Jumaat, Julai 09, 2010

Mimpi pelik Kuala Selangor...

Mengambil sempena berkat malam Jumaat... dah kira pagi buta dah no... biar dilepaskan sekali gerak penceritaan ini.


Ini adalah gambar satelit sekitar Kuala Selangor diambil daripada Google Earth versi percuma. Nampaknya terlalu banyak awan sehingga susah untuk melihat keadaan sebenar mukabumi di tepian kuala Sungai Selangor.


Ini pula peta dari Google Map. Ia ringkas tetapi cukup maklumat dan terang untuk menyokong apa yang ingin diceritakan.

Merujuk pada penceritaan dalam artikel Mencari Bukit Raja di Kuala Selangor... singgah juga di Bukit Talang, Kampung Permatang dan beberapa tempat yang baru disiapkan sebelum memulakan artikel ini. Dua hari kemudian iaitu petang Selasa saya tertidur lalu mendapat satu mimpi pelik yang melibatkan Kuala Selangor.

Saya tidak ingat bagaimana ia bermula. Yang pasti, saya sedang berdiri di satu bahagian Kuala Selangor lalu terlihat jambatan baru sedang dibuat untuk merentangi Sungai Selangor lebih dekat ke kuala dan laut berbanding jambatan sedia ada. Jambatan sudah siap sampai ke seberang tetapi masih perlukan kemas-kini lalu belum dibuka. Saya pun teringin hendak melihat lebih dekat lalu dari tempat berdiri sedikit pendalaman saya berjalan kaki melalui satu jalanraya yang belum siap 200 meter menghampiri tebing sungai sebelum jalanraya itu membelok ke kiri kemudian bersambung dengan jambatan.

Tiba-tiba saya mendapati tubuh ini sedang berdiri di atas pulau kecil betul-betul di tengah kuala bersempadan dengan laut. Pada pulau yang cuma sebesar 2 tapak letak kereta ini terdapat sebuah pohon rendang yang seolah-olah membahagikan pemandangan kuala sungai kepada 2. Saya melihat dari sisi kanan membelakangkan laut sementara ada seorang yang tidak dikenali, sedikit berumur berdiri melihat keadaan di sisi kiri. Kelihatan juga sebuah perahu kecil, seolah-olah orang itulah yang bertanggungjawab membawa saya ke sini dengannya...

Dalam keadaan saya masih termangu-mangu memikirkan apa hal pula saya boleh berada di pulau kecil tiba-tiba terlihat ada objek lain muncul di sudut mata. Saya pun memandang ke arah laut. Kelihatan seperti pulau kecil lain tetapi rasanya lebih luas dari tapak rumah bungalow bergerak hanyut... kalau dilihat dari sisi tubuh yang memandang ke laut, ia sedang bergerak dari arah kiri ke kanan. Atas pulau kecil itu saya dapat melihat sejumlah batu nesan besar berbagai rupa yang menyebabkan saya teruja. Namun pulau kecil ini seperti hilang begitu sahaja... saya tidak ingat bagaimana, rasanya fade out gitu...

Kemudian muncul lagi sebuah pulau serupa dari arah sama hanyut ke kanan juga dengan banyak batu nesan seperti milik golongan bangsawan dan kerabat diraja. Tidak seperti pulau pertama, pulau kedua dapat diteliti dengan lebih terang, Lalu saya terlihat satu macam dinding batu di kepala pulau dengan plat-plat besi rasanya tertulis perkataan. Cuma 2 di antaranya yang dapat saya baca, terletak di atas sebelah-menyebelah. Yang di kiri tertulis perkataan Tengku ... (ada satu perkataan yang saya lupa apa) Idrus dan lagi satu cukup terang dan lengkap, Tengku To Bugis.

Sejurus kemudian saya terbangun apabila mendapat panggilan telefon daripada isteri. Kemudian termangu-mangu memikirkan apakah makna semua ini? Apakah ini satu tanda terhadap pencarian yang saya pun belum pasti apa melawat tempat-tempat yang ada aura sejarah lama di sekitar Kuala Selangor dalam tempoh 6 bulan kebelakangan?

Ini kiranya anggaran duduk-letak jambatan belum siap dengan jalanraya yang dilalui untuk sampai ke jambatan, pulau kecil tengah sungai dan pulau hanyut. Rasanya pembaca sedia maklum bahawa ketiga-tiga objek ini tidak wujud dalam dunia nyata yang kita kenali ini. Oh, mimpi dimulakan dengan saya berdiri di kawasan penghujung jalanraya selatan sungai. Harap ada yang dapat memberi tafsiran atau buah fikiran yang boleh merungkaikan sesuatu? Sekurang-kurang siapakah Tengku Idrus dan Tengku To Bugis yang dimaksudkan...

OK. Semasa menulis ayat ini jam sudah melepasi 4:30 pagi. Asalnya saya bercadang untuk menyambung dengan satu artikel mengenai pandangan terbaru saya tentang kaitan Ratu Balqis dengan bangsa Bugis yang melibatkan keadaan sekarang. Namun lebih elok saya berehat merenung waktu malam. Sementara itu silalah menjenguk artikel-artikel terjemahan yang dibuat dalam blogspot BERPETUALANG KE ACEH beberapa hari kebelakangan. Untuk makluman ini adalah artikel ke 696 di sini... :]


The Tariqat of Ahlul Bait 1

The Tariqat of Ahlul Bait 2

The Tariqat of Ahlul Bait 3

The Tariqat of Ahlul Bait 4

20 ulasan:

  1. Akhirnya sampai gak ke Kg Raja yer alhamdulillah!...Ok, gambar google satellite itu menunjukkan betapa muara Sg Selangor cetek dan dipenuhi lanyur. Sebelah kirinya adalah kawasan Gazzete Taman Alam. Kalau nak berdiri spt dalam gambaran mimpi itu , bayor tiket, masuk taman alam, jalan sampai hujung situ. Kalau ikut lakaran engko, tempat berdiri engko itu Sg. Raja Itam. Ada kaitan keturunan dgn dia? Seberangnya adalah kawasan Sg,. Ular yang melekuk menghala ke Sg Kalkati. Kawasan pulau kecil itu adalah kawasan utama laluan masuk keluar Bot/sampan krn lebih dalam, berbanding tebing yang cetek sekitar 1.2 meter semasa air mati kekat. Manakala kawasan pulau yang lebih besar itu adalah kawasan lot, tempat orang berkerang mencari benih. Tohor benar tempat tu...tp sekitar kawasan itu kedepan adalah laluan masuk terowong bawah tanah ke bukit yg telah timbus.

    Having said these,aku rasa wajarlah engko buat rujukan pd mentor rohani engko. Sbb 1. Alamat bulan rejab. 2 Ia berkaitan dengan niat engko tentang titisan darah engko, bukan soal warisan raja-raja. But, its a matter of opinion sahaja, betul salah mana ler aku tau.

    Kalau aku terjah kiasan mimpi itu jadinya begini. Jalanraya...perjalanan engkau, pencarian engkau. Jambatan...hubungan, ertinya jawapan
    Air..ugama
    Pulau ...tempat lindungan, peliharaan dari Ar-Rahman
    Pokok...pokok itu Syajaratun, iaitu titisan darah dan keturunan
    Yang lain tu aja ditayang tayangkan, ngko jangan lupa fidyah la...
    Jadi puzzle ni mudah sangat rasanya, tp bukan puzzle aku..la la la...

    BalasPadam
  2. Err..kalo ko nak naik sampan aku gi kesana aku leh bawak..tada hal... tp sampan kecik laa beroleng lak tu...

    BalasPadam
  3. Hmm. Mekasih Abgcengkih. Nama Raja Itam ni kat Perak pun ada... kat area ulu Sungai Dinding... ala sungai beso yang kat pekan Lumut tu.

    Kalaulah Raja Itam yang dimaksudkan tu adalah Nakhoda Hitam @ Daeng Hanasah @ Laksamana Raja Mahkota pertama Perak maka memang moyang teman le tu. Beliau datang ke Perak sezaman dengan kenaikan Raja Lumu @ Sultan Salehuddin di Selangor iaitu sekitar tahun 1743. Menurut satu salasilah Daeng Hanasah ni adik-beradik ngan Daeng Selili (Maharajalela pertama Perak) dan sedara 2 pupu dengan Raja Haji juga Raja Lumu.

    Namun satu salasilah lain daripada kerabat Bugis Wajo bercerita lain pula. Daeng Hanasah adalah anakanda Daeng Selili. Daeng Selili juga bernama La Madukelleng, berpangkat seperti Yang di Pertuan Agung di Tanah Bugis, sangat berperanan besar melawan Belanda. Mengikut versi ini, Daeng 5 bersaudara tu bukan betul2 adik-beradik. Dan berbanding Daeng Selili, mereka berpangkat bangsawan menengah lalu Raja Lumu dapat menjadi Sultan Selangor dengan restu Daeng Selili di sebalik tabir.

    Hmm. Kalau ada apa2 interpretasi lagi silakan cerita baik Abgcengkih mahupun sesiapa... :]

    p/s: Bab sampan tu elok gak tu. Teringin gak nak jenguk apa feel kat situ tapi tak pasti bila. Taman Alam tu aku dah pi dah dengan wife masa tengah ngandung 6 bulan. Kat situlah aku pertama kali betul2 melihat kuala Sungai Selangor di tempat pertemuan dengan laut. Sebulan kemudian aku n wife pegi Aceh. Masa tu le first time aku dapat ziarah makam moyang aku yang di Samudera-Pasai, Sultan Malikus Saleh. First time aku sendiri masuk Aceh sorang2 tahun 2004 dulu sangkut sebab darurat perang...

    BalasPadam
  4. Kg Raja itam pun ada kat sabak bernam , klu tak silap bt37 sempadan , Jln dalam Sabak Bernam ke Sg Besar, klu google maps leh nampak kut.

    Anyway baru kelmarin aku tersadai kat situ psl linding dari ribut angin barat yang tiba tiba datang selepas angin timur melimpahkan hujan dari Btg Berjuntai ke Kuala Sel. Dapat la Sembilang sikit.

    Kawan aku pernah, disekitar kawasan itu terhalang untuk keluar ke laut setelah kawannya nampak ada lembaga di sisi kawan yang lagi satu. Rupanya ada ribut! Ada yang pernah juga ditegur oleh suara sahaja supaya patah balik! Bagi pelaut disini, dianggap sebagai biasa sahaja, namun tak dipandang rengan.

    Ada jugak mendakwa masa Tsunami dulu, kuala sungai ini di "block" oleh seekor pak Bedal yang timbul melintang. Wallah a'lam

    BalasPadam
  5. Oooo. Kalau Raja Itam kt Bernam tu dah kira lain, sekitar tahun 1870an gitu sedangkan Nakhoda Hitam di Perak tu tahun 1740an. Raja Itam Bernam tu keluarga Raja Unos, satu pecahan kerabat Selangor yang memerintah Bernam secara independent. Zaman tu Bernam belum official masuk Selangor. Mat Saleh yang push supaya masuk.

    Sebelum tu pulak Bernam adalah sebahagian dari Perak. Sultan ke 13 Perak, Sultan Muzaffar III pernah menjadi Raja Bernam sebelum menaiki takhta Perak. Masa Sultan ni memerintah le Daeng Selili muncul di Perak. Zaman tu juga Daeng Chelak pernah menolong seorang Raja Perak (yang aku suspect sebenarnya kerabat Bugis)menyerang Sultan Muzaffar sehingga Perak terpecah dua. Zaman tu juga Raja Lumu mula timbul di Selangor.

    OK. Sejarah rasmi menyebut keSultanan Selangor bermula secara official di Bukit Melawati atas pengiktirafan Sultan Perak. Aku suspect semasa itu bahagian seberang Sungai Selangor seperti Pasir Penambang dan Permatang masih lagi di dalam pemerintahan Perak. Bila aku fikir balik pasal tafsir engkau kata jambatan yang aku lihat tu adalah hubungan, kira betul gak. Memang aku sedang mencari kaitan lama keSultanan Selangor dengan kerajaan Perak yang tidak disebut dalam sejarah, kaitan yang melihat susur-galur keturunan aku dan nampaknya jambatan yang aku lihat tu mungkin kiasan bahawa kaitan tu semakin terang untuk aku le...

    Misalnya bab Keris Beruk Berayun yang merupakan alat kebesaran Selangor. Aku tak tahu jika yang di Selangor tu original. Tapi aku tahu bab keluarga aku iaitu keluarga Laksamana Raja Mahkota Perak pernah menyimpan Keris Beruk Berayun yang asal. Lepas aku first time ziarah makam lama kat perdu pokok Pasir Penambang tu macam2 ilham keluar. Baru aku nampak bagaimana giliran 3 keluarga diraja Bugis, Melaka, Aceh mula dipakai untuk memegang takhta Perak. Malah Daeng Chelak menyerang Perak dulu tu pun bantu seorang moyang aku belah Bugis untuk menakluki Perak sebelum Daeng Selili mengeluarkan cadangan agar diadakan penggiliran takhta.

    Bab pulau kecik kat tengah sungai. Semalam baru aku nampak itu kira penanda sempadan Perak/Selangor dulu. Masa tu aku pandang ke kanan sebab sedang menumpukan pada Selangor. Kat kiri tu ada satu pakcik yang aku terasa bawak aku naik sampan pegi pulau ni. Aku tak tahu siapa tapi nampaknya dia dari belah seberang/Perak (yang kini dah jadi Selangor) lalu menolong aku melihat kaitan ini.

    Pak Bedal yang engkau sebut tu buaya putih ke? Tahun lepas baru ada orang bagitau buaya putih Sungai Perak tu berasal dari Tanah Bugis.

    BalasPadam
  6. Alhamdulillah...itu saja yang mampu aku utarakan kalau kau rasa terjahan aku membantu sebagai pencerahan.

    Sebagaimana yang kau maklum aku ni tak mampu menyentuh soal warisan jurai raja raja bugis dolu-dolu. Cumanya simple common sense, sebelum pembukaan negeri Selangor memang Perak yang dominan dari segi keluasan kawasan jajahan tadbir; itupun setelah Johor menjadi lemah. Jadi apa yang kau nyatakan adalah satu hal yang harus. Sebagaimana harusnya juga dizaman kegemilangan kerajaan Selangor; kawasan jajahan tadbirnya meluas ke Pahang dan Rembau. Pusing punya pusing, semuanya kisah adik beradik!

    Pak bedal yang dimaksudkan adalah spisis percampuran haiwan/jin. Biasa kita dengar yang pemes antara lain harimau, ular dan gajah. Jad bila dah rupabentuknya percampuran, haiwan ini yang ditundukkan oleh orang yang ahli bagi maksud kawalan keselamatan, penghandalan dsb.

    BalasPadam
  7. Rasanya baik dibetulkan akidah mengenai percampuran manusia dan jin dan binatang.

    Lebih meletakkan asas kepercayaan berdasarkan apa yg telah di jelaskan dalam Al-Quran, hadis2 dan penerangan oleh yg ahli dalam hal2 agama.

    Agak memalukan bila terbaca, mengenai ulama' yg khilaf. Ini bukan ulama zaman Nik Aziz atau zaman sekarang, ini ulama' yg terdahulu di mana pegangan beragama kita bermula dari zaman nabi muhammad, ilmu itu dikembangkan kepada sahabat2 dan seterusnya kepada murid2 dan murid2ini menjadi guru kepada murid2 seterusnya.

    Jika setiap org berpendapat ulama' terdahulu yg khilaf, dimana perincian mengenai2 hal2 bersangkutan ugama telah pun ada, persoalan timbul, sanggup seseorang itu menidakkan hal2 bersangkutan dengan agama dan larangan hanya kerana tidak mempunyai pendapat yg sama dengan ulama' bahkan lebih mempercayai cerita2 yg kedengaran dari "biasa dengar".

