Jumaat, April 20, 2018

Syarahan "Nabi Adam dan Orang Melayu 60,000 Tahun Lalu" di Politeknik Tun Syed Nasir, Pagoh, Muar

Salam pagi Jumaat 4 Sya'aban. Ada perkongsian daripada aktiviti siang semalam....


Sejak lebih kurang sebulan satu syarahan tentang isi buku saya yang bernama "Nabi Adam dan Orang Melayu 60,000 Tahun Lalu" telah dirancang mahu diadakan di Politeknik Tun Syed Nasir di Pagoh, Muar.


Semalam pagi Khamis 19 Mac 2018 sampailah masa untuk menyampaikan syarahan. Saya pun berkejar ke lokasi di Bandar Universiti Pagoh...


Dikenali juga sebagai Edu Hub Pagoh, ia mengandungi kampus beberapa buah universiti.


Syarahan dibuat pada pada tarikh tersebut kerana mengambil kesempatan atas saya kembali ke kampung asal ibu di Muar untuk mengambil beliau dan bapa agar dapat dibawa menghadiri majlis pelancaran buku berkenaan bersama buku kembarnya "Benua Tua Melayu Sumber Peradaban Dunia" yang dijadualkan berlangsung di Kuala Lumpur pagi Sabtu 21 April.


Menariknya politeknik ini merupakan satu-satunya institusi pengajian tinggi yang berasal dari Muar setakat ini. Lain-lain pusat pengajian tinggi di Pagoh adalah cawangan atau kampus luar sedangkan kampus utama terletak di tempat lain.


\
Sebagai anak kelahiran Muar yang membesar di daerah itu sehingga usia remaja sebelum meninggalkannya untuk menyambung pelajaran di tempat lain kemudian berhijrah ke Lembah Klang apabila masuk alam pekerjaan saya merasa amat berbesar hati dapat berkongsi ilmu di satu-satunya institusi pengajian tinggi yang boleh dikatakan milik orang Muar ini.


Difahamkan Politeknik Tun Syed Nasir diasaskan tahun 2014 dengan menumpang dahulu kampus politeknik lain di luar kawasan. Apabla kampus tetap di Pagoh siap sepenuhnya baru mereka berpindah ke sini sekitar setahun lalu. Ia memiliki kapasiti untuk menempatkan 3,600 pelajar. Tetapi setakat ini ia baru menerima 500 orang pelajar. 


Cuma tidak ada walau seorang pelajar pun ketika ini kerana mereka baru habis peperiksaan sekitar seminggu lalu dan kini sedang bercuti. Maka yang datang adalah sebahagian daripada sekitar 80 orang tenaga pengajar disertai sejumlah orang luar.





Majlis dimulakan jam 9.30 dengan pengenalan tentangnya, apakah tujuan diikuti latarbelakang pensyarah iaitu tentang saya.


Ini diikuti dengan bacaan doa selamat oleh seorang kakitangan...


Terpapar di hadapan slaid pertama dalam bahasa Inggeris. Ini disebabkan saya menggunakan slaid yang sama daripada syarahan saya di ISTAC (Institut Antarabangsa Peradaban Islam dan Dunia Melayu) tentang perkara sama di Kuala Lumpur 3 April lalu. 


Secara rata apa yang dipersembahkan sama seperti di ISTAC, cuma di sana saya bersyarah sepenuhnya di dalam bahasa Inggeris, di sini sepenuhnya dalam bahasa Melayu.



Sekarang biar dikongsikan sejumlah gambar-gambar yang diambil oleh para hadirin lalu disampaikan  kepada saya melalui WhatsApp.







































Tentang isi pembentangan boleh sahaja dirujuk pada artikel Syarahan "Prophet Adam and the Malays 60,000 Years Ago - Aligment of Time, Revealed Knowledge and Science" di ISTAC. Ini kerana ulasan dalam artikel dibuat dalam bahasa Melayu walaupun syarahan di ISTAC itu dibuat dalam bahasa Inggeris...
















1 ulasan: