Jumaat, Jun 17, 2016

Berbuka berbusana pada Iftar KL 2016 dalam media massa

Salam Jumaat 12 Ramadhan. Pada 4 hari lepas saya telah menulis artikel bertajuk Iftar KL 2016 - Menggamit silaturrahim perjuangan sambil disapa hujan Ramadhan menunjukkan bagaimana saya, isteri dan anak-anak berserta sejumlah aktivis telah berbuka puasa bersama umum di Dataran Merdeka sambil memakai busana tradisional Melayu. Tetapi tidak diceritakan dalam media bagaimana kehadiran kami itu menarik perhatian pihak media massa. Hari ini baru tergerak untuk menyentuh perkara tersebut.



Adapun kehadiran kami mendapat perhatian media sehingga gambar kami diambil dan gerak geri dirakamkan daripada beberapa sudut. Ada pula yang ditemuramah untuk memberikan sepatah dua kata mengapa hadir berbuka puasa dengan berpakaian sebegini. Pun begitu saya tidak terasa mahu berkongsi tentang hal ini di blogspot. Fikiran saya cuma berubah apabila ada orang memberitahu melalui Facebook bahawa gambar kami keluar lagi di suratkhabar Harian Metro (sebelum itu sudah keluar hari Isnin). 

Paling menarik perhatian saya adalah apabila dua orang anak laki-laki saya, Muhammad al-Aminul Rasyid dan Muhammad Alauddin Johan terpampang jelas dalam gambar yang ditanda dengan nombor 4. Itu yang membuat saya ingin bercerita tentang perhatian media yang kami dapat.


Caption (saya tak tahu bahasa Melayunya apa) untuk gambar menyebut seorang sahaja kanak-kanak berpakaian lengkap. Kira betul le sebab walaupun anak bongsu saya turut berada dalam gambar, beliau tidak memakai tanjak lalu tidak boleh dikatakan berpakaian lengkap.



Sekarang biar dikongsikan artikel tentang kehadiran kumpulan kami yang keluar dalam Harian Metro hari Isnin 13 Jun 2016. Ia ditunjukkan oleh beberapa orang kawan melalui Facebook juga Whatsapp. Saya kongsikan gambar berkenaan yang dikutip daripada FB seseorang.


Malam itu saya dapati kehadiran kami turut ditonjolkan dalam berita TV Alhijrah jam 8 malam.


Segmen berkenaan secara umum menceritakan tentang acara berbuka puasa Iftar KL 2016 di Dataran Merdeka yang dianjurkan oleh JKKN (Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara). Sebagai satu acara terbuka yang menawarkan makanan percuma kepada sesiapa sahaja yang datang, tentu ia menarik perhatian ramai.


Kehadiran kami berbusana Melayu tradisional menambahkan lagi kemeriahan. Segmen dalam berita kemudian banyak memberikan tumpuan kepada kami...


Sebetulnya saya tidak tahu bilakah ia akan disiarkan dalam televisyen. Kebetulan aje, selepas berbuka puasa dan selesai bersolat Maghrib berjemaah, isteri menukar channel ke TV Alhijrah untuk menonton berita lalu terlihat siaran.


Seorang anak kawan kami ditemuramah mewakili anak-anak yang berbusana.


Ditunjukkan bagaimana hujan renyai menyebabkan kami harus berbuka puasa di serambi Bangunan Sultan Abdul Samad, bukan di atas jalan hadapan Dataran Merdeka seperti yang dirancang.


Saya turut ditemuramah untuk menerangkan kenapa kami hadir berbusana begini.


Selepas segmen tamat baru terfikir. Kenapa tak rakam video? Pada kamera saya cuma perlu tekan butang merah sahaja untuk merakam, tak perlu susah-susah tukar mode atau sebagainya. Tapi langsung terlupa. Kalau rakam tentu dah boleh muatnaik ke Youtube untuk tatapan semua. Tak mengapa le. Takda rezeki nampaknya.



Pagi Selasa 14 Jun pula ada pembaca meninggalkan komen dalam ruangan berkenaan pada artikel Iftar KL 2016 - Menggamit silaturrahim perjuangan sambil disapa hujan Ramadhan memberitahu bahawa terdapat gambar saya iftar (berbuka puasa) dalam Metro Online. Saya pun mencari melalui Google. Terjumpalah gambar yang kelihatan...



Berbalik pada gambar hari ini yang mencetuskan gerak untuk menceritakan perihal kami mendapat perhatian media di blogspot ini. Saya pun membeli senaskah Harian Metro edisi hari Jumaat 17 Jun 2016 lalu mendapati gambar berkenaan terdapat pada set sisipan tengah akhbar yang dipanggil ruangan Nuansa,



Ia terletak pada muka surat 32 sisipan. 


Seronok saya melihat pada Gambar 1 ada saya berdiri paling kanan bersama kawan-kawan dengan anak-anak ke tengah kiri. 


Seronok lagi apabila melihat Gambar 4 memberikan tumpuan kepada anak saya Rasyid yang hendak masuk umur 7 tahun bersama adiknya Johan yang berumur 4 tahun lebih.


5 ulasan:

  1. Salam tuan .... bagaimana hendak mendapatkan buku kedua tuan jejak leluhur terbitan HRP ... saya ke MPH dan POPULAR masih belum menemui buku tersebut ... terima kasih

    BalasPadam
  2. Wassalam. Hmm. Saya pun tertanya2 tentang hal ini. Tapi baru ini ada orang beritahu dapat beli muka di kedai buku Syarikat Muda Osman, Kelantan. Saya call pejabat HRP tak dapat le pulak. Samada telefon ada problem atau semua orang bercuti panjang bulan Ramadhan.

    Apapun saya ada sedikit stok. Kalau nak beli daripada saya sila bank-in RM44 (harga buku RM38 + poslaju RM6) pada akaun saya :-


    Affin Islamic Bank : 20-530-011171-1

    Atas nama: Mohd Fahrulradzi b Mohamad Sapiee


    Atau akaun isteri :-


    Maybank - 112110854698

    Atas nama: Nor Afidah binti Yusof


    Maklumkan transaksi dengan menghantar SMS berserta alamat rumah ke telefon nombor 013-3082131. Selepas terbukti transaksi berjaya, buku akan diposkan ke alamat anda secepat mungkin.

    BalasPadam
  3. Terima kasih tuan .... Insha Allah malam ni saya bank in melalui akaun maybank ... cikgu izaheri 0125221277

    BalasPadam
  4. OK. Dah dapat. Insyaallah siang ni saya pos...

    BalasPadam