Selasa, Oktober 11, 2011

Ke puncak Gunung Ledang bersama anak dan isteri sebelum menutup hari di Alor Gajah

OK. Mengikut rekod saya ini adalah artikel ke 916 di blogspot ini. Nombor 916 mengingatkan pada emas 916 sedangkan cerita kali ini adalah tentang sebuah gunung yang sering dikaitkan dengan emas. Bersambung dari Perjumpaan bekas pelajar di Masjid Besi dan lain-lain hal.

Pagi Ahad 9 Oktober 2011, setelah puas berehat di rumah ibu bapa di Kampung Temiang kami pun mengorak langkah meninggalkan Muar. Singgah dahulu di makam Tok Yakin, seorang leluhur dari belah ibu yang menjadi tonggak penceritaan dalam buku terbaru saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah".



Kami terus menghala ke Tangkak.


Sepanjang perjalanan hinggalah ke bandar Gunung Ledang dan puncaknya boleh kelihatan dengan terang. Walhal sepanjang tahun ini kami telah beberapa kali mengambil laluan sama tetapi gunung sentiasa kelihatan kabur akibat cuaca juga gangguan jerebu.


Puncak yang terang memberikan satu petanda baik. Dengan kuasa Allah Ta'ala tidak berapa lama kemudian kami sudah berada di dalam hutan gunung menuju ke puncak.


Sejak 2-3 minggu lalu saya memang ada menyimpan hajat ingin membawa isteri dan anak kecil kami Muhammad Al-Aminul Rasyid naik.


Pemandangan menghampiri puncak teratas.




Ada masanya Rasyid mampu berjalan sendiri, ada masanya kami bergilir memikulnya naik.


Alhamdulillah cuaca masih elok apabila kami sampai.


Dengan kemunculan kabus dan awan semasa naik tadi takut juga kalau hujan. Kami pernah diberitahu kawasan menghampiri puncak selalu dipanah petir, sudah ada 2-3 kes orang mati namun kami tetap bertawakal untuk menunaikan hajat.


Hajat kami mudah. Mahu sekeluarga naik ke puncak dan menikmati pemandangan sekitar.

Saya pun mula mengambil gambar dari beberapa sudut mengikut pusingan melawan arah jam.


Kelihatan di sini satu puncak yang lebih rendah. Namun ia mungkin kelihatan lebih tinggi disebabkan kamera menghala ke bawah...


Rasanya ini pula menghadap Asahan di Melaka.


Isteri dan anak cukup teruja memerhatikan suasana!


Cuma seringkali juga muncul kabus atau awan tebal menghalang pemandangan.










Di atas puncak ini, dengan wudhuk yang diambil dari satu sumber air yang berpunca dari dalam tanah saya dapat menunaikan solat tahiyatul masjid, menjamakkan solat Zuhur dan Asar kemudian bersolat syukur. Seterusnya saya berdoa agar hari menjadi terang supaya pemandangan lebih elok dapat dinikmati. Alhamdulillah ia ditunaikan. Lihat video klip dan banyak lagi gambar pada artikel Views from the summit of Gunung Ledang di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.





Kemudian kami ditunjukkan tempat wujudnya sebuah batu bersurat lalu diberitahu ia adalah berkenaan perjanjian ketika Sultan Melaka mahu membina jambatan emas menghubungkan Gunung Ledang dengan Kota Melaka demi memenuhi syarat peminangan Puteri Gunung Ledang. Kami juga ditunjukkan pintu terdekat masuk ke alam ghaib, juga pintu masuk ke istana...


Selepas turun kami singgah di masjid jamek Tangkak. Ini adalah pemandangan Gunung Ledang dari jalan besar di hadapan masjid. Lihat artikel Masjid jamek (Main mosque of) Tangkak di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART).





Seterusnya kami menuju ke Jasin, Melaka.


Terlihat pula masjid agak menarik ini di tepi jalan diikuti sebuah masjid lain. Lihat Masjid (Mosque of) Kampung Terentang, Jasin dan Masjid (Mosque of) Simpang Kerayong, Jasin.


Di bandar Jasin kami berehat makan. Lihat A quick look around Jasin. Saya juga masuk melihat dua lagi masjid. Lihat Masjid (Mosque of) Ubaidullah, Jasin dan Masjid (Mosque of) Al-Ghaffar, Jasin.


Oh. Sebenarnya sebaik sahaja selesai turun dari Gunung Ledang saya rasa cukup puas sehingga merasakan tak perlu lagi singgah ke mana-mana tempat. Kemudian baru teringat, sejak awal tahun lalu mahu singgah mengambil gambar di Alor Gajah tetapi selalu sahaja sampai lewat disebabkan banyak tempat yang disinggahi sebelum itu. Kali ini, dalam keadaan cuaca elok dan sedikit pertolongan Allah kami ada cukup masa untuk ke sana. Itu yang membuat saya singgah ke Jasin kerana terletak dalam satu laluan sesuai dan tidak lama kemudian sampailah ke Alor Gajah, terus singgah ke masjid jameknya.





Adapun masjid jamek itu terletak bersebelahan masjid daerah yang lebih besar dan moden. Kebetulan kami perlu menyalin pakaian Rasyid. Terus dimandikan di masjid besar yang kebetulannya namanya Masjid Ar-Rasyidin. Lihat Masjid jamek (Main mosque of) Alor Gajah, Melaka dan Masjid (Mosque of Ar-Rasyidin), Alor Gajah.


Kemudian saya mengambil gambar sekitar pekan. Maka selesailah hajat untuk mengambil gambar masjid-masjid utama di pekan Alor Gajah berserta pekannya sekali. Lihat A quaint look of Alor Gajah. Puas hati sungguh kerana ini dapat dilakukan setelah dapat membawa anak dan isteri naik ke puncak Gunung Ledang apa lagi dalam keadaan isteri sedang mengandung 5 bulan! Terasa seperti semua ini akhirnya dapat ditunaikan setelah buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" selamat diterbitkan. Mungkin berkat para leluhur yang bertaraf wali? Insyaallah! Amin. :]



5 ulasan:

  1. Assalamualaikum..wrt,

    Terima kasih atas info lawatan kegunung ledang ini. Ada Tuan jumpa dengan puteri gunung ledang?

    Ingin juga hamba mendaki ke gunung ledang jka di izinkan Allah s.w.t.

    Wassalam.

    BalasPadam
  2. Wassalam. Jumpa Puteri Gunung Ledang tu idak le. Isteri saya jadi puteri tu ada le... hehe... :]

    BalasPadam
  3. Assalamaualaikum..

    Tuan mula mendaki gunung ledang tu dari mana? Kalau dari kaki gunung tu jenuh juga mendaki walau sorang-sorang.. ini kan lagi dengan membawa anak kecil :)

    BalasPadam
  4. Wassalam. Biarlah ia menjadi rahsia kami anak beranak. Ini kerana sebenarnya puncak Gunung Ledang sudah dijadikan kawasan larangan sejak setahun lalu gitu. Tiada pendaki luar lagi dibenarkan masuk atas arahan Sultan Johor dan ia dikuatkuasakan jabatan Taman Negara... :]

    BalasPadam
  5. Assalamualaikum,tuan syedhs.jikalau berminat untuk mendaki gunung ledang,mahupun gunung2 yg lain nya.bolehla menghubungi saya: azleemustafa@gmail.com

    BalasPadam