Selasa, Februari 26, 2013

Wacana Perpaduan Ummah di Dewan Bahasa dan Pustaka

Salam. Gambar-gambar ini telah saya letak pagi Selasa tapi baru kini terasa nak tambah ceritanya... dengan menumpang wifi sebuah kedai awal pagi Khamis di Kuala Terengganu.


Khamis minggu lepas saya pergi ke Dewan Bahasa dan Pustaka.


Ada majlis di dewan utama...




Ada wacana dengan pemangku raja Perak, Raja Nazrin Shah memberikan ucapan panjang tentang perpaduan orang Melayu.


OK. Ketika sampai pada ayat ini power indicator pada laptop saya menunjukkan ia dapat bertahan cuma 37 minit lagi. Jadi biar saya bercerita ringkas untuk melepaskan 'tanggungjawab' menulis tentang ini.


Adapun saya dapati ucapan Raja Nazrin telah diletakkan di Internet. Anda boleh cari sendiri. Tapi jangan sampai salah tafsir dan memutar-belitkan kenyataan seperti dibuat sesetengah pihak.


Bacaan sajak tentang perjuangan dan nasib orang Melayu oleh seorang kakitangan DBP kalau tak salah ingatan...


Orang ramai hendak bersalam selepas Raja Nazrin selesai ucapan dan mahu beredar dari dewan.






Ketika baginda melihat pameran di ruang legar baru saya dapat mengambil gambar yang lebih terang. Secara ringkas Raja Nazrin menyentuh tentang peristiwa-peristiwa besar yang membentuk dua parti Melayu dan Islam paling kuat dan berpengaruh di Malaysia. Oh. Sejak menganjurkan HIKMAH beberapa bulan lalu saya sudah kurang gemar menyebut nama parti. Biar disebut parti keris dan parti bulan sahaja ya.

Raja Nazrin memberitahu sekarang ini kedua-dua parti tersebut sudah hampir seimbang kuasanya. Masing-masing cukup yakin dengan diri sendiri, cukup ramai penyokong, merasakan diri mampu membentuk kerajaan dengan apa yang ada pada mereka. Namun baginda mengingatkan, dalam keghairahan mahu mendapatkan undi dan kuasa janganlah sampai hak orang Melayu dan Islam dipinggirkan.

Selain itu beliau memberi kias yang bermakna ada jalan lain selain menyokong politik kepartian untuk memastikan survival orang Melayu dan Islam. Baginda malah terang menyatakan harapan agar ada satu badan non-partisan atau tidak berpihak pada parti dapat muncul menjadi cukup kuat untuk memperbetulkan keadaan. Seterusnya pemangku raja Perak ini menyebut satu perkara pokok yang nampaknya adalah kesimpulan ucapannya sepanjang lebih 2 jam gitu. Perkara pokok itu serupa isinya dengan satu perenggan yang pernah saya sebut dalam kertas kerja untuk mengadakan acara pertama HIKMAH dahulu. Saya copy and paste saja ya. Rujuk Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH) - Permission to proceed.


Adalah menjadi harapan penulis dan ramai lagi pihak agar orang Melayu dapat bersatu mempertahankan kedaulatan agama, bangsa dan negara tanpa disempitkan oleh kecenderungan untuk menyokong mana-mana parti politik. Dalam hal ini elok kita mencontohi kaum Cina. Tak kira siapakah yang memerintah, siapakah yang mengaku mahu memperjuangkan bangsa mereka, kaum Cina tetap dapat mempertahankan bahasa, budaya juga sistem sekolah mereka. Kenapa premis yang sama tidak boleh kita bina untuk mendaulatkan budaya dan hak kita?



Tiada ulasan:

Catat Ulasan