    'Biasa dengar' tu datang dari sumber mana? Orgnya pakai ilmu jin jugakah, bomoh kah, adakah org itu tinggi pengetahuan agamany? Kalau biasa dengar dari golongan ini digunakan sebagai dakwaan utk mematahkan pendapat ulama, anda tergolong dalam 2 golongan ini -

    1-kurang pengetahuan agama
    2-terlalu taksub utk mengangkat diri dari golongan tertentu yg dipercayai menaikkan martabat.

    Sehinggakan jin dan binatang pun sanggup dikahwini. Jin dan binatang lain species dari manusia. Kalau sama dari segi bentuk dan sebagainya tidaklah dipanggil binatang dan jin.

    Perkahwinan dengan jin dan binatang adalah dilarang. Kalau melakukan seks denga binatang, ini dikira menjijikkan dan seks di luar tabii. Ini pengaruh syaitan namanya.

    Jin juga begitu. Larangan2 itu adalah sebab2nya mengapa Allah melarang demikian. Sebagaimana dengan larangan memakan babi dan samak bila menyentuh anjing.

    Larangan2 utk menguji samada seseorang itu bertaqwa atau tidak kepada Allah. Dengan jawapan bahawa ada kekhilafan dari pihak ulama' tidak keterlaluan jika difikirkan akan datang satu masa nanti, ada manusia melayu dan islam mengatakan larangan memakan babi juga adalah kekhilafan dari ulama' juga. Astaghfirullahalazim.

    Nampaknya semakin mengkaji semakin terpesong jauh dari Allah swt. Walhal sepatutnya semakin dekat. Tentu ada niat dan beberapa perkara yg tidak ikhlas atau hati yg telah kotor membuatkan tidak sampai ke jalan yg sepatutnya.

    Sebalikya semakin jauh terpesong dan tanpa malu2 mengatakan ulama' salah hanya kerana keinginan utk di hormati yg meluap-luap.

    BalasPadam
  8. Firman Allah dalam surah Al-Jinn ayat 6, mafhumnya-

    "Dan sesungguhnya seorang lelaki diantara Manusia minta berlindung kepada beberapa lelaki diantara Jin, lalu mereka (manusia) menjadikan jin-jin bertambah sombong". Keterangan ayat: Begitu telahAllah gambarkan bahawa jika manusia meminta pertolongan dari pihak Jin
    dengan Ber µsahabat¶ dengan mereka, bukannya akan membetulkan keadaan, malahan menyebabkan
    kaum Jin itu bertambah-tambah sombong dan bongkak terhadapAllah swt. Maka apabila manusia
    berkawan dengan musuh-musuhAllah itu dengan sendirinyalah mereka itu sama seperti sahabat-sahabat
    mereka itu juga.


    Begitulah perasaan cumburu, irihati, kebencian dan api permusuhan yang sangat dalam sekali dihati Iblis kepada seluruh Manusia keturunanAdam as. Ini hanya merujuk kepada kelompok Jin-jin kafir dan Jin-jin Islam yang fasiq dan munafiq. Ia tidak termasuk pada kelompok Jin Islam yangAbadi, Solihin,Arifin, Muttaqin dan mendapat darjat WaliAllah, golongan Jin yang mengambil Rasullah saw sebagai penjaga mereka. Kelompok ini tidak mengganggu umat Manusia, mereka hanya sibuk dengan urusan mereka sendiri dan tidak turut campur akan permusuhan Iblis dan Manusia itu. Mereka ini lah yang tergolong daripada Umat Muhammad yang masuk Syurga yang ada juga disebut didalamAl-Qur'an. Mereka juga tidak terlibat menjadi Khadam atau Sahabat atau berkahwin dengan Manusia atas sebab malas beribadah. Mereka sangat Taat akan perintah Rasul dan perintahAllah tetapi jumlahnya hanya sedikit . Jika hendak dibuat perbandingan, mungkin dalam sejuta ekor hanya seekor dari kelompok ini. Seperti juga manusia,
    yang dipilih menjadi kekasihAllah swt hanyalah sedikit sahaja.


    Dan firmanAllah didalam surahAl-Mumtahinah ayat 1, mafhumnya; "Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil musuh-Ku dan musuh mu menjadi wali
    (penolong atau penjaga), kamu hubungkan kepada mereka kasih sayang padahal mereka itu kafir (Iblis
    yang kufur) kebenaran yang datang kepada mu. Mereka mengusir Rasul dan kamu (NabiAdam as dan
    keturunannya), kerana kamu beriman kepadaAllah Tuhan mu, Jika kamu keluar berjuang pada jalan-Ku
    dan menuntut kereadhaan-Ku, kamu rahsiakan kepada mereka kasih saying, padahalAku mengatahui
    apa-apa yang kamu sembunyikan dan apa-apa yang kamu lahirkan. Barang siapa berbuat demikian
    diantara kamu, maka sesungguhnya ia telah sesat dari jalan yang lurus ".

    Keterangan ayat: Sesetengah Ulama¶ tafsir menggunakan juga ayat ini sebagai bentuk larangan
    bersahanat dengan golongan Jin kerena bentuk ayat ini juga boleh dikaitkan dengan hubungan yang
    manusia buat dengan golongan Jin secara rahsia, padahalAllah mengatahui akan semua pekara. Inilah kebodohan manusia yang menganggap mereka cerdik padahal mereka menipu diri mereka sendiri.
    Mereka yang mengikut Iblis dan mengikut tunjuk ajarnya adalah sesat dari jalanAllah selama-lamanya dan pastinya akan dihukum dengan setimpal.

