Khamis, Disember 24, 2020

Dari Bukit Tinggi ke Janda Baik membawa zikir dalaman

Salam malam Jumaat 10 Jamadil Awal 1442 Hijriah. Merujuk pada artikel  Misi Teluk Intan-Beruas - Mencari makna terbaru dalam jejak Malikul Mansur yang dipersembahkan siang Selasa 2 hari lalu. Ada disebut pada awal artikel bahawa selepas menyelesaikan artikel saya akan keluar berjalan jauh lagi tapi kali ini bersama keluarga dan ke selatan. Sekarang sukacita dimaklumkan bahawa perjalanan tersebut telah mencapai jarak pemanduan hampir 600 km. Pada bahagian semalam berlaku satu perkara yang seperti membawa kesinambungan daripada satu perjalanan kecil yang dibuat hujung minggu lalu. Maka biar dikongsikan dahulu cerita perjalanan kecil itu.


Sabtu 19 Disember 2020. Selepas Zohor saya bergerak dengan keluarga ke arah negeri Pahang dan Banjaran Titiwangsa.





Kami mahu ke satu pusat peranginan persendirian milik seorang kawan di Bukit Tinggi.


Beliau yang sebelum itu ditemui di majlis Maulud berdekatan Behrang kurang 2 minggu lalu (lihat artikel Simbolik dugaan pada majlis sambungan Mawlid Agung Alam Melayu 2020 dekat sempadan Selangor-Perak) telah mengajak kami untuk bertandang bagi satu majlis zikir di tempatnya  malam nanti. 


Kami pun sudah lama tidak bertandang lalu memberikan komitmen akan bersama. Kali terakhir ke sana adalah untuk menganjurkan satu acara. Lihat artikel Acara kesembilan belas HIKMAH di Dusun Nora, Bukit Tinggi, Bentong, Pahang 17 Disember 2016 di blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH). Beberapa orang kawan ikut sama.



Ini pula gambar dari luar surau situ selepas solat Zohor petang Ahad 20 Disember. 


Hampir jam 3 baru saya dan keluarga meninggalkan tempat diikuti 3 buah kereta.


Kami masuk ke Janda Baik untuk ke satu lagi pusat peranginan persendirian.





Di sini juga saya dan keluarga serta sejumlah kawan pernah menganjurkan acara. Lihat Acara keenam belas HIKMAH di University of Life @ rumah S.H.Alattas, Janda Baik 30-31 Jan 2016.






Kami berehat dan berlegar sehingga lewat petang. Anak-anak mahu mandi sungai di sebelah kawasan peranginan...






Oh. Apa kena mengenanya pula dengan bahagian semalam perjalanan di selatan seperti disebut pada awal artikel ini?


Insyaallah ini akan diceritakan dalam artikel akan datang. Kata-kata kuncinya adalah hubungan zaman berzaman antara keluarga Al-Attas (keturunan Rasulullah SAW daripada belah Saidina Hussein) dengan keluarga Al-Jilani (keturunan belah Saidina Hassan). Tunggu.

2 ulasan:

  1. Assalamualaikum nak tanya sikit... Berkaitan Shahrun Nuwi. Bukankah Shahrun Nuwi ini mempunyai susur galur keturunan Parsi..jadi persoalannya bagaimana dengan mudah Shahrun Nuwi diangkat menjadi raja Perlak? .. adakah kerana rakyat Perlak ketika itu ramai daripada Parsi.. atau ada sesuatu yang saya terlepas pandang?

    BalasPadam
  2. Satu lagi nak tanya, apakah makna tasawwuf itu, dan berapa kah jumlah aliran Tarekat yang tuan Radzi Sapiee tahu selama ini

    BalasPadam