Isnin, Disember 28, 2015

Dari Pasir Salak ke Pulau Pangkor - Pusing pulau setelah 15 tahun

Salam semua. Pada ketika ini saya sedang berada di Melaka untuk kerja-kerja penggambaran dokumentari Daulah Melayu. Sementara ada kesempatan dan kelapangan biarlah dipersembahkan cerita hari kedua perjalanan di Perak baru ini.


Isnin 21 Disember 2015. Selepas meninggalkan Pasir Salak malam sebelumnya kami telah bermalam di pangsapuri yang kelihatan.


Pangsapuri ini terletak di Lumut. Ini menawarkan pemandangan menarik persekitaran. Lihat artikel-artikel berikut yang telah diletakkan di blogspot BERPETUALANG KE ACEH:-






Masuk ke pekan Lumut.



Sarapan pagi lewat bersamaan makan tengah hari awal.


Kami makan di warung berhadapan terminal feri ke Pulau Pangkor. Selesai makan terus ke terminal.


Inilah kali pertama saya membawa isteri dan anak-anak ke pulau itu. Kali terakhir saya sendiri bertandang ke Pangkor adalah lebih 8 tahun lalu. Lihat artikel lama Remembering Pangkor....




Ternyata ramai orang pergi bercuti di pulau mengambil kesempatan cuti sekolah yang panjang. Nasib baik kami masuk tengah hari Isnin. Walaupun ramai, taklah begitu sesak orang yang masuk pulau. Kami dapat melihat berkali ganda ramai mahu keluar pulau. Gambar ini diambil setelah sampai di Pulau Pangkor. Dah keluar daripada jeti pun masih kelihatan orang berbaris panjang untuk mendapatkan feri kembali ke Lumut.


Keadaan di luar terminal. Kami mahu mencari kereta sewa.


Setelah mendapat kereta terus mengambil jalan pusing pulau melawan arah jam.









Sampai di Teluk Dalam berhenti sebentar untuk menikmati pemandangan. Lihat Looking at Teluk Dalam.


Perjalanan pusing pulang melawan arah jam diteruskan ke Teluk Nipah.





Kami telah menempah bilik hotel untuk bermalam berdekatan pantai. Lihat dahulu pemandangan sekitar. Rujuk An early look at Teluk Nipah.


Selepas berehat sebentar di hotel kami keluar jam 3.50 petang untuk membuat aktiviti snorkelling di pulau kecil berdekatan. Lihat Snorkelling at Pulau Giam.





Selepas snorkelling kami jalan-jalan melihat persekitaran teluk dan pulau. Lihat Island hopping around Teluk Nipah.


Lewat petang hampir Maghrib perjalanan pusing pulau melawan arah jam menaiki kereta disambung. Singgah di satu tempat menarik untuk menikmati pemandangan matahari terbenam. Lihat Sunset from Pangkor's vantage point.


Sebelum hari betul-betul gelap kami berhenti sebentar di Pasir Bogak. Lihat Pasir Bogak at twilight.


Perjalanan membawa kami kembali ke pekan Pangkor di mana terdapat terminal feri keluar dan masuk dari/ke Lumut. Dengan itu kami dah dapat pusing pulau, setakat mana yang dibenarkan oleh jalan raya yang ada. Kali terakhir saya membuat perjalanan pusing Pulau Pangkor adalah pada tahun 2000 iaitu 15 tahun lalu. Ketika itu saya menaiki motosikal sewa dengan bekas isteri terdahulu.


Dari pekan kami menyambung perjalanan ke selatan (bukan jalan pusing pulau) di mana terdapat banyak kampung Melayu. Singgah di satu bangunan peninggalan sejarah yang terkenal. Lihat artikel Kota Belanda pada malam hari (Dutch fort at night) di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART).



Tiada ulasan:

Catat Ulasan