Rabu, September 28, 2022

Misi keluarga Laksamana part V - Taiping dan persekitaran Larut membawa ke Kuala Terong

Salam tengah hari Rabu 1 Rabiul Awal 1444 Hijirah, bulan Maulidur Rasul. Selawat dan salam ke atas junjungan besar kita baginda Nabi Muhammad SAW. Semoga semua mendapat berkat dan syafaat daripada Rasul.  Saya pula mahu mengambil kesempatan untuk mempersembahkan cerita hari ke-4 perjalanan baru Perak. Dengan itu bersambung daripada artikel Misi keluarga Laksamana part V - Dari Gunung Keledang ke Banjaran Bintang menunaikan hajat.



Selasa 20 September 2022. Keadaan selepas solat Subuh berjemaah di sebuah masjid menghampiri Kamunting.




Saya telah bermalam di situ bagi menghilangkan penat berjalan di Ipoh naik gunung dan sebagainya membawa ke Kuala Kangsar kemudian Lenggong lalu mandi air terjun selepas merentas kawasan pergunungan Banjaran Bintang. Selepas itu pemanduan diteruskan rata-rata dalam kegelapan malam ke arah Taiping lalu terlihat masjid. Lihat  artikel Lawatan baru ke masjid jamek (New visit to the mosque of) Kampung Pasir, Kamunting di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART).




Menariknya terdapat kubah lama masjid di halaman. Ini mengingatkan pada kubah sebuah masjid di Aceh yang dihanyutkan oleh tsunami 26 Disember 2004. Lihat artikel lama Perjalanan ke-7 di Aceh - Makam para Merah, punca batu nesan Aceh dan makam Hamzah Fansuri.




Sekitar jam 8.45 baru menyambung perjalanan ke Taiping.




Masuk pekan Kamunting berhenti sebentar untuk bersarapan.




Ternampak masjid situ tergerak untuk singgah. Lihat Lawatan baru ke Masjid jamek Kamunting (New visit to the main mosque of Kamunting)




Ingat nak singgah sekejap sahaja. Apabila dah masuk tiba-tiba hujan lebat mencurah-curah. Saya ambil ini sebagai isyarat daripada Allah SWT untuk beriktikaf dan berehat sebentar. Keluar jam 10.30 ketika hujan sudah sedikit surut. Siap ada banjir kilat di perkarangan masjid.




Jam 10.52 sampailah ke tempat tujuan utama hari itu iaitu Muzium Perak di Taiping.







Saya mahu membuat kajian terhadap dokumen lama di muzium yang tertua didirikan British di Tanah Melayu. Ia ada perpustakaan khas menyimpan banyak dokumen dan naskah lama asli.




Dahulu pernah buat sedikit kajian di sini dalam perjalanan untuk membuat kajian utama selama dua hari di Pulau Pinang. Lihat Misi Keluarga Laksamana part III - Ke Taiping sebelum ke Pulau Pinang




Selepas jam 1.30 setengah baru keluar.




Sebab perut pun dan lapar...



Sampai pekena dua pinggan wooo kuey teow Doli.




Dan saya mahu ke Kota Ngah Ibrahim di Matang untuk melawat muzium sana pula. 



Terus 'tapau' ziarah beberapa tempat berkaitan di sekitar. Lihat artikel-artikel berikut :-














Dari Matang ambil jalan kampung kecil menuju ke selatan.




Masuk pula ke Kuala Terong menurut laluan juga gerak.



Dahulu pernah sampai sekali dalam perjalanan kembali dari satu majlis di Yan, Kedah. Entah apakah aturan Allah SWT ketika itu banyak perkara terbuka melibatkan datuk kepada datuk saya Orang Kaya Arshad bin Laksamaan Muhammad Amin yang kisah sebenarnya seperti digelapkan dalam sejarah. Lihat artikel Misteri 'kehilangan' Laksamana Raja Mahkota Muhammad Arshad dan makna tersirat di sebalik nombor 1918 yang ditulis tahun 2018. 




Cuma  dahulu tidak dapat berada lama di di Kuala Terong kerana hujan lebat mencurah-curah dan terkejar masa. Kali ini baru dapat betul-betul menikmati suasana. Lihat artikel-artikel berikut dalam blogspot BERPETUALANG KE ACEH :-








Oh. Di masjid tempat bermalam sebelum Kamunting pagi itu saya sempat menghabiskan surah ke-52, ke-53, dan ke-54 Al-Quran. Kenapa boleh ingat? Kerana menghabiskan Surah Ar-Rahman iaitu Surah ke-55 di Perpustakaan Muzium Perak. Kemudian menyambung 3 surah seterusnya iaitu surah ke-56, 57 dan 58 di tempat dengan latar belakang cantik Gunung Bubu bagi membentuk corak 3-1-3. Ini dilakukan untuk mengejar sasaran mengkhatamkan Quran bulan Safar bagi hari itu.

Surah ke-52 iaitu Surah At-Tur adalah yang pertama dalam Juzuk ke-27. Surah ke-58 iaitu Al-Mujadalah pula adalah yang pertama bagi Juzuk ke-28. Maka dapatlah dihabiskan lebih satu juzuk hari itu sambil mengikut corak 3-1-3 yang pada saya melambangkan kesetiaan dan keberanian dalam perjuangan (rujuk 313 orang ahli tentera Badar). Sejak memulakan perjalanan ini saya mahu mengejar sasaran dapat mengkhatamkan Al-Quran sebelum masuk malam Jumaat dan sebelum tamat pengembaraan.

Baru teringat lagi satu perkara. Ada pun artikel Makam (Tomb of) Ngah Ibrahim yang disuakan tadi adalah yang ke-2,266 di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART), artikel Views from a floating structure at Kuala Terong ke-2,266 di blogspot BERPETUALANG KE ACEH. Kemunculan kedua-dua artikel sebagai sokongan di sini dengan nombornya begitu menandakan sesuatu buat saya. 

Ini adalah sepertimana dalam Misi keluarga Laksamana part V - Beruas, Batu Dinding dan Bukit Syamsul Bahrin artikel Lawatan baru ke makam (New visit to the tombs at) Pulau Meranti, Beruas menjadi yang ke-2,255 di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) dan artikel New visit to the island of Cempakasari in Parit  ke-2,255 di blogspot BERPETUALANG KE ACEH. Tetapi tidak dinyatakan begitu dalam artikel walaupun menyedarinya. Cukup.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan