Isnin, Jun 01, 2015

Panggilan Pasir Salak - Penangan penjurit kepetangan

Selamat pagi semua. Sebentar lagi saya harus bersiap untuk membuat satu perjalanan ke Terengganu kemudian turun ke Pahang sebelum pusing Johor. Sebelum itu biar dikongsikan cerita aktiviti hujung minggu baru ini.


Petang 29 Mei 2015. Selepas solat Jumaat saya dan keluarga memulakan satu perjalanan ke Perak.





Ia adalah perjalanan pertama kami ke negeri kelahiran ayah saya itu sejak Sultan baru Perak, Sultan Nazrin Shah ditabalkan awal Mei.


Keluar Lebuh Raya PLUS singgah di Sungkai mengisi minyak kereta kemudian mengisi perut.


Daripada situ mengambil jalan potong menghala ke Teluk Intan kemudian masuk ke Langkap.



Saya berbuat begitu kerana mahu mengambil jalan pintas ke Kampung Gajah. Terlepas satu simpang tengok-tengok kereta menghala kembali ke Teluk Intan. Cuba balik cari simpang yang sepatutnya, terambil simpang lain. Akibatnya kami sampai ke Kampung Gajah waktu senja.



Apapun kami sebenarnya mahu ke Pasir Salak yang terletak di seberang pekan Kampung Gajah (seberang Sungai Perak) untuk mengikuti satu majlis di pusat peranginan sana.





Malam selepas Isyak majlis yang diberi nama WB River Fest itupun dirasmikan oleh mantan ketua polis negara, Tun Hanif Omar.


Ada pertunjukan silat daripada ahli perguruan persilatan Penjurit Kepetangan.












Sesuailah dengan kedudukan majlis di Perak, Penjurit Kepetangan mengenengahkan silat warisan daripada tokoh berketurunan Minang Pagar Ruyung, Megat Terawis yang pernah menjadi Bendahara negeri Perak 500 tahun lalu...









Tiada ulasan:

Catat Ulasan