Khamis, Ogos 11, 2011

Gaya Al-Rasyid di Tanjung Sepat

Bersambung dari Jumaat di Masjid Wilayah.

Esoknya kami anak-beranak kembali ke kampung isteri di Tanjung Sepat. Petangnya saya terasa mahu pergi ke jeti di hujung pekan lalu membawa anak kecil kami Al-Rasyid bersama, isteri tinggal di rumah...



Lihat Rasyid dengan gayanya, berjalan tangan di belakang.


Sebenarnya saya teringin melihat pemandangan matahari terbenam. Tetapi ternyata matahari dikepung oleh kedudukan geografi di sini.


Tak mengapa. Dapat melihat suasana matahari terbenam pun jadilah. Tengok tu... Rasyid terus berjalan dengan kedua tangan di belakang seperti orang dewasa.


Nampaknya matahari sudah terbenam. Lihat klip video di bawah...







Kami anak-beranak melepak sampai ke hujung jeti. Langit dah gelap baru kami kembali. Lihat video di bawah...







Ini pula gambar keesokan petang Ahad. Selepas meninggalkan rumah arwah bapa mertua kami menziarahi kubur mereka yang terletak berdekatan.


Kami mengorak langkah kembali ke rumah sendiri. Berhenti sebentar di hadapan masjid Kampung Batu Laut. Lihat artikel Masjid (Mosque of) Batu Laut di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART).



Saya juga melihat hutan bakau berdekatan. Tengok-tengok ada orang buat photo shoot. Lihat artikel The mangrove beach at Batu Laut di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.



Seterusnya berhenti sebentar di satu bahagian Pantai Morib.



Cukuplah untuk menikmat pemandangan cahaya matahari terbenam...





Tiada ulasan:

Catat Ulasan