Isnin, Jun 01, 2015

Panggilan Pasir Salak - Bersama Raja Muda Perak

Masuk hari terakhir majlis. Bersambung daripada Panggilan Pasir Salak - Peranan HIKMAH dan sedikit perkongsian ilmu.


Ahad 31 Mei 2015. Saya sampai ke tapak utama acara WB River Fest agak lewat iaitu jam 10. Kelihatan permaidani kuning sudah dibentang untuk menyambut kedatangan tetamu diraja. Raja Muda Perak, Raja Jaafar ibni almarhum Raja Muda Musa akan menyerikan majlis, cuma yang saya ingat atur cara menyatakan baginda akan menutup acara pada jam 11.


Kelihatan juga sederet kereta Moris Minor lama menjadi pameran dan tarikan hari itu.



Menyedari bahawa Raja Muda akan sampai lebih awal daripada apa yang dijangka, saya pun bergegas ke khemah para aktivis kebudayaan Melayu terutama HIKMAH untuk menyiapkan apa yang patut.






Nampaknya ramai sudah bersiap sedia...






Dah dapat dirikan sepanduk yang mengandungi Pernyataan HIKMAH (lihat artikel Pernyataan HIKMAH Melaka - Blue print kebangkitan Islam akhir zaman? di blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH)) dan menjadikan ia cukup kukuh untuk menghadapi tiupan angin agak deras dari tepian sungai, baru saya sedia untuk bersarapan pagi. Sebenarnya sepanjang acara berlangsung 29-31 Mei sarapan, makan tengah hari dan makan malam percuma disediakan di resort. Tetapi hari itu sarapan ditutup cepat kerana dewan harus disediakan untuk kegunaan rombongan diraja bersantap.


Saya dan beberapa orang kawan aktivis yang tidak sempat bersarapan percuma pun menuju ke kedai luar. Tengok-tengok Raja Muda pula sampai...


Kalau dah begitu biarlah kami menunggu untuk bersama menyambut kedatangan.






Tak lama kemudian kelihatan Raja Muda diiringi para pahlawan/pesilat daripada perguruan Penjurit Kepetangan.






Baginda sempat berbual-bual dengan isteri saya...


Sempat juga melayan kerenah anak-anak. Cuma saya terlewat mengambil gambar kerana seronok melihat keadaan.



Selepas Raja Muda melepasi kedudukan kami barulah keluar ke kedai makan.



Dekat jam 11 baru kami kembali ke majlis.






Kelihatan Raja Muda masih di pentas, ketika itu menyampaikan hadiah kepada para pemenang lumba lari yang diadakan awal pagi.





Kawan-kawan aktivis pula siap siaga di gerai kerana Raja Muda akan melawat selepas selesai acara di pentas.










Jam 11.10 gitu, baginda memulakan lawatan ke gerai dengan melihat pameran kereta Moris Minor terlebih dahulu.


Masuk dalam sebuah kereta baginda menghidupkan enjin dan bermain minyak...


Selepas beberapa lama sampailah ke gerai para aktivis.



Kelihatan saudara Johan Iskandar dan Tengku Ahmad Ridhaudin menunjukkan cara menggunakan panah mengikut kaedah sunnah Nabi Muhammad SAW.







Bergambar beramai-ramai bersama Raja Muda...


Baginda juga berkenan untuk bertandang melihat buku-buku saya. Terus diajaknya saya dan isteri bergambar sama...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan