Rabu, Mei 18, 2016

'Menimbang' air Sungai Pahang - Antara Sungai Lipis dengan Sungai Jelai



Awal pagi Rabu 11 Mei 2016. Selepas beberapa lama beriktikaf di surau Kampung Gemeti sampailah masa untuk menyambung perjalanan.


Lalu lintas kelihatan sibuk menuju ke pekan Bentong.


Rupa-rupanya ada kemalangan...





Perjalanan diteruskan ke hujung utara pekan sebelum berhenti untuk sarapan.





Selepas itu baru disambung ke Raub, Suasana kelihatan begitu menarik dengan bukit bukau berkabus hampir sepanjang perjalanan.


Lalu di pekan Raub saya kemudian mengambil jalan ke Cheroh. Singgahlah sebentar di rumah almarhum Nenek iaitu ibu kepada ayah juga makam beliau.


Sampai di Batu Malim saya berhenti minum sambil menikmati pemandangan di tepian Sungai Lipis. Di sinilah tinjauan saya terhadap aliran air Sungai Pahang bermula. Untuk pengetahuan Sungai Lipis adalah salah satu cabang utama yang membentuk Sungai Pahang.


Daripada penduduk tempatan saya dapat tahu bahawa pada hari sebelumnya masih boleh kelihatan beting pasir di tengah sungai disebabkan paras air rendah akibat musim panas teruk yang melanda beberapa bahagian di Malaysia 2-3 bulan kebelakangan, Cuma saya sampai setelah hujan lebat turun semalaman, jadi air dah naik balik. Lihat artikel Checking the condition of Sungai Lipis at Batu Malim di blogspot BERPETUALANG KE ACEH
.


Perjalanan diteruskan ke Kuala Medang untuk melihat paras air ke hulu Sungai Jelai, satu daripada 2 sungai paling utama yang membentuk Sungai Pahang. Lihat Checking the condition of Sungai Jelai at Kuala Medang.


Sampai ke jalan Gua Musang-Kuala Lipis saya masuk ke Kampung Relong yang memiliki sejarahnya yang tersendiri.


Singgah beriktikaf dan berehat di masjid kemudian pergi menziarahi makam pengasas kampung, dipercayai asalnya seorang sultan yang pernah bertakhta memerintah empayar Johor-Riau-Lingga. Lihat artikel Masjid jamek (Main mosque of) Kampung Relong,Kuala Lipis dan Rupa baru makam Tok Linggi (New look of the tomb of Tok Linggi) di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART).


Saya sudah beberapa kali singgah di kampung ini dan banyak kali lalu di hadapannya kerana ia terletak di tepian jalan Gua Musang-Kuala Lipis iaitu sebahagian daripada jalan utama Kota Bahru, Kelantan-Kuala Lumpur. Tapi kali ini baru tergerak untuk melihat bukit batu kapur berdekatan yang memiliki nama yang unik.


Nah. Apakah ini kampung asal Presiden Obama yang sedang memimpin Amerika? Lihat The limestone hill of Gua Bama - A tribute to President Obama?.


Selepas beberapa lama baru masuk ke pekan Kuala Lipis lalu menuju ke bahagian lama pekan. Tempat pertama disinggahi adalah stesyen kereta api, satu tempat persinggahan kegemaran saya. Cuma kali ini saya sedikit kecewa suasananya tidak seperti yang diingat dahulu. Lihat Kuala Lipis railway station revisited after the big flood of 2014.


Selepas itu baru singgah ke masjid lama di mana saya akan bermalam. Selepas menjamakkan solat Zohor dan Asar saya mula berjalan-jalan di sekitar. Dapatlah meninjau aliran Sungai Jelai di sebelah pekan juga Sungai Lipis yang masuk ke Sungai Jelai. Lihat artikel-artikel berikut :-






Malamnya saya makan bersama satu kumpulan di sebuah restoran makanan laut di bahagian baru pekan.


Mereka-mereka ini adalah orang yang terlibat dalam seminar yang mahu dihadiri pagi Khamis. Semuanya adalah peminat sejarah. Mereka datang mewakili pelbagai institusi berkaitan...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan