Ahad, Februari 13, 2011

Balik Muar Raya Cina : Mencari makam Panglima Lidah Hitam dan bermain banjir di Pagoh dan Kota Buruk

Esoknya pagi Sabtu saya membawa anak dan isteri keluar ke bandar.

Mula-mula singgah di restoran mee bandung terkenal...



Kemudian menikmati angin laut di tepian Sungai Muar dalam kawasan masjid.


Dah dekat masjid masuk aje le ke dalam. Lihat artikel The friendlier face of Muar's main mosque di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.


Dari masjid kami berjalan melihat monyet di Tanjung Ketapang. Lihat artikel Playing with the monkeys in Muar again.

Ketika lalu di tepi padang ini pula kelihatan helikopter penyelamat, rasanya untuk mangsa banjir yang melanda banyak tempat di selatan tanah air sejak seminggu dua gitu.

Kami memasuki Jalan Junid lalu berjalan terus.



Hampir ke penghujung terlihat sebuah pondok yang ada bentuk lidah terjulur. Lihat artikel Sebuah pondok dengan bentuk lidah terjulur di Muar (A hut with hanging-tounge shapes in Muar) di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) .


Sebenarnya kami mahu ke makam Panglima Lidah Hitam di Parit Sakai tapi terlajak. Kenalah berpatah kembali melalui 8 jambatan kecil gitu. Lihat Makam (Tomb of) Panglima Lidah Hitam.


Semasa keluar pula terlihat surau yang agak menarik (lihat Surau (Small praying hall of) Ubudiah, Parit Sakai). Dari sana kami menghala ke Bukit Pasir melalui Bakri.







Selepas Bukit Pasir boleh kelihatan ladang-ladang dibanjiri air...




Tujuan kami melepasi Bukit Pasir adalah untuk menziarahi makam Sultan Alauddin Riayat Shah di Kampung Raja, Pagoh. Tapi jalan pula ditutup...

Oh. Saya ada membuat video klip menunjukkan keadaan kereta meredah banjir. Tapi entah kenapa bila letak je embed code terus jam bila compose. Buat banyak kali begitu juga keadaan. Jadi kalau nak tengok video masuk kat sini ya. Gambar-gambar pula ada kat Experiencing the flood in Pagoh.


Kami pun menghala kembali ke bandar Muar. Isteri teringin hendak melihat tapak sejarah yang dipanggil Kota Buruk. Sebelum itu solat dahulu di sebuah masjid. Lihat Masjid (Mosque of) Kampung Pergam, Sungai Terap.


Nasib baik jalan masuk OK...



Tapi sampai di satu bahagian dah nampak kesan banjir...


Dan memang pun masih banjir lagi.


Namun kami redah juga, dapat menziarahi makam.


Begitulah antara cabaran yang pernah kami lalui untuk melihat tempat-tempat bersejarah yang amat bermakna buat bangsa kita Melayu dan Islam. Lihat Playing with the flood at Kota Buruk.


Puas 'bermain' banjir kami sempat pergi ke supermarket membeli susu bayi sebelum pergi ke Tanjung Emas untuk makan petang...


Kami pun berjalan-jalan di taman yang ada. Ah. Di sini dah disebut 'jangan sentup'. Tapi orang tetap gatal nak 'sentup' jugak.


Yang saya marah, kenapa tulisan M.S.R. yang bermakna Muar State Railway dicat-hitamkan? Tahun lepas saya tengok elok je. Apakah sebab ia sudah 'disentup' orang, mungkin dari DAP?


Petang itu kami membiarkan Rasyid puas bermain-main di taman. Lihat video di sini atau gambar di Enjoying the scene at Tanjung Emas. Di atas adalah gambar ketika berehat di bahagian lain tanjung yang menghadap ke laut sebelum senja. Kalau ikutkan mahu sahaja saya selesaikan segala cerita tentang perjalanan yang dibuat ketika cuti Hari Raya Cina lepas tapi rasa dah tak larat dah. Siang karang kami perlu outstation sebentar untuk menyambung misi. Jadi cukuplah buat masa ini ya...


4 ulasan:

  1. Assalamualaikum sdra,
    Terlebih dahulu saya memperkenalkan diri ini yang bernama HJ. ZAIDY B DAUD berasal dari Muar, Johor dan menetap di Johor Bahru.
    Kini saya sedang berusaha menelusuri salasila keturunan keluarga sebelah bapa, dimana salah seorang daripada adikberadik kepada generasi kesepuluh sebelum saya bergelar Panglima Lidah Hitam dan ada berhubungkait dengan Kota Buruk, di Muar.
    Sekiranya saudara mempunyai apa2 maklumat yang berkaitan, sudi kiranya menyapa saya dialamat email : zalhaj@yahoo.com
    Terimakasih

    BalasPadam
  2. Salam mullah qadammullah..tuan jika tuan berasal dari keturunan panglima berlidah hitam..apakah tanda-tanda yang ada pada tuan..?kerana kami mempunyai 3 tanda asal yang tidak dapat diubah hakikatnya..jika tuan mempunyai tiga tanda asal itu tuan boleh menghubungi saya...t.kasih..

    BalasPadam
  3. Tuan, di mana ya simpang masuk ke Kota Buruk?

    Adakah jalan masuk berdekatan dengan jalan kampung? Atau ianya jalan merah berhadapan estet?

    Saya cari jalan masuk ke sana, tak jumpa!

    BalasPadam
  4. Cuba ikut panduan di sini... http://merahsilu.blogspot.my/2012/02/meh-tengok-kota-buruk.html

    BalasPadam