Khamis, Januari 07, 2016

Daulah Melayu di Melaka - Legasi Hang Tuah. Bersilat di bawah naungan Pulau Besar

Masuk hari kedua penggambaran. Bersambung daripada Daulah Melayu di Melaka - Menggamit aura lama istana.


Pagi Selasa 29 Disember 2015, kami keluar untuk membuat penggambaran seterusnya.


Lokasi kali ini adalah Hang Tuah Center atau Perkampungan Hang Tuah di Kampung Duyong.


Saya sudah banyak kali bertandang ke kompleks muzium yang dibina berasaskan kisah pahlawan besar Melayu, Hang Tuah dan empat orang sahabatnya ini. Malah selepas ia dibuka sepenuhnya sekitar bulan Ogos tahun 2013 kalau tak salah, pihak saya dan kawan-kawan seperjuangan menjadi orang pertama yang betul-betul memanfaatkan kemudahan yang ada. Lihat artikel Acara ketujuh HIKMAH di Hang Tuah Center, Kampung Duyong, Melaka 30 Nov 2013 di blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


 
Cuma dahulu saya tidak tergerak untuk masuk ke bahagian pameran utama. Baru kali ini melihat apa yang ada di dalamnya. Lihat artikel Dalam bangunan utama (Inside the main building of) Hang Tuah Center di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART).


Apapun penggambaran berjalan lancar. Di sini saya merasmikan satu persalinan pakaian yang asalnya difikirkan cuma mahu dirasmikan di Pulau Besar, satu daripada tiga set persalinan yang baru diterima daripada pihak penerbit Daulah Melayu untuk kegunaan saya sebagai hos dokumentari penghujung November. Tapi penggambaran di pulau yang asalnya dijadualkan akan diadakan Ahad 27 Disember 2015 ditunda ke suatu masa yang lain atas sebab tertentu. Lalu timbul gerak merasmikannya di sini...


Kami turut merakamkan keadaan di tempat-tempat berdekatan yang dikaitkan dengan nama besar Hang Tuah. Antaranya adalah masjid di Kampung Duyong dan perigi yang dikatakan digali oleh beliau...





Beberapa tempat di sekitar telah dimasukkan ke dalam pelan besar Perkampungan Hang Tuah. Ini kerana menurut ceritanya pahlawan besar Melayu itu dilahirkan dan dibesarkan di Kampung Duyong.



Selesai penggambaran sana kami berkejar ke Umbai lalu ke gelanggang dan pusat Silat Gerak Tepat.


Kami ada janji untuk bertemu dan membuat penggambaran dengan pengasas silat tersebut, Cikgu Aziz Said.


Sebetulnya rancangan bersama Cikgu Aziz tidak ada dalam jadual penggambaran di Melaka 27-30 Disember. Walaupun beliau masuk dalam senarai orang yang akan ditemuramah untuk dokumentari, dan perkara ini sudah saya nyatakan kepada beliau sejak awal 2015, sesi bersama beliau mahu dibuat pada kesempatan yang lain.


Cuma ketika membuat penggambaran di muzium Istana Kesultanan Melaka hari Isnin (rujuk Daulah Melayu di Melaka - Menggamit aura lama istana) nama beliau disebut kurator muzium kerana dijadualkan membuat persembahan silat bersama orang-orangnya 3 Januari 2016 di sana. Mendengarkan ini terus saya ambil sebagai alamat bahawa elok penggambaran bersama Cikgu Aziz dibuat cepat lalu memberitahu pengarah tentangnya.


Atas asbab ini dapat pula footage tepi pantai berlatarbelakangkan Pulau Besar yang sangat dikenali dengan segala macam cerita berkaitan keramat itu. Sedangkan penggambaran tepi pantai orang silat berbusana asalnya mahu dibuat di Pulau Besar 27 Disember tetapi ditunda seperti sudah disebut lebih awal tadi. Sekurang-kurangnya kita sudah dapat shoot tersebut walau bukan atas pulau.


Malah disebabkan aturan Allah SWT yang tidak diduga ini kami mendapat latarbelakang permainan warna yang sangat menarik. Lihat artikel Silat shooting under sunset in front of Pulau Besar di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.


Malam itu kami kembali ke gelanggang untuk membuat sesi bergendang.


Alhamdulillah, dapatlah melayan beberapa lagu gendang sebelum diberitahu makna silat yang lebih luas, bukan sekadar pergerakan fizikal untuk menepis, mengelak atau membalas serangan orang. Sesungguhnya dalam silat itu juga ada pelajaran untuk menepis dan mengelak desakan hawa nafsu dan bisikan hantu syaitan. Ia adalah satu keperluan untuk kita menjadi orang Islam yang betul-betul bertauhid lagi mengenali Tuhan.


3 ulasan:

  1. Assalamualaikum..ade x video bersilat tepi pantai tu..teringin sgt nk tgk

    BalasPadam
  2. Wassalam. Ooo. Tu kena dokumentari 13 episod semua siap dan ditayangkan. Kalau ikut jadual tahun 2017 baru jadi tu...

    BalasPadam