Jumaat, Oktober 04, 2013

Simposium Serantau Asal Usul Melayu - Antara buku dan HIKMAH

Salam semua. Malam Jumaat ini eloklah dibuka satu cerita...


Pagi Selasa 1 Oktober 2013, selepas bermalam di sebuah rumah rehat di sekitar pusat bandar raya Melaka (lihat artikel First Melaka city centre walk in 5 months...di blogspot BERPETUALANG KE ACEH), saya dan seorang sahabat, saudara Zam bersarapan di warung berdekatan.


Warung ini terletak di hadapan Sekolah Tinggi Melaka. Baru saya tahu sekolah ini telah diasaskan 1826, dua tahun setelah berlakunya Perjanjian Inggeris-Belanda 1824 yang secara efektifnya membelah dua dunia Melayu di Asia Tenggara menjadi bahagian-bahagian yang akan membentuk negara Malaysia dan Indonesia.


Selepas itu kami bergegas ke Seri Negeri, pejabat pentadbiran Ketua Menteri Melaka yang terletak di Ayer Keroh.


Kami mahu menghadiri acara yang dipanggil Simposium Serantau Asal Usul Melayu.


Sambil melangkah masuk ke dewan, teringat kali pertama saya menghadiri acara di sini. Lihat artikel Seminar Antarabangsa Hang Tuah di Seri Negeri - Menjana kebangkitan jati diri Melayu sejati? yang dibuat lebih setahun setengah lalu.


Kami sampai sekitar 8.40 pagi. Acara dijadualkan bermula 9.30.


Suasana dalam dewan...




Di ruang legar ada sejumlah gerai buku.


Gerai IKSEP (Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme Malaysia). Kelihatan sebuah buku terbaru, "Hubungan Sejarah Melaka-Makassar).


Gerai PERZIM (Perbadanan Muzium Melaka). Walaupun seperti IKSEP mereka juga menerbitkan banyak buku, gerai yang ada setakat mempamerkan maklumat tentang muzium-muzium yang diselenggarakan mereka (lebih 20 kalau tak salah) dan aktiviti berkaitan.


Ini pula gerai Tuan Haji Yusuf Liu, seorang Muslim dari Cina yang berbangsa Hui, satu bangsa etnik Cina yang diketahui beragama Islam sejak zaman-berzaman.


Beliau ada menulis sejumlah buku tentang orang Islam di Cina juga Cina Muslim di Malaysia.


Di satu sudut kelihatan dua buah banner memaparkan apa yang dipanggil Pernyataan HIKMAH Melaka. Rujuk artikel Pernyataan HIKMAH Melaka - Blue print kebangkitan Islam akhir zaman? di blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Saudara Zam ada membuka gerai lalu saya mengambil peluang untuk menonjolkan pernyataan menggunakan banner yang dibuat istimewa untuk acara keenam HIKMAH di Shah Alam 7 September lalu. Lihat Acara keenam HIKMAH di Shah Alam 7 Sept 2013.


Zam yang merupakan salah seorang penggiat kuat HIKMAH mula berniaga buku pada acara pertama HIKMAH yang juga diadakan di Shah Alam tetapi pada 4 November 2012. Berniaga atas nama Taman Pustaka (klik sini), beliau kini memiliki lebih 300 tajuk buku-buku yang sukar ditemui di kedai biasa, buku-buku yang selalunya cuma boleh didapati di kedai universiti, muzium dan badan-badan seperti Dewan Bahasa dan Pustaka. 


Masuk ke dewan jam 9 ia nampak sudah dipenuhi.






Tinggal menunggu tetamu-tetamu terhormat sahaja mengambil tempat duduk sebelum acara dimulakan sekitar setengah jam lagi. Cerita akan disambung insyaallah siang Jumaat...



3 ulasan:

  1. Assallamuallaikum wrwt

    Sepatutnya mrk yang bersidang kene tau apa sebenarnya perkataan MELAYU, bangsa jepun berkata MURAYU, bangsa Cina mengatakan Mulayu, Etnik lain di Alam Melayu mengatakan MALU, Lari dan Bawa diri....

    Agak Agak nya lah ada diantara pemikir dan pendebat berani mengaku mereka MALU, atau Lari...

    Kecuali Bangsa yang tahu kenapa ianya MALU dan Membawa Diri...
    Jangan pandai berdebat tetapi tidak tau asal usul dan adakah mrk yang hadir berana utk menterjemahkan etnik bangsa mrk sebelum mengaku MELAYU/ISLAM.

    MELAYU bermaksud MERAYU NYA NABI ALLAH ADAM A.S yang diperintahkan turun dari SYURGA serta Nabi Allah Adam A.S memohon pada Allah SWT akan keselamatan dan kesejahteraan dari awal zaman nya hingga ke akhir zaman.