    BalasPadam
  9. Firman Allah dalam surah Al-Jinn ayat 6, mafhumnya-

    "Dan sesungguhnya seorang lelaki diantara Manusia minta berlindung kepada beberapa lelaki diantara Jin, lalu mereka (manusia) menjadikan jin-jin bertambah sombong". Keterangan ayat: Begitu telahAllah gambarkan bahawa jika manusia meminta pertolongan dari pihak Jin
    dengan Ber µsahabat¶ dengan mereka, bukannya akan membetulkan keadaan, malahan menyebabkan
    kaum Jin itu bertambah-tambah sombong dan bongkak terhadapAllah swt. Maka apabila manusia
    berkawan dengan musuh-musuhAllah itu dengan sendirinyalah mereka itu sama seperti sahabat-sahabat
    mereka itu juga.


    Begitulah perasaan cumburu, irihati, kebencian dan api permusuhan yang sangat dalam sekali dihati Iblis kepada seluruh Manusia keturunanAdam as. Ini hanya merujuk kepada kelompok Jin-jin kafir dan Jin-jin Islam yang fasiq dan munafiq. Ia tidak termasuk pada kelompok Jin Islam yangAbadi, Solihin,Arifin, Muttaqin dan mendapat darjat WaliAllah, golongan Jin yang mengambil Rasullah saw sebagai penjaga mereka. Kelompok ini tidak mengganggu umat Manusia, mereka hanya sibuk dengan urusan mereka sendiri dan tidak turut campur akan permusuhan Iblis dan Manusia itu. Mereka ini lah yang tergolong daripada Umat Muhammad yang masuk Syurga yang ada juga disebut didalamAl-Qur'an. Mereka juga tidak terlibat menjadi Khadam atau Sahabat atau berkahwin dengan Manusia atas sebab malas beribadah. Mereka sangat Taat akan perintah Rasul dan perintahAllah tetapi jumlahnya hanya sedikit . Jika hendak dibuat perbandingan, mungkin dalam sejuta ekor hanya seekor dari kelompok ini. Seperti juga manusia,
    yang dipilih menjadi kekasihAllah swt hanyalah sedikit sahaja.


    Dan firmanAllah didalam surahAl-Mumtahinah ayat 1, mafhumnya; "Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil musuh-Ku dan musuh mu menjadi wali
    (penolong atau penjaga), kamu hubungkan kepada mereka kasih sayang padahal mereka itu kafir (Iblis
    yang kufur) kebenaran yang datang kepada mu. Mereka mengusir Rasul dan kamu (NabiAdam as dan
    keturunannya), kerana kamu beriman kepadaAllah Tuhan mu, Jika kamu keluar berjuang pada jalan-Ku
    dan menuntut kereadhaan-Ku, kamu rahsiakan kepada mereka kasih saying, padahalAku mengatahui
    apa-apa yang kamu sembunyikan dan apa-apa yang kamu lahirkan. Barang siapa berbuat demikian
    diantara kamu, maka sesungguhnya ia telah sesat dari jalan yang lurus ".

    Keterangan ayat: Sesetengah Ulama¶ tafsir menggunakan juga ayat ini sebagai bentuk larangan
    bersahanat dengan golongan Jin kerena bentuk ayat ini juga boleh dikaitkan dengan hubungan yang
    manusia buat dengan golongan Jin secara rahsia, padahalAllah mengatahui akan semua pekara. Inilah kebodohan manusia yang menganggap mereka cerdik padahal mereka menipu diri mereka sendiri.
    Mereka yang mengikut Iblis dan mengikut tunjuk ajarnya adalah sesat dari jalanAllah selama-lamanya dan pastinya akan dihukum dengan setimpal.

    BalasPadam
  10. Sebenarnya mereka yang jahat ini melihat manusia seperti seekor binatang. Telah diberitahu bahawa
    manusia biasa tidak dapat melihat kaum Jin semasa didunia kecuali manusia yang diberi kelebihan sahaja.

    Tetapi diakhirat, semua tabir penglihatan itu akan dibuka. Maka manusia semua boleh melihat Jin di
    Syurga. Tetapi dikala itu rupaparas Jin ini tidak lagi penting, kerana manusia lebih rindu melihat µWajah

    Allah swt¶ sahaja, selain itu wajah Nabi Muhammad saw, sahabat-sahabatnya, Wali-wali, Guru-guru dan ibubapa mereka yang sangat mereka rindui. Adapun jumlah mereka yang terlalu ramai mungkin juga disebabkan terlampau mudah mereka berkembang biak tidak seperti manusia yang mempunyai proses dari semenjak dikahwini sehingga mendapat zuriat yang agak lama. Golongan Jin, Syaitan, Ifrait dan Iblis ini membiak tidak seperti manusia. Mereka bertelur bukan mengandung.Apabila mereka menyentuh peha kiri dan peha kanan
    pasangannya, maka akan terbit 33 biji telur, setiap biji telur pula mengandungi 33 pasang anak. Dalam masa sekitar 33 hari saja ia akan menetas jadi jika dihitung akan kelahiran keturunannya dalam satu-satu masa iaitu sejumlah 1089 pasang anak semuanya. Yang membesar juga amat pantas (tidak diberitahu masanya). Mereka juga menyusu dibelakang badan ibunya terdapat terlampau banyak puting susu (tetapi
    tiada buah), itu sebabnya orang Melayu memanggilnya dengan nama Hantu Kopek, ia ganjil dan bukan
    seperti kopek (payu dara) wanita manusia. Dari pada anak-anak Jin yang berpasang-pasang itu juga jika
    mereka (jin jantan) menyentuh peha kanan dan peha kiri pasangannya iaitu jin betina maka berlakulah
    lagi proses kelahiran yang sama seperti diatas. Jadi dapat kah anda bayangkan betapa cepatnya mereka
    membiak?

