Jumaat, Mac 01, 2013

Misi penganjuran HIKMAH IV - Bermotosikal solo meredah banjir dan hujan lebat


Assalamualaikum semua, salam hari Jumaat. Kalau ikutkan belum sampai masa saya menulis lagi apa-apa kerana masih dalam perjalanan, belum kembali ke rumah. Tetapi apabila menyedari hari ini tarikhnya cantik iaitu 1.3.13, maka saya terasa harus membuat artikel pada setiap blogspot yang saya ada. Saya memiliki 4 buah buah blogspot, maka bertungkus-lumuslah saya untuk membuat cerita. Cerita pertama dibuat iaitu A niece Malay-'Scottish' wedding ceremony di blogspot BERPETUALANG KE ACEH tidak ada kena-mengena dengan perjalanan. Namun ia tetap dibuat kerana saya ada sejumlah gambar yang perlu dilepaskan.

Berbalik pada perjalanan. Saya harus bermesyuarat dengan pemilik Akademi Nik Rashiddin di tempat beliau di Kandis, Bachok kerana mahu mengadakan acara keempat HIKMAH. Lihat artikel Berkat Tok Kenali untuk menjayakan HIKMAH IV di Akademi Nik Rashiddin 16 Mac di blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH), lihat sekali antara koleksi menarik akademi pada artikel Galeri (Gallery of) Akademi Nik Rashiddin di  blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART). Oleh kerana mahu ke Kelantan saya pun berniat mahu beriktikaf dan bermalam di Masjid Tok Kenali. Sudah lebih 2 tahun tidak berbuat begitu, setakat singgah sementara untuk bersolat. 

Dipendekkan cerita, setelah menyelesaikan beberapa kerja, tengah hari Selasa iaitu 3 hari lalu saya pun menuju ke Kota Bahru. Tak payahlah dipanjangkan cerita kerana ini cuma pengenalan sahaja. Saya harus meredah banjir dan hujan lebat dalam perjalanan walhal saya sedang demam dan sakit-sakit badan. Esoknya, selepas mesyuarat saya menuju ke Kuala Terengganu dalam keadaan begitu juga. Semalam dari KT ke Kuantan keadaan tetap juga sama malah saya perlu meredah kawasan banjir lebih teruk. Sampai ke Kemaman baru cuaca elok.

Hari ini saya mahu singgah ke Sungai Lembing untuk melihat bekas lombong dan air terjun kemudian ke Temerloh makan ikan patin sebelum kembali ke rumah. Selain itu saya mungkin akan singgah di mana-mana tempat yang menarik perhatian, mungkin malam baru sampai rumah. Perjalanan dirancang mahu dimulakan pagi tadi. Tapi tulis artikel punya pasal di setiap blogspot akibat cetusan tarikh cantik 1.3.13 nampaknya tengah hari baru dapat bergerak. Entah di mana pula bersolat Jumaat... :]




Tiada ulasan:

Catat Ulasan