Sabtu, Disember 05, 2015

Apa ada dengan 444 berkenaan Hikayat Hang Tuah?

Allah. Masih ada sesuatu yang perlu dilepaskan melibatkan Hang Tuah. Tapi ia harus meliputi beberapa perkara lain juga. Lalu saya harus menurut gerak untuk melepaskan hal ini...


Dalam buku "Hang Tuah : Catatan Okinawa" ada disebut bahawa pada muka surat ke-444 buku Hikayat Hang Tuah selenggaraan Kasim Ahmad yang diterbitkan oleh DBP tahun 1966 (cetakan pertama tahun 1964) ada satu-satunya bahagian/perenggan yang meletakkan tahun/tarikh peristiwa, yang lain langsung tiada. Kebetulan saya memiliki senaskah buku yang tebalnya hampir 500 muka surat itu. Memang betul pada muka surat tersebut terdapat perenggan itu. Copy and paste daripada buku :-



Bermula pada masa hijrah Nabi Sallahu alaihi wa-sallam baharu delapan ratus delapan puloh enam tahun. Maka tatkala itu anak Zainal Abidin yang bernama Sharif Ahmad itu-lah menjadi raja di-negeri Mekah itu dengan perentah Sultan Rom. Shahadan di-negeri Madinah pun anak Zainal Abidin juga menjadi raja pada masa itu, nama-nya Sharif Bahar Lauddin. Sa-telah Laksamana berkata2 dengan Malek R.s.t.l itu maka ia pun bermohon kembali ke-gedong-nya tempat singgah itu berlengkap akan berjalan ka-Mekah itu.



Hal ini menyebabkan saya rasa harus menyemak apakah artikel ke-444 di blogspots saya. Hasilnya begini :-


1. Blogspot berbahasa Melayu CATATAN SI MERAH SILU (blogspot ini)- Artikelnya bertajuk Nombor 444 sebagai pelengkap satu cerita. Cerita dibuat selepas melengkap satu siri perjalanan yang dilakukan untuk menghasilkan buku ke-4 saya iaitu Rumah Azan (terbit April 2009). Lihat senarai links berkaitan pada hujung artikel Satu Jumaat dan projek buku masjid. Gambar yang kelihatan di atas telah digunakan untuk profail saya dalam buku tersebut.


2. Blogspot dwibahasa ARTMELAYU - Artikelnya bertajuk Panca Persada Beting Beras Basah?
Yang ini mudah untuk diterangkan. Ia berkenaan pondok yang digunakan untuk melengkap pertabalan Sultan Perak.


3. Blogspot berbahasa Inggeris BERPETUALANG KE ACEH - Artikelnya bertajuk The 444th step... forward on and march!. Merujuk pada buku ke-5 saya  "Ahlul Bait (Family) of Rasulullah SAW and Malay Sultanates" (terbit awal 2010).



Adapun pada artikel Nombor 444 sebagai pelengkap satu cerita ada dinyatakan bahawa nombor 444 boleh dilihat terhasil sebagai paduan kepada 131 dan 313 (131 + 313). Dengan itu saya rasa harus menyemak juga artikel ke-131 dan 313 bagi setiap blogspot. Hasilnya seperti berikut :-


1. Untuk CATATAN - Sejarah berkaitan Muar dalam "Berpetualang ke Aceh"...diikuti Apa ada di Gunung Stong?.

2. Untuk ARTMELAYU -  Di dalam Masjid Abidin (Inside the Abidin Mosque), Kuala Terengganu.. diikuti Kota Johor Lama (Johor old fort)

3. Untuk BERPETUALANG - Batu Belah (split stone) of Pulau Besar, Melaka diikuti A bicycle race and the sacred number 313.


CATATAN kini sudah memiliki 1,398 artikel (termasuk ini), ARTMELAYU 1,533, BERPETUALANG 1,464. Gila-gila nombor saya menuntut agar disemak juga apakah artikel ke-886 pada setiap blogspot. Ini merujuk pada tahun hijriah dalam perenggan yang dicopy paste daripada Hikayat Hang Tuah...



1. Untuk CATATAN - Menjejak kegemilangan lama Pantai Timur : Dari Tanjung Lumpur ke Kuala Pahang

2. Untuk ARTMELAYU - Makam 7 (The 7 tombs), Sayong Pinang

3. Untuk BERPETUALANG - Bukit Gundaling, the "Good bye darling" hill


OK. 886 Hijriah dalam Hikayat Hang Tuah itu merujuk pada tahun beliau dikatakan singgah ke Mekah, dalam perjalanan menuju ke Turki (disebut sebagai Rum dalam hikayat) untuk bertemu sultan sana. Kira-kira ringkas menunjukkan ini bersamaan 1481 Masihi. Menariknya, pada tahun itu, kota Otranto di Italy yang diserang 1480 masih ditakluki kerajaan Turki Uthmaniah seperti diceritakan dalam artikel sebelum ini, Antara mitos dan sejarah Hang Tuah - Leonardo da Vinci pun ada kena mengena. Terasa ingin menyemak apakah artikel ke 1,481 di blogspots saya tapi cuma ARTMELAYU sudah mencapai malah melepasi jumlah ini. Artikel berkenaan adalah Rupa terbaru makam Sultan Abdullah Muazzam dan Sulltan Jaafar Muazzam (Latest look of the tombs of Sultan Abdullah Muazzam and Sultan Jaafar Muazzam).... Cukuplah saya melayan kegilaan nombor buat masa ini... :]




Tiada ulasan:

Catat Ulasan