjukkan oleh Google Map membawa kami lalu di masjid ini.








Selepas jam 12 baru sampai ke Pulau Manis.







Adapun tujuan utama kami ke Terengganu adalah untuk mengikuti majlis berkenaan di Pulau Manis. Apabila mendapat tahu sesi Maulidur Rasul dianjak ke malam hari kami pun keluar berjalan-jalan dahulu ke Kuala Berang.



Di sini cukuplah diberitahu bahawa kami menziarahi beberapa makam lama yang terkait dengan Tok Pulau Manis, daripada susur galur yang kami yakin memang daripada keluarga Al-Hassani iaitu anak cucu Saidina Hassan, cucu sulung baginda Rasulullah SAW. Di celah-celah itu singgahlah ke tempat-tempat selain makam. Lihat artikel-artikel berikut :-











Selesai hal di Kuala Berang baru kembali ke Pulau Manis. Singgah dahulu ke kawasan ini di tepian Sungai Terengganu.




Picnic sat aaa...






Selepas Maghrib baru kembali ke persekitaran makam Tok Pulau Manis. Pergilah melihat pameran di galeri yang ada.  Lihat Pameran di Galeri Tok Pulau Manis (Exhibits at the Gallery of Tok Pulau Manis)



Selepas itu baru mengikut majlis. Lihat artikel Festival Tok Pulau Manis 2022 di blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Tiada ulasan:

Catat Ulasan