Selasa, Mei 10, 2022

Beraya di kampung tahun 2022 - Sekitar kampung isteri di Tanjung Sepat

Salam petang 9 Syawal. Merujuk pada artikel  Beraya di kampung tahun 2022 setelah 2 tahun raya tak dapat balik kampung yang dipersembahkan hampir 4 hari lalu. Sekarang biar dipanjangkan cerita sekitar raya...



Pagi Isnin 2 Mei 2022 bersamaan 1 Syawal 1443 Hijriah. Saya membawa anak-anak bersolat Hari Raya Aidilfitri di masjid Kampung Tanjung Sepat iaitu di kampung isteri.










Selepas makan pagi raya di rumah peninggalan keluarga kami ke tanah perkuburan berdekatan untuk menziarahi kubur arwah bapa dan ibu kepada isteri.



Selepas itu pergi berjalan-jalan di jeti pekan Tanjung Sepat.






Selepas Zohor pula kami dan beberapa orang adik beradik pergi beraya di rumah arwah abang sulung isteri di Bukit Changgang.




Bergambar lewat petang itu sebelum meninggalkan rumah arwah...




Kami kembali ke Tanjung Sepat menggunakan jalan belakang yang melalui tepian landasan kapal terbang di KLIA2.




Tengok-tengok di bahagian berdekatan hujung landasan ada orang melepak santai menunggu kapal terbang turun.




Kami pun layan sama...






Ini pula di rumah abang kedua sulung isteri bersebelahan rumah peninggalan keluarga pada tengah hari Selasa, 2 Syawal...




Di sini kami ambil kesempatan untuk bergambar beramai-ramai. Cukuplah walaupun jumlah yang kelihatan ini tidak sampai setengah keluarga besar isteri yang memiliki 13 orang adik beradik, dengan separuh daripada mereka sudah beranak cucu.




Selepas itu kami ke rumah ibu saudara isteri di Kampung Kundang, kampung bersebelahan...




Ibu saudara ini merupakan satu-satunya daripada 9 orang adik beradik ibu kepada isteri yang masih hidup lagi.



Ini pula di rumah seorang lagi abang isteri di Tanjung Sepat.




Petang itu kami bergerak ke kampung ibu saya  Muar. Dalam perjalanan singgah di Bukit Bangkong kemudian ke Kampung Banghuris. Lihat artikel A look at Bukit Bangkong near Sungai Pelek  di blogspot  BERPETUALANG KE ACEH dan Masjid (Mosque of) Bukit Bangkong di SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART).


Tiada ulasan:

Catat Ulasan