Khamis, Ogos 17, 2017

Sampai masa untuk kembali bersuara



Salam semua. Merujuk pada artikel  Video penuh "Sekitar Perjanjian Pangkor 1874" percuma untuk umum yang dipaparkan pada 11 Mei lalu. Sedar tak sedar sudah lebih 3 bulan saya tidak mengemaskinikan mana-mana blogspot. Saya juga telah begitu lama menyepi tidak bersuara atau menyatakan apa-apa di Facebook. Sebab saya berbuat begitu ada dinyatakan dalam artikel tersebut juga artikel sebelumnya iaitu Gambar baru CATATAN dan sedikit sejarah penulisan berserta ulasan...

Dalam tempoh penyepian lebih 3 bulan itu banyak perkara telah berlaku. Antaranya dapat menyiapkan satu projek penulisan buku yang tersangkut awal tahun 2016 juga membeli komputer riba yang lebih berkuasa, komputer berasaskan processor Intel I7. Malam Jumaat ini saya rasa sudah sampai masanya kembali aktif menulis di blogspots juga FB. Sebab utama saya merasa terpanggil untuk kembali menulis dalam tempoh masa ini adalah pelancaran duit dirham HIKMAH yang selamat dilaksanakan di Tanjung Malim, Perak 29 Julai lalu. Itupun saya menunggu hingga hari ini iaitu hampir 3 minggu setelah acara berlangsung. Kalau tidak kerana itu mungkin saya akan terus menyepi buat beberapa bulan lagi. 

Alang-alang sudah kembali menulis saya rasa elok dipaparkan cerita-cerita tentang beberapa perkara lain yang berlaku dalam tempoh lebih 3 bulan kebelakangan itu sebelum masuk cerita pelancaran dirham HIKMAH dan satu majlis berkaitan. Ikutilah penulisan-penulisan yang akan dibuat dalam tempoh beberapa hari akan datang di blogspot ini juga blogspot  BERPETUALANG KE ACEHSENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) dan Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH)...


1 ulasan:

  1. Selamat kembali ke arena penulisan blog semula, Tuan. Sentiasa berdoa semoga Allah membuka hati Tuan untuk titipan kami semua.Alhamdulillah, tidak sia-sia buka blog ini menanti setelah sekian lama.

    BalasPadam