Selasa, Januari 05, 2016

Daulah Melayu di Melaka - Menggamit aura lama istana

Salam semua. Pada artikel sebelum ini iaitu Dari Pasir Salak ke Pulau Pangkor - Sambutan enggang dan penentangan terhadap Belanda ada disebut bahawa saya menulis artikel itu setelah selamat kembali daripada membuat penggambaran di Melaka. Pada artikel sebelumnya iaitu Dari Pasir Salak ke Pulau Pangkor - Pusing pulau setelah 15 tahun pula telah disebut penggambaran dibuat untuk dokumentari "Daulah Melayu". Sekarang biarlah diceritakan tentang penggambaran tersebut...


Ahad 27 Disember 2015 saya dan krew penggambaran bertolak dari Kota Damansara ke Melaka. Sampai ke Ayer Keroh lewat petang.


Kami masuk homestay di Bukit Katil. Selepas Maghrib keluar ke pusat bandar raya Melaka untuk makan malam.


Kami makan di medan selera berdekatan jambatan yang kelihatan...


Terlihat bangunan tertinggi di Melaka yang kalau tak salah baru dibuka 3-4 bulan. Tergerak untuk naik ke bahagian paling atas untuk menikmati pemandangan sekitar. Lihat artikel Looking at Melaka from the top floor of its latest highest building di blogspot BERPETUALANG KE ACEH
.

Esoknya pagi Isnin 28 Disember baru kami keluar untuk membuat penggambaran,


Kami ke replika istana yang menjadi muzium, dipanggil Istana Kesultanan Melaka.


Di situlah kami bekerja sehingga jam 2,45 petang gitu...





Selepas itu baru bertolak ke lokasi seterusnya di bahagian lain Bandar Hilir.



Cadangnya nak buat penggambaran di sekitar replika kapal Portugis ini. Tapi disebabkan penggambaran di Istana Kesultanan Melaka pun dah makan terlebih masa, kami tangguhkan ke hari yang lain.


Malamnya kami ke replika istana lagi untuk bertemu seseorang yang katanya dapat membantu kami mendapatkan gambaran bagaimanakah rupa sebenar Kota Melaka sebelum ia jatuh ke tangan Portugis tahun 1511.


Kami dibawa naik ke puncak Bukit St. Paul di sebelah muzium. Ramai sudah sedia maklum bahawa istana asal Kesultanan Melaka terletak di atas bukit ini sebelum dirobohkan Portugis lalu digantikan dengan gereja.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan