Isnin, Februari 07, 2011

Mencari jejak Merong - Dari Hatyai ke Perlis Indera Kayangan...

Assalamualaikum semua. Alhamdulillah, pada cuti Hari Raya Cina baru-baru ini saya sempat kembali ke kampung ibu di Muar setelah 5 bulan gitu tidak ke sana lalu menziarahi beberapa tempat, antaranya makam Panglima Lidah Hitam di Parit Sakai... sempat juga melihat keadaan banjir terutama di Pagoh walaupun ketika itu sudah 3 hari hujan berhenti. Dalam perjalanan kembali ke rumah sendiri hari Ahad pula saya menziarahi makam seorang pahlawan yang dipanggil Tok Laji di kawasan Kesang berhampiran sempadan Melaka-Johor sebelum pergi lagi ke makam Raja Melewar. Tapi biarlah ini diceritakan nanti. Buat masa ini biar disambung kembali siri "Mencari jejak Merong"... bersambung dari artikel Mencari jejak Merong - Melihat 'masyid' ke Hatyai.


OK. Pada bahagian akhir artikel lalu telah ditunjukkan gambar isteri dan anak setelah keluar dari kereta. Apa yang berlaku selepas itu adalah kami berjalan kaki merata di pusat bandaraya Hatyai, singgah juga di stesyen keretapi, tempat paling awal saya jejaki ketika pertama-kali sampai ke bandaraya terbesar di Thailand selepas Bangkok ini penghujung Mei 2010. Lihat artikel Walking with the family in Hatyai di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.


Puas berjalan kaki kami mula meninggalkan Hatyai...


Bukan apa, kami harus menghala ke selatan untuk kembali ke Malaysia.


Mungkin ada yang tertanya kenapa sekejap sangat berada di Hatyai. Kenapa tak tidur sekurang-kurangnya satu malam di sana memandangkan bukan selalu kita boleh berjalan jauh sehingga sampai ke sini. Ada 2 sebab kenapa. Satu ketika itu bulan puasa Ramadhan. Susah juga jalan di sana dalam keadaan perlu berlapar siang hari selain harus sentiasa menjaga pandangan mata dan deria bau... terasa kurang enjoy kerana makanan yang disajikan orang Islam tempatan di siang hari sentiasa memanggil-manggil sedangkan tiada siapa yang peduli jika kita tak mahu puasa. Sebab utama pula kami harus bermalam di tempat lain. Rujuk balik apa yang telah diperkatakan dalam artikel Mencari jejak Merong - Pokok besar, Alor Setar dan surau tepi kubur.


Langit mula mendung setelah kami meninggalkan bandaraya.


Hujan pun turun.


Di celah-celah itu ada tempat yang kering. Di sini kami menghampiri persimpangan menuju ke Padang Besar, Perlis.

 

Jika tadi kami masuk ke Thailand melalui Bukit Kayu Hitam di Kedah, kami mahu kembali melalui Perlis pula. Kelihatan kawasan di hadapan sudah dilanda hujan.


Dipendekkan cerita kami semakin menghampiri Padang Besar.


Berhenti sebentar di sini...


Bukan apa. Saja je nak rakamkan gambar masjid walaupun tidak singgah masuk ke dalam. Cukuplah 4 buah masjid yang sudah dirakamkan dalam perjalanan dari Bukit Kayu Hitam ke Hatyai.

Padang Besar semakin hampir...


Kelihatan penunjuk arah ke pintu masuk sempadan dan tempat imigresyen...


Walaupun sudah sampai ke tempat imigresyen saya mahu ke hadapan sedikit untuk meluangkan sedikit masa lagi di Thailand.



Kereta menyeberangi landasan keretapi yang membawa dari Malaysia hingga ke Hatyai, laluan yang dipakai ketika pertama kali sampai ke bandaraya itu hampir 8 bulan lalu.


Kami mahu melihat bahagian Padang Besar yang terletak di dalam Thailand. Lihat The Thai side of Padang Besar.


  Setelah itu baru kembali ke Malaysia.


  Seperti di Bukit Kayu Hitam, sekali lagi kami dapat melepasi imigresyen Thailand tanpa diperiksa. Ini tidak menjadi masalah untuk masuk kembali ke Malaysia tapi kami diingatkan lebih elok berpatah-balik ke imigresyen Thailand untuk paspot dicop... takut nanti dalam rekod mereka kelihatan kami tidak meninggalkan Thailand dan ini boleh menimbulkan masalah apabila kami ingin masuk lagi ke sana di masa hadapan. Lagipun kami juga mahukan paspot kami dicop agar ada nama imigresyen Thailand di Padang Besar. Di atas adalah gambar apabila sudah selamat berada di Padang Besar, Perlis. Kami masih ada masa untuk berjalan-jalan. Agak-agak ke manakah seterusnya ya? Bersambung nanti.


5 ulasan:

  1. Salam sdra.

    Hasil kerja Sdra sangat baik dan bermanfaat.
    Teruskan..teruskan..

    BalasPadam
  2. Bro... terima kasih kerana berkongsi cerita ini...bila nak balik iku Rantau Panjang pula?

    BalasPadam
  3. Tunggulah bila muncul kelapangan dan kesempatan baru. Selain tu kena tengok tengah gawat ke tak...

    BalasPadam
  4. Gen II Tok Kadok. salam pak radzie sekeluarga, persoalan & kemusykilan Untuk pengetahuan bagi yg tertinggal atau terlupa membaca akhbar utama. baru-baru ini kurang lebih 300 orang dari persatuan Generasi ke 11 allahyarham hang tuah dan allahyarham bendahara tun perak telah megadakan perjumpaan di kampung Duyong, melaka. Perjumpaan ini adalah anjuran dari persatuan sejarah warisan melayu duyong.JADI sape yang kata hang tuah tidak meninggal dunia? minta pandangan dan pendapat peminat sekalian..

    BalasPadam