    Kemudian golongan Jin sama ada jantan atau betina jika berkahwin dengan manusia juga sama ada lelaki atau perampuan, tidak perlu melakukan persetubuhan seperti pasangan manusia. Mereka hanya perlu menyentuh kemaluan pasangan masing-masing maka yang betina atau wanita akan mengandung saat itu juga dan terus mukallaf. Proses mengandung bayi dalam kandungan serta keliharannya itu sama seperti manusia biasa. Hanya satu orang bayi saja yang akan lahir apabila cukup masanya iaitu 9bulan 10 hari.
    Anak yang lahir itulah yang dipanggil oleh masyarakat Melayu dengan istilah Bunian atau Orang Halus atau Orang Ghaib. Begitulah proses-proses persenyawaan dan kelahiran diantara Orang Bunian seterusnya hingga kiamat.

    BalasPadam
  11. Bolehkah Orang Islam berkahwin dengan Jin Islam?

    Soalan

    Ada seorang ditempat saya, disebut oleh orang kampung bahawa dia telah berkahwin dengan jin Islam, mempunyai anak dan hidup dalam keadaan rukun damai. Kebetulan saya pernah ke tempat orang ini, ke rumahnya. Saya dapati dia tinggal seorang diri, tetapi rumahnya bersih seolah-olahnya ada yang menguruskannya. Persoalan besar saya bolehkah kita manusia, berkahwin dan beranak pinak dengan makhluk halus?


    Jawapan

    Seperkara yang jelas kepada kita bahawa makhluk ini wujud dan boleh menyerupai dengan rupa-rupa yang mereka kehendaki dengan izin Allah S.W.T. Persoalan sama ada boleh atau tidak manusia berkahwin dengan makhluk halus dari segi sejarahnya banyak yang kita dengar bahawa Balqis adalah seorang raja di zaman Nabi Sulaiman. Bapanya manusia dan ibunya daripada jin, ibunya bernama Balqmah binti Saisan.

    Dalam sebuah hadis daripada Abu Hurairah, katanya Rasulullah s.a.w pernah berkata bahawa salah seorang daripada ibu bapa Balqis adalah jin. Hadis ini ada dalam Kitab al-Jami' as-Saghir oleh Imam as-Sayuti.

    Tetapi apabila balik kepada masalah hukum, dengan jelas al-Quran, Allah berfirman (mafhumnya), "Dan Allah telah menjadikan bagi kamu pasangan hidupmu dari jenis kamu juga". (Surah an-Nahli ayat 72)


    Firman Allah (mafhumnya), "Dan di antara tanda-tanda keagungan Allah dijadikan bagi kamu dari jenis kamu juga, pasangan-pasangan hidup, supaya kamu mendapat ketenangan dengannya dan dijadikan bagi kamu kasih sayang dan rahmat daripada Allah S.W.T." (Surah ar-Rum, ayat 21).

    Kedua-dua ayat ini boleh difahami dengan mudah bahawa pasangan hidup manusia adalah manusia juga. Barulah akan wujud ketenangan, kasih sayang, tambatan hati dan saling percaya mempercayai.

    Bayangkan jika kita mempunyai isteri dari kalangan makhluk halus orang lain tidak nampak, kita nampak seorang sahaja, atau mungkin kita pun tidak nampak tetiba kita berselisih faham, bergaduh dan sebagainya, bagaimana akan terjadi kepada rumah tangga kita.

    Hadis yang diriwayatkan oleh Yunus bin Yazid daripada Azzubri katanya, Rasulullah s.a.w menegah manusia mengahwini jin.

    Berpandu kepada ayat dan hadis saya sebutkan, atas alasan ini jumhur ulama berpendirian, tidak harus mengahwini jin, jika berlaku perkahwinan, maka perkahwinan itu tidak sah. Kalau berlaku perhubungan jenis, mereka berkesedudukan dalam keadaan haram.

    Tetapi Imam Malik bin Anas mengatakan perkahwinan itu adalah makruh dan ada ulama yang sependapat dengan Imam Malik.

    Namun apapun yang dapat dilihat maka perkahwinan ini suatu yang kudus, yang pasti diketahui syarat sah perkahwinan, yang paling asas adalah agama.

    Jika jin itu bukan Islam maka perkahwinan tidak sah. Jika dikatakan jin itu Islam, bagaimana boleh kita pastikan benar-benar bahawa dia Islam, apakah dengan pengakuan mulut yang mengatakan bahawa dia (jin) Islam boleh diterima.

    Jika dikatakan jin itu mempunyai keilmuan Islam yang tinggi dan dia beramal dengannya, maka sama juga dengan manusia yang mengkaji Islam, tetapi tidak Islam.

    Malah ada kalangan sarjana Barat yang banyak menghafal al-Quran, menghafal hadis dan mengetahui banyak hukum (terutama orientalis), kalau di alam manusia boleh berlaku, maka tidak mustahil di alam jin juga ianya boleh wujud.