    Malu dan membawa diri, serta Nabi Allah Adam A.S tidak ianya menjadi RAJA, sedangkan Nabi Allah Adam Berkelana di seluruh dunia dan menemui HAWA..

    Apakah itu ISLAM, ianya adalah KESELAMATAN DAN KESEJAHTERAAN, apa ianya tidak sama dengan MELAYU.. kena fahami dalam hujjah dan perdebatan agama ISLAM adalah Agama Allah yang diturunkan kepada Junjungan Besar Nabi Mohammad SAW, tidak Nabi Allah Mohammad membawa agama nya, tetapi Nabi Mohammad SAW membawa Agama Allah...

    Selepas baginda Junjungan Besar Nabi Mohammad SAW wafat, maka terbit gulungan penentang dan menafikan Junjungan Besar Nabi Mohammad SAW, dan mengatakan Agama Islam adalah agama Nabi Mohammad SAW, maka KHalifah Syaidina Abu Bakar telah dilantik dari kalangan 4 sahabat untuk memerangi kaum tersebut kerana beranggapan mrk menidakan Kenabian dan Kerasulan Junjungan Besar Nabi Mohammad SAW.

    Maka dalam percaturan rangkaian pemikiran, dunia penuh ketamadunan, kita manusia akan melakukan kekilafan dalam mencari erti kata MELAYU YANG MERAYU UNTUK KESELAMATAN DAN KESEJAHTERAAN AWAL ZAMAN HINGGA AKHIR ZAMAN.

    Waalaikummussalam.

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum,

    Memang teruja rasanya apabila kita melihat pandangan mengenai asal-usul Melayu. Setidak-tidaknya kajian dan keilmuan mengenai bangsa Melayu itu berkembang, dan saya pasti ianya akan menjadi satu rujukan kepada anak cucu kita untuk lebih mengerti akan bangsa dan asal usul nenek moyangnya.

    Kalau dari segi kajian saya pula, nama bangsa MELAYU ini adalah satu nama bangsa cukup tinggi dan hingga dikisahkan bahawa untuk seseorang itu mengakui bangsa Melayu, mereka harus memiliki ilmu-ilmu teras agama Islam seperti Tauhid, Feqah dan Tasawuf dan juga mahir dalam persilatan. Sekiranya lengkap ilmu tersebut maka barulah boleh ianya dipanggil Melayu. Melayu ini pula adalah datang dari huruh Mim yang membawa maksud Muhammad, Lam Alif yang membawa kepada nafi dan isbat dan akhir sekali wau yang membawa kepada maksud yang Wujud. Jadi kalau kita gabungkan maksudnya bolehlah kita tafsirkan seperti Orang Yang Membawa Sifat Muhammad, Nafi Isbat itu sudah menjadi darah dagingnya dan Yang Wujud itu yakni Allah menjadi tempat tujuannya.

    Dari segi sejarah pula, pernah tercatat bahawa Syeikh Abdullah Arif penasihat kepada Sultan yang juga anak murid kepada Syeikh Abdul Qadir jailani yang memberi nama Melayu kepada rumpun bangsa Nusantara ini. Ini adalah kerana dengan sifat bangsa Nusantara yang mudah tunduk apabila dilaungkan kalimah takbir dan tahmid. Maka diberilah nama Melayu kepada rumpun bangsa Nusantara sebagai satu nama bangsa kesatuan yang terdiri daripada pelbagai puak dan etnik seperti Jawa, Bugis, Banjar, Minangkabau, Aceh dan sebagainya dimana rata-rata etnik hampir bertutur dalam dialek atau bahasa yang boleh difahami.

    Walau apa pun usaha ini amat di puji kerana sedikit sebanyak ianya menyedarkan bangsa Melayu kita akan jatidiri sebenar bangsa Melayu itu. Bangsa Melayu bukan bangsa yang mendatang, dan bukan bangsa yang tidak asal usul

    BalasPadam
  3. Assallamuallaikum wrwt

    Alhamdullillah,Tuan hamba

    Moga dirahmati Allah SWT sume pihak yang berusaha mengenal dan mencari IDENTITI / JATI DIRI / INTEGRITI Apakah sebenar yang di SEBUT MELAYU, ALAM MELAYU dan NUSANTARA..

    Melayu juga di sebut BANI JAWI kerana bertulisan jawi berbahasa bertutur Melayu mengikut loghat dan etnit serata nusantara sehingga Champa..Tuan telah hampir dekat..

    Dalam 124,000 para rasul dilantik, 313 para nabi dilantik dan hanya 25 Nabi diutus untuk gulungan manusia.

    Tuan hamba telah menghampiri nya, mencari dalam terang...

    Waallaikummussallam wrwt

    BalasPadam