Ahad, April 18, 2021

Kompilasi cerita "Berpetualang ke Aceh" tahun 2004

Salam pagi Ahad 6 Ramadhan. Adapun siri trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" yang terbit tahun 2006-2007 sebenarnya memiliki 37 bab dalam 3 buah buku. Daripada 37 bab itu 13 adalah bernombor (Bab 1, Bab 2, Bab 3 hingga Bab 13), yang lain adalah bab-bab bertajuk seperti "Sedikit mengenai Sheikh Abdul Qadir Al-Jilani" dan "Samudera-Pasai : Bumi Para Wali". Cerita perjalanan pertama saya ke Aceh awal tahun 2004 yang menjadi tulang belakang segala macam penceritaan dalam trilogi diletakkan dalam bab-bab bernombor. Oleh itu untuk perkongsian di blogspot menjadi betul-betul lengkap siri "Berpetualang ke Aceh tahun 2004" ini harus mempunyai 13 buah episod ataupun siri. 



Namun dibuat keputusan cukuplah 5 artikel yang sudah dikongsikan setakat ini. Sebagai meringkaskan cerita perjalanan ini bermula apabila saya meninggalkan pejabat bapa angkat (disebut sebagai Pak Syed dalam buku) di Kuala Lumpur beberapa jam sebelum masuk tahun baru 2004. Selepas singgah di Kepong untuk satu urusan saya menaiki Komuter ke Rawang kemudian bas buruk ke Tanjung Malim. Sambung dengan kereta api ke Tapah Road lalu bermalam di serambi sebuah surau. Esoknya ke Teluk Intan untuk menziarahi makam moyang kemudian ke Lumut membawa ke Pantai Remis, Taiping dan Pulau Pinang.

Adapun dahulu terdapat perkhidmatan terus feri ke Aceh dari Pulau Pinang. Tetapi ia telah dihentikan akibat konflik bersenjata antara GAM (Gerakan Aceh Merdeka) dan TNI (Tentera Nasional Aceh) menyebabkan wilayah tersebut diisytiharkan darurat. Jalan terdekat yang ada dari Malaysia ialah dengan pergi ke Medan. Kemudian ambil jalan darat untuk masuk ke Aceh.

Setelah menginap 3 malam di Masjid Lebuh Aceh saya pun mengambil feri ke Belawan, pelabuhan terdekat ke Medan. Ada sedikit masalah menyebabkan sampai lewat lebih 7 jam daripada yang dijadualkan. Selepas dua malam di Medan saya bergerak ke perkampungan Tariqat Naqsyabandiah bernama Babussalam di Tanjung Pura. Episod 5 tamat dengan saya bersedia untuk meninggalkan Babussalam selepas menginap satu malam. Destinasi seterusnya tidak lain adalah wilayah Aceh Darussalam.

Ketika itu perjalanan sudah melepasi tempoh seminggu dan mencapai jarak keseluruhan 903 km. Sedangkan masih ada hampir 3 minggu lagi sebelum ia selesai yang mana perjalanan akhirnya mencapai jarak hampir 2,000 km. Untuk cerita-cerita seterusnya sila cari buku. Ambil kesempatan atas tawaran istimewa yang diwar-warkan dalam artikel Berita terbaru tentang buku-buku Merah Silu kurang 3 minggu lalu.


1. Berpetualang ke Aceh tahun 2004 - Sebab musabab perjalanan

2. Berpetualang ke Aceh tahun 2004 - Meninggalkan Kuala Lumpur malam tahun baru

3. Berpetualang ke Aceh tahun 2004 - Pulau Pinang sebagai 'jambatan' ke Aceh

4. Berpetualang ke Aceh tahun 2004 - Hikmah dugaan feri ke Medan

5. Berpetualang ke Aceh tahun 2004 - Babussalam sebagai pintu masuk ke Darussalam?


Tiada ulasan:

Catat Ulasan