Ahad, April 16, 2017

Ke Pesta Buku Selangor 2017

Salam Ahad 19 Rejab, Dengan selesainya perkongsian cerita-cerita tentang perjalanan di Aceh 16-23 Mac barulah saya boleh memberikan tumpuan kembali kepada beberapa hal di tanah air sejak kami kembali. Sekadar memberitahu. Sembilan hari selepas kembali dari Aceh iaitu pada 2 minggu lalu kami balik kampung ke Muar untuk melihat keadaan ibu bapa yang mengalami kemalangan jalan raya seminggu sebelum kami bertolak ke Aceh. Dalam perjalanan kembali ke Selangor pula terlihat sebuah makam di Sungai Rambai, Melaka lalu kami singgah. Lihat artikel  Makam (Tomb of) Tok Kepau di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART). Sabtu lepas pula kami hadir di satu majlis persilatan di ibu negara. Lihat artikel Festival Dunia Seni Silat Melayu ke-8 di Muzium Negara - Salam sayu dari pengasas HIKMAH di blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH). Sekarang biar disambung gerak dengan menceritakan apa yang berlaku esoknya...
.


Petang Ahad 9 April saya pergi ke Pesta Buku Selangor 2017 di Pusat Konvensyen Shah Alam.







Pesta ini sudah bermula sejak hari Khamis 30 Mac.



Tetapi baru hari itu, hari terakhir pesta saya ada kelapangan untuk bertandang.



Itupun kerana hendak menyokong kawan-kawan yang berniaga di atas nama Taman Pustaka.



Ini ada sedikit gambar yang diambil kawan. Kalau ikut mood saya sejak kembali dari Aceh tak mahu keluar ke mana-mana berjumpa orang buat suatu masa yang lama.


Ada hal tertentu telah berlaku membuat saya tidak mahu menganjurkan apa-apa lagi acara HIKMAH. Nak jumpa orang pun takda mood.


Tetapi disebabkan kawan-kawan saya gagahkan juga. Tu yang hujung minggu lepas boleh pergi acara silat di Muzium Negara, esoknya pula ke Shah Alam kerana sudah hari terakhir Pesta Buku Selangor...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan