Ahad, April 01, 2018

Buku-buku Merah Silu di Pesta Buku Selangor 2018

OK. Ini ada perkongsian daripada siang tadi...


Tadi tengah hari Ahad 1 April 2018 selepas bertandang ke Kuala Lumpur untuk satu urusan saya membawa keluarga ke SACC atau Pusat Konvensyen Shah Alam.





Pesta Buku Selangor 2018 telah bermula Khamis lalu 29 Mac. Kini sudah hari ke-4...


Masuk sahaja melalui pintu utama terus terasa suasana lebih meriah daripada edisi-edisi yang pernah dihadiri tahun-tahun terdahulu. Lihat artikel-artikel lama berikut :-



Semangat Melayu sejati di Pesta Buku Selangor 2016





Lebih menarik lagi apabila ternampak terus booth atau reruai Hijjaz Records Publishing (HRP) begitu jelas daripada ruang legar utama dalam dewan. Ini kerana selain masih menerbitkan buku-buku sendiri sejak syarikat saya Wasilah Merah Silu Enterprise diasaskan tahun 2006 saya bernaung sebagai seorang penulis di HRP sejak tahun 2015.



Tiga buku saya, buku ke-8, ke-9 dan ke-10 saya secara keseluruhan telah diterbitkan oleh mereka, mutakhir sekali pada bulan Disember tahun lepas. Dan memang dalam perancangan kami HRP akan menerbitkan sekurang-kurangnya 4-5 buku saya lagi dalam tahun-tahun terdekat. Cuma saya aje yang asyik tak siap manuskrip. Rujuk artikel-artikel lama berikut...


Buku pertama saya bersama Hijjaz...

Mencari Diri dan Erti : Menjejak Salasilah Kesultanan yang Hilang" dah keluar!

Kenangan Sekolah Sains Johor dalam buku "Mencari Diri dan Erti"

Wawancara siaran langsung "Mencari Diri dan Erti" di TV1

Buku "Mencari Diri dan Erti" dah masuk kedai...

Bila yang tiada daya dan upaya mengharapkan gerak penulisan yang tepat daripadaNya...


Buku kedua bersama HRP...

Mengambil berkat 1 Syaaban menelusuri jejak leluhur di Pesta Buku KL 2016

Menelusuri Jejak Leluhur : Menyingkap Makna Wasiat Nabi


Buku ketiga bersama HRP...

Buku baru "Membela Syiar" sudah berada di pasaran



Selepas berlegar-legar di reruai HRP saya pun membawa keluarga berjalan-jalan melihat reruai-reruai lain.








Selepas menunaikan solat Zohor kami makan tengah hari lewat di Kompleks PKNS yang terletak bersebelahan SACC. Selesai makan kembali ke Pesta Buku Selangor...


Kelihatan aktiviti sedang meriah di khemah bahagian luar yang dikhaskan untuk membuat promosi buku dan persembahan...





Masuk kembali ke dewan melalui satu lagi pintu utama...


Kali ini saya terus mencari reruai milik seorang kawan lama yang pernah sama-sama bertugas di syarikat akhbar The New Straits Times. Beliau keluar sekitar tahun 2002 kalau tak salah lalu membuat satu syarikat penerbitan buku bernama Yamani Angle. Sebetulnya saya terserempak dengan beliau ketika mencari surau untuk bersolat tadi. Beliau bertanya tentang hasil penulisan terbaru lalu mengajak saya meletakkan buku di reruai beliau.


Kebetulan saya ada membawa 20 set buku-buku terbaru saya, buku ke-11 dan 12.  Memang ada dua kotak buku ditinggalkan dalam but kereta sejak sebulan lalu. Mudah kot-kot ada orang nak membeli bila bertemu apabila keluar ke mana-mana. Saya pun mengambilnya lalu meletakkan buku-buku tersebut di reruai beliau secara consignment. Rujuk artikel-artikel berikut tentang buku :-











Dengan ini biar diumumkan buku-buku saya itu boleh didapati di reruai Yamani Angle sepanjang Pesta Buku Selangor 2018 berlangsung sehingga 8 April. Reruai itu diberi nombor N16. Kedudukannya adalah pada sudut paling belakang daripada kedua-dua pintu utama dewan. 

Difahamkan ada reruai lain turut menjual buku-buku baru itu tapi saya tak nampak tadi. Yang saya nampak ada reruai selain HRP turut menjual buku-buku saya yang diterbitkan mereka. Apa pun silalah dapatkan buku-buku saya. Syukur alhamdulillah Pesta Buku Selangor 2018 menyaksikan tiga buku baru daripada saya menambahkan warna-warni. Untuk makluman ini adalah artikel ke-1,666 di blogspot ini.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan