Ahad, Julai 31, 2022

Karnival Jelajah Selangor Penyayang dan Sukan Pedang Pahlawan

Ini pula daripada petang tadi. Bersambung gerak penceritaan daripada artikel Permulaan Hari Peradaban Bangsa Melayu pada setiap 1 Muharram?.


Pagi tadi sekitar jam 11, sekembalinya daripada menghantar anak ke kelas silat dan kembali tiba-tiba terlihat poster ini dalam WhatsApp. Ah. Hari ini rupanya ada acara Sukan Pedang Pahlawan di sekitar Gombak, tidak begitu jauh daripada rumah. Cuma saya sebenarnya sedang sangat kepenatan kerana pelbagai perkara yang dibuat dalam 2-3 minggu kebelakangan. Ingat hari ini hendak berehat di rumah sambil menyambung kajian secara atas talian. Rujuk apa halnya dalam artikel  Mencari jejak Orang Kaya Arshad melalui dokumentasi lama British part II.



Namun apabila difikirkan kembali rasa tak patut pula tak datang. Acara sukan pedang ini dianjurkan oleh seorang saudara saya daripada keturunan Laksamana Raja Mahkota Perak juga. Dah lama tak jumpa beliau sedangkan saya dapat tahu semenjak dua menjak kebelakangan ini beliau selalu keluar hospital kerana masalah kesihatan.




Inilah kesempatan untuk bertanyakan khabar dan berjumpa beliau. Sekitar jam 3 sampailah saya ke lokasi acara, dekat Batu Caves sana. Kami masuk ikut pintu belakang kerana lebih mudah mendapatkan tempat letak kereta...




Sebenarnya ia adalah sebahagian daripada acara yang lebih besar iaitu Karnival Jelajah Selangor Penyayang.
















Kami harus melepasi beberapa reruai dan lokasi acara lain sebelum dapat berjumpa tempat sukan pedang...




Alhamdulillah saudara saya, kiranya pangkat adik beberapa pupu gitu masih dapat berdiri tegak untuk memerhatikan perjalanan acara daripada pagi hingga ke petang  walaupun boleh nampak dengan mata kasar beliau seperti sedang melawan kesakitan. Mungkin juga dicampur kepenatan...




Saudara bernama Johan Iskandar ini cukup dikenali dalam dunia warisan. Dalam dunia karangan tanjak beliau antara barisan guru paling awal lalu daripada beliau lahir beberapa lapisan anak murid dan penggiat, mungkin sudah ribuan orang di seluruh Malaysia membawa ke sebahagian negara Indonesia.



Beliau juga aktif bersilat dan memanah. Selepas itu beliau memulakan sukan pedang menggunakan peralatan keselamatan seperti orang Kendo dalam permainan pedang Jepun.



Rasanya sudah masuk empat tahun juga sukan ini berjalan.










Memang kena pakai peralatan sebegini. Kalau tidak, kalau pakai pedang betul tentu ramai yang mati atau kudung, hilang putus anggota badan.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan