Selasa, November 16, 2010

Salam Aidil Adha dari Pulau Singa?


Assalamualaikum semua. Sempena malam ini sudah masuk 10 Zulhijjah 1431 Hijrah iaitu malam Hari Raya Haji atau Aidil Adha biarlah kami sekeluarga mengambil peluang untuk mengucapkan selamat berhari raya kepada semua. Kami sendiri setakat berhari-raya di rumah. Cuti hari Rabu terlalu pendek untuk kembali ke kampung. Lagipun kami sudah terlalu penat akibat perjalanan kecil yang dibuat hujung minggu.

Untuk pengetahuan pagi Sabtu baru ini, saya, isteri dan anak telah berlepas ke Singapura untuk menghadiri majlis perkahwinan seorang saudara. Kami pergi dengan menaiki keretapi dan setelah 3 hari berada di sana kami kembali juga dengan keretapi. Sampai ke Kuala Lumpur awal pagi tadi, saya terus menghantar isteri ke tempat kerja kemudian anak ke rumah pengasuh. Petang tadi selepas mengambil anak saya mengambil isteri dan bercadang mahu menyambut Hari Raya di rumah seorang ibu saudara di Ampang.

Ketika sedang memandu dengan niat menghala ke sana timbul rasa penat yang amat sangat. Nasib baik ketika itu kami masih berada di Jalan Kucing lalu saya membuat keputusan untuk kembali berehat sahaja di rumah. Rasanya kami tak larat hendak bercampur orang-ramai buat sehari dua. Kalau menyambut hari-raya pun mungkin sekadar solat di masjid sebelum bertandang ke rumah jiran.

OK. Tajuk artikel ini dipanggil "Salam Aidil Fitri dari Pulau Singa?" kerana aura dari pulau terasa masih segar berlegar di sekeliling kami. Selain menghadiri majlis perkahwinan di rumah keluarga pengantin lelaki dan perempuan serta pergi ke rumah saudara-mara, kami sempat menziarahi makam Habib Nuh, makam Radin Mas Ayu, makam Iskandar Shah, Masjid Sultan, masjid penempatan Melayu di Sembawang dan Masjid Ba' Alawi. Saya mengalami deja vu panjang tidak kurang 5 minit setiap kali di 3 tempat iaitu di masjid Sembawang, masjid Ba' Alawi dan sebuah masjid berdekatan rumah pengantin lelaki di Yishun. Insyaallah cerita perjalanan ini akan disampaikan tidak lama nanti... samada diselang-selikan dengan cerita tentang Brunei apabila bahagian tentang Labuan tamat atau dijadikan siri kecil selepas selesai segala penceritaan tentang Brunei. Insyaallah! :]


2 ulasan:

  1. mintak tuan ulas sikit penyakit puak2 siam sam2 yg dah ke tahap parah & kronik...

    hantar surat kat CM Melaka, MB Selangor & PM, tuntut takhta & aset2 Kesultanan Melaka.

    ayat yg paling tak tahan :

    Saya berharap dengan jasa baik YAB Perdana Menteri Malaysia menyerahkan negara Malaysia pada saya, negara Malaysia sebahagian dari Siam Malacca Benua Siam Kedah hak mutlak Shah Alam Duli Yang Dipertuan Sultan Mahmud Syah Yang Maha Mulia mengikut hukum agama Islam Khutbah Wida Nabi Muhammad S.A.W"

    jual nama nabi lagi. tak sabar2 nak masuk jel ke apa diorg ni? tak ingat neraka akhirat ke?

    BalasPadam
  2. Dah tak larat nak komen. Dah banyak dah orang tegur tapi depa tetap macam tu. Nasib baik ada gak orang lain sedar. Ni ada satu artikel saya buat pasai depa. Cukup la...

    http://merahsilu.blogspot.com/2010/06/mereka-yang-mengambil-kesempatan-atas.html

    BalasPadam