Khamis, Mei 19, 2011

Menjejak kegemilangan lama Pantai Timur : Jerteh dan keindahan Bukit Keluang

Kita tamatkan pula penceritaan hari ke-4 perjalanan ke Pantai Timur penghujung 2010. Bersambung dari Menjejak kegemilangan lama Pantai Timur : Bukit Bunga dan Machang terus ke selatan....


Maka masuklah kami ke negeri Terengganu Darul Iman...



Memang lawatan ke negeri ini ada dalam rancangan kami. Cuma rancangan asalnya adalah kami cuma akan masuk ke sini dalam perjalanan kembali ke rumah kami di Bandar Tasik Puteri, Selangor... setelah puas melihat-lihat di Kelantan juga Patani Darussalam.



Namun selepas keluar dari Rantau Panjang lalu singgah di Bukit Bunga isteri mencadangkan agar kami sekeluarga pergi ke Terengganu. Kalau ikut rancangan asal, perjalanan cuma akan dibuat setelah mengembalikan dua anak tertua di rumah bapa saudara mereka di Kota Bahru, Kelantan. Singgah sebentar mengisi minyak di satu tempat. Terlihat sebuah masjid baru yang besar sedang dibina...



Nampaknya masjid baru ini akan menggantikan fungsi masjid lama yang lebih kecil di sebelah. Lihat artikel Masjid Seberang Jerteh baru dan lama (Mosques of Seberang Jerteh old and new) di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART).



Hampir ke bandar Jerteh pula terlihat jambatan menyeberangi Sungai Besut. Lihat artikel Besut river near Jerteh di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.



Seterusnya kami meronda sekeliling bandar. Lihat A quick look at the town of Jerteh.



Singgah sebentar di bangunan kayu yang menarik ini. Lihat Surau kayu sebelah stesyen bas Jerteh (The wooden small praying hall besides the Jerteh bus station).



Saya juga mahu singgah di masjid besar baru yang kelihatan di tengah bandar. Sambil itu isteri dan anak-anak terasa mahu mencari buku di kedai buku berdekatan sedangkan saya sendiri malas hendak memusingkan kereta mencari jalan masuk ke masjid. Saya pun turun berjalan kaki sementara mereka singgah di kedai.


Ketika menghampiri masjid terlihat penanda ini. Entah 33 hari lagi untuk apa, saya pun tak tahu. Untuk melihat gambar-gambar masjid masuk ke Masjid besar (Big mosque of) Jerteh.


Sekembali ke kereta ternyata mereka belum membeli buku kerana menunggu pendapat saya. Ini kerana semasa saya singgah di surau kayu sebelah stesyen bas lebih awal tadi, anak-anak ada turun di satu dewan yang menawarkan buku pada harga diskaun. Selepas membandingkan dengan harga kedai ternyata harga di dewan lebih murah. Kami pun ke sana.


Selepas itu kami meninggalkan Jerteh untuk ke destinasi seterusnya.


Hujan mulai lebat...


Ia surut sedikit di Kampung Raja. Terlihat pula sebuah masjid dengan kubah yang terasa seperti berbentuk puting makhluk asing. Tergerak untuk singgah. Lihat Masjid (Mosque of) Nasiruddin Shah, Kampung Raja, Besut.


Perjalanan diteruskan ke destinasi.

Ia adalah bukit ini yang dipanggil Bukit Keluang.



Saya pertama kali sampai ke sini pada satu malam Jumaat sekitar jam 9-10 awal 2009 tetapi tidak dapat melihat apa-apa akibat suasana gelap-gulita. Kali kedua sampai Ogos tahun itu pula adalah hampir Maghrib. Ketika itu bulan puasa, kami datang bersama 2 orang anak yang diambil di Kota Bahru sedangkan isteri sudah lebih 7 bulan mengandungkan Al-Rasyid. Kami sempat berbuka puasa di hujung selatan bukit. Selepas itu baru tahu di hujung utara ada gua-gua tepian pantai yang cantik lagi mengujakan tetapi hari sudah gelap.



Sejak itu saya berazam akan datang ke sini lagi tetapi waktu siang. Alhamdulillah selepas meninggalkan Rantau Panjang dan singgah di Bukit Bunga isteri mencadangkan agar kami ke sini.


Malah kami anak-beranak menghimpunkan solat di dalam gua. Untuk melihat klip-klip video yang menunjukkan keadaan sekeliling, lihat Ombak mengganas dan gua-gua tepi pantai di Bukit Keluang . Untuk gambar-gambar lihat artikel-artikel berikut...



The beach at Bukit Keluang


The caves of Bukit Keluang


Views from the top platform at Bukit Keluang


1 ulasan:

  1. jerteh. tempat di mana saya membesar. saya ingin sekali mengetahui atau mengkaji tentang sejarah jerteh, paling tidak pun mengetahui asal-usul nama Jerteh itu sendiri. apa yg pernah dengar daripada mulut orang2 lama, Jerteh dulunya dimiliki oleh seorang pakcik yang kaya bernama Haji Teh. maka terlekatlah di mulut2 orang kampung menyebut "nak ke pekan Ji Teh", lalu jadilah nama nya sebagai Jerteh. wallahualam

    BalasPadam