    Maka jalan yang terbaiklah, kahwinilah dengan manusia, seperti yang disebut Rasulullah, "Kahwinilah perempuan-perempuan manusia, kerana mereka boleh mendatangkan harta."

    BalasPadam
  12. Bolehkah Berkahwin dengan Orang Bunian?

    Soalan

    Ustaz, saya ingin bertanya perihal yang berkaitan dengan bunian. Perkara ini timbul dalam keluarga saya sendiri, iaitu mengenai adik perempuan saya yang berperangai agak aneh. Kami sekeluarga amat musykil apabila beliau menolak pinangan orang, sebaliknya mengaku sudah berkahwin dengan makhluk halus atau bunian.

    1. Soalan saya, apakah perkahwinan antara manusia dengan jin boleh berlaku?
    2. Apakah hukumnya perkahwinan tersebut, sah atau tidak dari sisi Islam?


    Jawapan 1

    Perkahwinan dalam erti kata yang kita fahami hari ini, tidur bersama selepas perkahwinan yang sah, memang berlaku di antara manusia dengan manusia sahaja seperti yang disebut oleh Allah S.W.T dalam Surah ar-Rum, ayat 21 (mahfumnya);

    "Dan di antara tanda-tanda kebesaran Allah S.W.T, dijadikan bagi kamu (manusia) untuk pasanganmu dari jenis kamu juga (manusia), supaya kamu mendapat ketenangan dengannya dan dianugerahkan kepada kamu kasih sayang dan rahmat dari Allah S.w.T."

    Ayat ini menjelaskan bahawa pasangan hidup manusia dalam rumahtangga yang dirahmati Allah, adalah di antara manusia dengan manusia.

    Mengenai dakwaan adik puan yang menyatakan bahawa dia telah berkahwin dengan jin. Pada saya hal ini memang boleh berlaku pada suatu kemungkinan (possibility).

    Dalam sejarah sebagai contoh, berlaku kisah Puteri Balqis, Raja Perempuan di negeri Saba' (Yaman). Ada pendapat yang mengatakan bahawa, salah seorang daripada ibu bapanya adalah jin. Sama ada bapanya jin, ibunya manusia atau sebaliknya.

    Hal ini saya dapati ada tercatat dalam Tafsir al-Qurtubi, juzuk yang kesepuluh halaman 289, ketika membuat tafsiran kepada Surah al-Isra' ayat 64, yang menyebut firman Allah bahawasanya jin akan berusaha keras memperdayakan manusia untuk menderhaka kepada Allah dengan berbagai-bagai cara.

    Mereka menggunakan seni suara (nyanyian), tentera-tentera mereka digunakan, sehingga boleh bermusyarakah bersama untuk mendapatkan harta benda dan anak-anak milik bersama manusia hasil perkongsian dengan makhluk-makhluk halus ini. Disebut di antaranya, berlakulah perkahwinan tadi (ibu bapa Puteri Balqis).

    Dalam suatu hadis yang diriwayatkan oleh Aishah r.ha, Nabi pernah bersabda yang bermaksud, "Bahawasanya ada kalangan manusia ini yang akan menjadi mugharribeen, maka Aishah bertanya Nabi maksud mugharribuun itu? Maka Nabi bersabda yang bermaksud ialah mereka-mereka yang telah bermusyarakah dalam kehidupan rumahtangga dengan jin."

    Daripada rujukan ini menunjukkan bahawasanya ada kemungkinan manusia itu mengahwini jin sama seperti apa yang didakwakan. Kerana makhluk ini, seperti disebut dalam beberapa hadis, mereka boleh menyerupai dengan rupa-rupa yang diizinkan Allah kepada mereka menyerupainya. Tetapi dalam keadaan-keadaan yang amat sempit atau peluang yang mereka ada amat terhad, demi menjaga kemaslahatan anak Adam tidak terdedah dengan luas untuk ditanggung oleh makhluk-makhluk halus.

    Penjelmaan mereka menjadi makhluk seperti manusia, disabitkan dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, iaitu kejadian pencurian harta zakat yang dikawal selia oleh Abu Hurairah, sehingga Abu Hurairah boleh menangkapnya dan dibawa kepada Rasulullah s.a.w untuk pendakwaan. Walaupun akhirnya jin tersebut dilepaskan tetapi Nabi telah menyatakan bahawasanya yang mencuri itu adalah syaitan.

    Disabitkan juga bahawa penjelmaan jin itu wujud dalam bentuk yang jelas menyerupai manusia dalam peristiwa peperangan Badar seperti yang disebut dalam Surah al-Anfaal ayat 87 (mahfumnya);

    BalasPadam
  13. Sambungan


    "Dan ketika dihiasi oleh syaitan kepada mereka, tentera Islam dengan katanya kepada mereka, kamu tidak dikalahkan oleh musuhmu oleh manusia dan saya adalah jiran kepada kamu yang akan membantu dalam peperangan ini. Maka apabila kedua-dua kumpulan (Islam dengan Kafir Jahilliyah) bersemuka untuk peperangan yang berjanji untuk menolong mereka orang-orang kuffar itu telah cabut lari mengatakan saya tidak lagi boleh bersama-sama dengan kamu kerana saya dapat melihat apa yang kamu tidak boleh lihat dan saya sesungguhnya amat takut kepada Allah dan Allah itu amat dahsyat keseksaan-Nya".

