Jumaat, Jun 10, 2016

Lambang-lambang pada bangunan Freemason di Bukit Jalil

Salam malam Jumaat 5 Ramadhan. Sekitar 10 hari lalu saya ada membuat artikel bertajuk Bangunan Freemason di Bukit Jalil, legasi Raja Haji di Cyberjaya dan Masjid Besi di Putrajaya di mana saya ada meluahkan rasa kekecewaan apabila terkenangkan perjalanan lama sebuah yayasan Islam yang mana saya pernah terlibat dalam pentadbirannya buat suatu ketika. Kini saya telah mendapat tahu beberapa perkembangan baru yang memberangsangkan tentang yayasan lalu mahu menutup buku lama, buka buku baru. Cuma saya rasa harus berkongsi sedikit lagi tentang suatu hal yang mungkin berkaitan...


Dengan kuasa Allah SWT,  pada pagi Ahad, 5 Jun 2016 bersamaan 29 Sya'aban 1437 Hijriah tiba-tiba saya mendapat tawaran untuk membantu memajukan yayasan. Tetapi ia bukan daripada segi pentadbiran sebaliknya melibatkan bidang penulisan. Esoknya Isnin, hari pertama berpuasa bulan Ramadhan saya ke sana untuk berbincang tentang hal-hal yang diperlukan. Terlihatlah lagi bangunan Freemason yang cukup dekat dengan bangunan yayasan.


Kali ini saya tertarik untuk meneliti simbol atau lambang-lambang yang terdapat pada bangunan. Rasanya ramai kenal bukan simbol Freemason yang ada bentuk alat ukur seperti kelihatan pada dinding dalam gambar atas?


Seterusnya saya terlihat lambang-lambang dalam bangunan di sebalik tingkap-tingkap besar.


Gambar-gambar yang diambil kurang jelas. Apa yang saya boleh faham tentang lambang-lambang ini adalah puak Freemason mahu mewar-warkan diri sebagai satu badan brotherhood atau persaudaraan yang melangkaui mana-mana agama. Sedangkan mereka yang mengkaji lebih mendalam tahu terdapat banyak perkara gelap melibatkan mereka di sebalik penampilan muluk yang disuakan kepada umum...


Apa yang saya lihat selebihnya tidak perlulah diceritakan. Saya cuma menurut gerak berkongsikan hal ini memandangkan pada masa akan datang saya akan selalu bertandang ke sekitar kawasan ini insyaallah. Doakan saya sentiasa mendapat penjagaan Ilahi ya. Nampaknya ada sebab berlaku takdir baru ini. Ada misi tertentu buat diri saya selain melibatkan yayasan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan