Selasa, Ogos 16, 2016

Haul Imam al-Hadad di masjid negeri, Shah Alam

Daripada majlis ilmu akademik seperti diceritakan pada artikel Orang Melayu : Asal usul mereka, penghijrahan dan pengembaraan yang dipersembahkan hampir seminggu lalu kita beralih kepada majlis agama....


Hampir sebulan lalu saya mendapati poster di atas muncul dalam Facebook mewar-warkan satu siri majlis haul atau acara memperingati seorang ulamak besar berketurunan Nabi Muhammad SAW di Yaman iaitu Imam al-Hadad. Apabila mendapati majlis juga akan diadakan di masjid negeri Selangor di Shah Alam seperti yang kelihatan pada tengah poster saya dan isteri pun berazam untuk pergi ke sana.


Azam kami akan berada di masjid sebaik sahaja majlis dijadualkan bermula jam 5 petang Sabtu 13 Ogos 2016. Namun disebabkan penat amat akibat beberapa aktiviti kebelakangan itu, antaranya ke Seremban untuk mengatur penganjuran acara ke-17 HIKMAH (lihat artikel Meninjau lokasi acara ke-17 HIKMAH di Seremban di blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH)) kami keluar daripada rumah lewat lalu sampai selepas masuk waktu Isyak.









Nasib baik masih ada orang ramai dan majlis masih berjalan. Ketika gambar ini diambil solat berjemaah Isyak berserta doa nampaknya baru sahaja selesai lalu ada yang bersolat sunat.









Selepas beberapa lama ceramah ilmu pun disajikan lalu hadirin memberikan tumpuan...






Peribadi dan ajaran Imam al-Hadad yang hidup abad ke-17 hingga ke-18 Masihi disentuh malah diperincikan. Pesanan-pesanan beliau untuk kemajuan kerohanian ummah disampaikan, Di celah-celah itu ada persembahan qasidah memuji-muji junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW. Seingat saya inilah kali pertama saya dan isteri menghadiri majlis haul Imam al-Hadad di mana-mana tempat. 

Kalau majlis bacaan ratib al-Hadad, satu siri bacaan zikir dan sebagainya yang cukup terkenal dalam kalangan mereka yang selalu ke majlis-majlis sebegini tu pernahlah saya hadir beberapa kali. Isteri pula asyik teringat-teringat nama al-Hadad walaupun kurang jelas siapakah dia imam besar ini kecuali setelah membaca sedikit tentangnya baru-baru ini. Kata isteri ada bermimpi melihat sebuah makam yang menarik perhatian sehingga teringat-ingat. Kemudian beliau terlihat gambar makam Imam al-Hadad dipaparkan di Internet lalu mendapati ia serupa dengan apa yang dilihat dalam mimpi. Entah apa maknanya ini...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan