Ahad, April 17, 2011

Menjejak kegemilangan lama Pantai Timur : Pusing-pusing di Gua Musang sebelum ke Dabong



Selain mahu bersolat kami singgah di Masjid Tengku Faiz Petra untuk bertemu dengan seorang rakan yang menetap di Gua Musang. Tidak lama kemudian datang suaminya menjemput kami untuk ke rumah. Kami pun menghala ke pekan lama. Lihat artikel A quick look at the town of Gua Musang di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.



Selepas singgah sebentar di rumah kenalan yang kami panggil Kak Pah itu kami keluar kembali ke pekan dengan Kak Pah dan dua daripada anaknya ikut sama di dalam kereta kami.




Ada tempat yang mahu dituju. Tapi sebelum itu saya mahu singgah mengambil gambar dua buah masjid di pinggir pekan, salah satunya ada kubur di dalamnya. Lihat artikel Sebuah masjid di pekan lama Gua Musang (A mosque at the old small town of Gua Musang) dan Masjid (Mosque of) Razali, Gua Musang di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART).




Kemudian buat satu lagi pusingan melalui pekan lama Gua Musang.



Baru keluar dari kawasan...


Tempat yang ingin dituju terletak menghala ke Kuala Lipis.



Kena masuk ke dalam.


Sampai sahaja jam kereta menunjukkan nombor ini.



Selamat datang ke bukit batu kapur yang dipanggil Gua Madu.



Apabila kelihatan jalan naik ke sebuah gua di bahagian atas saya pun memanjat. Lihat The caves of Gua Madu.



Menariknya ada surau di dalam gua bahagian bawah.



Dalam surau pula ada sebuah makam. Lihat Surau (Small praying hall of) Gua Madu.



Di hadapan gua ada dataran dan sungai.



Ia adalah bahagian ulu Sungai Galas, satu dari dua sungai utama yang membentuk Sungai Kelantan sepertimana Sungai Tembeling dan Sungai Jelai membentuk Sungai Pahang. Saya pun memasukkan kaki ke dalam air sebagai syarat. Lihat The river Galas at Gua Madu.


Puas di Gua Madu kami menghala ke Dabong yang terletak ke utara.



Di satu bahagian kami berjumpa balik Sungai Galas yang sudah membesar di mana kami turut menyeberangi sebuah pulau. Lepas sahaja dari jambatan kelihatan sebuah masjid kecil lalu saya pun singgah mengambil gambar. Lihat Masjid (Mosque of) Pulau Stelu.



Hari semakin gelap.



Namun kira-kira 20 km dari Dabong kami tetap meluangkan waktu untuk melihat sebuah air terjun.




Sampai di Jelawang kami masuk ke sebuah rumah homestay kampung. Setelah berehat sedikit, mandi, bersolat, bersiap dan makan malam kami keluar ke pekan Dabong terus ke stesyen keretapi.



Bukan apa. Saya suka suasana santai di sini. Lagipun saya mahu menunjukkan kepada isteri di sinilah saya pernah sekali menaiki keretapi sampai lewat malam kemudian bermalam di sebuah masjid di mana saya mengalami masalah sakit perut dan cirit-birit yang teruk amat... sehingga 10 kali gitu harus 'membuat deposit'. Namun esok paginya saya cuba gagahkan diri juga memanjat sebahagian Gunung Stong untuk melihat bahagian atas air terjunnya yang terkenal sebagai paling tinggi di Asia Tenggara. Lihat artikel lama Gunung Stong, air terjun tinggi, sakit perut yang amat sangat dan Chik Siti Wan Kembang....

Hmm... baru perasan ejaan Chik untuk Cik tu kelihatan agak janggal juga. Tak mengapalah, janji faham. Apapun dengan selesainya artikel ini saya sudah mencukupkan cerita untuk hari pertama perjalanan ke Pantai Timur yang dibuat penghujung 2010. Biar diberitahu lebih awal, perjalanan bakal meliputi 11 hari ke semuanya. Dengan ini bolehlah saya membuat satu dua artikel selingan selepas ini. :]



Tiada ulasan:

Catat Ulasan