Ahad, November 13, 2022

Majlis perjumpaan keluarga belah isteri di Cameron Highland

Bersambung daripada Majlis perlimau tapak dan mandi minyak di Hulu Selangor tahun 2022.



Sebaik sahaja anak selesai mandi minyak kami meminta diri untuk bergerak ke Cameron Highlands.




Ada majlis perjumpaan keluarga belah isteri. Beliau memiliki 13 orang adik beradik dan sudah ada ramai cucu saudara. Sekitar 80 orang dapat datang dengan aktiviti diadakan di sebuah homestay berupa bungalow 3 tingkat di Tanah Rata.




Rata-rata mereka sampai selewatnya petang Sabtu. Ada yang sudah sampai sejak hari Jumaat lagi. Kami pula sampai selepas jam 9 malam kerana cuma dapat meninggalkan majlis perlimau tapak dan mandi minyak selepas jam 6 petang. Yang penting tetap dapat bersama.













Bergambar beramai-ramai selepas aktiviti malam itu. Ketika ini saya sudah masuk tidur kerana kepenatan. Penat memandu kereta lebih 1,100 km dalam perjalanan Terengganu 27-31 Oktober diikuti lebih 470 km perjalanan Perak 1-3 November kemudian ke Cameron Highlands lewat petang hingga malam menaiki jalan berliku-liku dari Tapah 5 November memang terasa.




Bergambar beramai-ramai pada keesokannya pagi Ahad 6 November.







Penat saya bukan sekadar disebabkan memandu jauh. Seringkali juga saya perlu berjalan kaki jauh untuk sampai ke tempat-tempat ceruk. Itu belum lagi beberapa perkara yang harus dilakukan di celah-celah itu. Kemudian sudah menjadi tabiat harus menulis tentang suatu perjalanan sehingga timbul rasa cukup walaupun sebenarnya tidak semua dikongsikan kepada umum. Lihat cerita-cerita yang terkumpul dalam artikel-artikel berikut :-


1. Kompilasi cerita perjalanan Terengganu 2022 (mengandungi 29 buah artikel)

2. Misi keluarga Laksamana part VI (mengandungi 21 buah artikel)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan