Rabu, April 12, 2017

Misi HIKMAH Aceh 2017 - Kembali ke tanah air tapi hati masih di Aceh

Salam 15 Rejab. Sampai masa untuk menutup siri ini. Bersambung daripada Misi HIKMAH Aceh 2017 - Menunaikan harapan orang Aceh di pendalaman.


Pagi Khamis 23 Mac 2017. Masuklah hari ke-8 merangkap hari terakhir perjalanan 16-23 Mac di Aceh.


Kami harus kembali ke Malaysia dengan penerbangan pagi.


Pesawat pagi bertolak jam 8.50 dan kami harus berada di lapangan terbang sejam sebelum itu.


Nasib baik tempat kami menginap iaitu di Ulee Kareng terletak cukup dekat, sekitar 10 km sahaja dari lapangan terbang,


Kami bertolak meninggalkan homestay pula sebelum jam 7.20.


Sambil bergegas ke lapangan terbang banyak perkara tentang perjalanan kali ini, perjalanan ke-8 buat saya ke Aceh terbit dalam fikiran.


Jam 7.32 kami sudah berada di halaman lapangan terbang atau di sini dipanggil bandara (bandar udara) Sultan Iskandar Muda.





Beratur untuk check-in barang. Termasuk dalam beg check-in adalah dua bilah rencong (senjata tradisional Aceh) buatan tradisional seorang tukang pakar, satu milik saya, satu milik isteri yang diterima sehari sebelum melaksanakan acara ke-20 HIKMAH di Rumah Cut Nyak Dien pada 19 Mac. Rujuk balik artikel Misi HIKMAH Aceh 2017 - Berlangsunglah acara yang memberi nama....


Asalnya ada banyak perkara mahu saya perkatakan dalam artikel ini yang kurang baik melibatkan perangai manusia yang tidak menyenangkan.


Tetapi apabila difikirkan balik tak jadi hendak menyebutnya. Cukuplah disebut bahawa kawan-kawan Aceh telah melayan kami dengan baik. Kawan-kawan senegara dari Malaysia pula yang ada tidak menyenangkan...





Menunggu untuk masuk pesawat.


Oh. Satu lagi perkara hendak ditambah. Saya melihat Aceh sudah banyak berubah rupa, kelihatan lebih maju dan moden berbanding kali terakhir sebelum itu saya menjejakkan kaki iaitu pada awal tahun 2015.



Lapangan terbang ini juga sudah kelihatan lebih moden dan besar.





Harapan saya semoga Aceh menjadi lebih maju tanpa perlu berharap pada orang bukan Islam seperti yang berlaku di Malaysia sejak sekian lama. Semoga bumi Serambi Mekah ini kembali menjadi wilayah yang dipandang sebagai penyuluh utama sinar Islam ke seluruh Alam Melayu...





Sampai masa untuk menaiki pesawat...





Jasad saya pun bergerak sama menuju ke Malaysia.


Tetapi hati ini tidak pernah lupa akan Aceh.


Bumi asal nenek moyang sebelah bapa saya ini sentiasa berada dalam jiwa. Semoga suatu hari nanti saya mendapat kebijaksanaan dan kekuatan yang setimpal untuk memajukan Aceh seperti mana pernah dilakukan beberapa generasi leluhur ratusan tahun yang lampau...


1 ulasan:

  1. "Harapan saya semoga Aceh menjadi lebih maju tanpa perlu berharap pada orang bukan Islam seperti yang berlaku di Malaysia sejak sekian lama. Semoga bumi Serambi Mekah ini kembali menjadi wilayah yang dipandang sebagai penyuluh utama sinar Islam ke seluruh Alam Melayu..."

    Amiin

    BalasPadam