Selasa, Ogos 22, 2017

Acara "Sireh Pulang ke Gagang", pelancaran dirham HIKMAH dan forum "Busana dalam Filem Klasik Melayu" di Sarang Art Hub

Beralih pula pada aktiviti sekitar seminggu selepas raya  Atau tepat seminggu selepas berlaku apa yang diceritakan dalam artikel Majlis perjumpaan keluarga keturunan Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di Selayang...



Pada hari Sabtu 29 Julai 2017 berlakulah satu acara yang dipanggil sebagai "Sireh Pulang ke Gagang" di Sarang Art Hub, Tanjung Malim, Perak.


Ia menonjolkan pelbagai aktiviti yang mengangkat tinggi nilai-nilai lama keMelayuan termasuk persembahan silat dan pemakaian busana. Turut diadakan majlis pelancaran duit dirham HIKMAH. Ini diikuti forum bertajuk "Busana dalam Filem Klasik Melayu".



Apa yang berlaku sepanjang hari itu tengah hari sehingga lewat malam ada disaksikan oleh wartawan daripada TV3. Sedutan terpilih kemudian muncul dalam program Malaysia Hari Ini (MHI) pada awal pagi Isnin 31 Julai.


Segmen yang muncul dalam televisyen sempat dirakamkan oleh seorang kenalan lalu beliau memaparkannya di WhatsApp. Saya kemudian memuatnaikkan ia ke Youtube supaya boleh dipaparkan di blogspot.



Turut dimuatnaik adalah tiga rakaman yang dibuat isteri saya semasa pelancaran dirham HIKMAH...









Tiada ulasan:

Catat Ulasan