Sabtu, Mac 30, 2013

Misi penganjuran HIKMAH IV - Dari perjalanan bermotosikal besar hingga kembali berkereta 2,700 km



Alhamdulillah. Dengan terbitnya artikel Misi penganjuran HIKMAH IV - Rehat di Cameron Highlands... nyaman... semalam dapatlah saya menutup satu fasa penceritaan malah fasa kehidupan lalu bersedia untuk satu fasa yang baru. Sekurang-kurangnya tamatlah siri yang diberi nama "Misi penganjuran HIKMAH IV". Siri ini kiranya gabungan dari dua buah perjalanan ke Kandis, Bachok, Kelantan. Kedua-duanya dibuat untuk memastikan kelancaran acara yang dipanggil "HIKMAH IV : Silaturrahim Bumi Serambi Mekah", acara yang telah berlangsung dengan jayanya 16 Mac 2013. 

Perjalanan pertama dibuat bermotosikal besar seorang diri 26 Februari-1 Mac untuk menghadiri mesyuarat membincangkan gerak kerja. Perjalanan kedua dibuat dengan kereta bersama keluarga dan seorang rakan 14-18 Mac untuk memastikan kejayaan acara. Walaupun mengambil laluan kembali yang berlainan, untuk motosikal melalui Terengganu dan Kuantan, untuk kereta melalui Jeli-Dabong-Gua Musang-Cameron Highlands, jumlah jarak yang diliputi hampir sama iaitu sekitar 1,350 km setiap satu. Maka perjalanan yang dibuat atas nama "Misi penganjuran HIKMAH IV" ini memakan jarak 2,700 km ke semuanya, hampir seperti pergi balik Kuala Lumpur-Kota Bahru 3 kali berturut-turut.



1. Misi penganjuran HIKMAH IV - Bermotosikal solo meredah banjir dan hujan lebat

2. Misi penganjuran HIKMAH IV - Dari rumah ke Kota Bahru melawan sakit dan demam

3. Berkat Tok Kenali untuk menjayakan HIKMAH IV di Akademi Nik Rashiddin 16 Mac

4. Galeri (Gallery of) Akademi Nik Rashiddin

5. Terengganu river mouth from Seberang Takir

6. Terengganu river from the main bridge of Kuala Terengganu

7. Misi penganjuran HIKMAH IV - Mesyuarat di Kandis sebelum meredah hujan dan banjir ke Kuala Terengganu

8. Masjid (Mosque of) Sultan Ahmad, Kemaman



















Tiada ulasan:

Catat Ulasan