Isnin, November 07, 2022

Kompilasi cerita perjalanan Terengganu 2022

Pada pembukaan artikel Perjalanan Terengganu 2022 - Melangsaikan hajat di Kuantan ada disebut bahawa pada ketika ia dipersembahkan  petang Sabtu 5 November 2022 saya dan keluarga telah memulakan satu perjalanan baru iaitu ke Cameron Highlands. Malaysia pula secara sedang menghadapi hari penamaan calon bagi Pilihan Raya Umum yang ke-16. Malam semalam baru kami kembali ke rumah. Malam ini baru ada kelapangan untuk menyuakan artikel kompilasi perjalanan ke Terengganu.


Perjalanan bermula petang Khamis 27 Oktober 2022 atas asbab untuk mahu menghadiri majlis Festival Tok Pulau Manis di Terengganu 28-29 Oktober. Dua orang kawan ikut sama lalu selepas meletakkan kereta sendiri di Gombak saya, isteri dan anak menaiki kereta mereka. Saya sebagai satu-satunya lelaki dewasa harus memandu juga menunjukkan jalan buat semua. Seperti biasa persinggahan dibuat di beberapa tempat termasuk ke Zawiyah Tok Pulau Manis yang diketahui oleh Walid Ibrahim dan ke rumah Habib Omar iaitu penasihat kepada Sultan Terengganu. Kembali ke rumah Isnin malam Selasa 31 Oktober lalu saya telah memandu tidak kurang 1,100 km.


1. Lawatan baru ke Masjid Tok Senik (New visit to the mosque of Tok Senik), Beserah, Kuantan 

2. Lawatan baru ke makam Tok Senik (New visit to the tomb of Tok Senik), Beserah, Kuantan

3. Masjid (Mosque of) As-Syakirin, Kuala Kemaman

4. The beach at Kuala Kemaman

5. Lawatan baru ke Masjid (New visit to the mosque of) Kampung Tuan, Kemaman

6. Persinggahan ke Festival Main Gayong Nusantara 2022 di Pantai Teluk Kalong 

7. Perjalanan Terengganu 2022 - Berserah di bawah perlindunganNya

8. An interesting place at Rantau Abang

9. Lawatan baru ke Makam Tok Tasek (New visit to the tomb of Tok Tasek) 

10. Lawatan baru ke Masjid Tok Tasek (New visit to the mosque of Tok Tasek)

11. Rupa terbaru makam Tok Pulau Manis (Latest look of the tomb of Tok Pulau Manis)

12. Makam (Tomb of) Tok Pauh



















Tiada ulasan:

Catat Ulasan