    Ayat ini merujuk kepada adanya kepada satu makhluk yang menjelma sebagai manusia kununnya untuk membantu askar-askar musuh (kuffar) menentang Islam dan sabit bahawa makhluk itu bukan manusia, tetapi jelas mereka adalah syaitan.

    Dengan demikian, jelaslah bahawasanya syaitan ini boleh menyerupai manusia dan dengan sendirinya boleh menjadi suami atau isteri kepada manusia.


    Jawapan 2


    Hukumnya adalah jelas, jumhurnya ulama sudah berijma' bahawa hukumnya (mengahwini jin) tidak sah! Tidak boleh perkahwinan manusia dengan jin dilakukan. Melainkan ada seorang ulama yang bernama Qamuli yang menyatakan perkahwinan tersebut boleh.

    Namun saya berpegang kepada pandangan jumhur ulama bahawa hukum perkahwinan tersebut adalah tidak sah, kerana ianya menyalahi dengan ayat Surah ar-Rum yang disebut di atas. Perkahwinan antara manusia dengan jin tidak akan melahirkan ketenangan, kebahagiaan ataupun mendapat rahmat Allah S.W.T.

    Perkahwinan yang tidak sah pada hukum syarak tidak mungkin dirahmati Allah dan tidak mendapat restu Allah. Tidak mungkin kebahagian dan ketenangan berlaku! Kita dapat merasakan jika berlaku suatu krisis rumahtangga dengan mereka (golongan jin), bagaimana rumahtangga boleh aman daripada gangguan mereka?

    Malahan anak-anak yang mungkin lahir dari hubungan itu, akan menjadikan masalah kepada manusia, mereka tidak boleh bergaul dalam alam manusia dengan sanak saudara. Jika berlaku pula masalah dengan anak-anak jiran, maka ianya akan mengundang berbagai kecelakaan. Nasihat saya kepada keluarga puan, hindarilah hal-hal ini daripada berlaku. Wallahu a'lam.

    BalasPadam
  14. http://www.darussyifa.org/SJ_Menu.php

    BalasPadam
  15. Maksud muqarrabuun adalah orang-orang yang berlumba-lumba melakukan kebaikan di atas perintah Allah SWT, mereka itulah auliya Allah. Mereka wujud dari dahulu hingga sekarang. Dahulunya ramai,. sekarang ini amat berkurangan.

    Ini diambil dari http://www.darussyifa.org/SJ030.php

    BalasPadam
  16. Wah ini komen atas komen nih...syabas anon!Apasal lenmacam jerk..panjang lak tu . Kena skolah nampaknya aku...hu hu!

    Maaf ya, luahan aku tu terjahan dan hasil buah fikiran. Teguran anda bagus.

    Cuma ingin saya perjelaskan bahawa apa yang dinyatakan bertepatan dengan akidah...ooops. Perkara larangan itu soal fiqh dalam ugama. Perkara percampuran itu adalah hal realiti yang ada.Ia jadi dengan kebesaran Allah yang maha kaya. Maka sebagai manusia yang mukallaf, berfikirlah berpandukan nas, mencari sebab musababnya, memandang menafaat menimbang mudharat dan mengasimilasikan hikmahnya.

    Maka istilah biasa dengar itu mengambil kira perbahasan yang dibuat oleh mereka yang mengkaji kejadian paranormal iaitu dalam pertembungan dengan beberapa jenis binatang dimana sifatnya luar dari tabiie sebagai binatang.Maaflah kalau anon tak biasa, tapi aku tujukan kpd tuan aricle blog- berdasarkan senario artikel. Ini comment maa... bukan forum!Radzi, ko tak biasa ek? Sorry la yer.

    Jadi anon, buah fikiran anda mengatakan "semakin mengkaji semakin terpesong jauh dari Allah swt...dll" Ulasan aku atas ulasan yang diperulaskan -aku cuma nampak Dhzann dalam bab Khataraat(dari perkataan khuwatir).

    Untuk makluman semua komen aku terdahulu tidak kena mengena untuk membidas/ menyalahkan, menyinggung, menjadikan bingung, bengong, termenung, sangkaan serong, mana mana pihak yang hidup atau telah kembali atau telah mati atau membuta tuli.

    Err tuan blog...Pak Bedal putih tak ketahuan la pulak! nanti kena scout dulu.

    BalasPadam
  17. Terimakasih AbgCengkih, anon. Terimakasih kerana memberi banyak contoh soal-jawab. Apa yang saya ceritakan kebelakangan ini bukan untuk membesarkan darah keturunan percampuran jin. Malah mereka yang mengenali saya tahu betapa saya sebenarnya amat anti jin sehingga menganggap perkahwinan percampuran dengan jin merendahkan martabat manusia akibat telah bercampur-aduk dengan makhluk yang sebenarnya lebih rendah taraf dari manusia yang dicipta untuk menjadi khalifah di mukabumi.

    Namun sikap seratus peratus anti jin juga sebenarnya sikap yang amat fanatik. Mereka juga mahkluk Allah lalu kita kena akur mereka ada tempat di dunia memainkan peranan juga dalam perancangan Allah Taala. Saya cuma menyentuh bahawa Bugis adalah keturunan Balqis, maka jika ini benar,tidak dapat dinafikan ada sedikit campuran darah jin.

    Anon sendiri telah meletak beberapa contoh perbincangan ulamak dahulukala berserta hadis. Lalu dapat dilihat bahawa 1) Balqis adalah darah campuran manusia dan jin 2) Ada ulamak berpendapat perkahwinan antara manusia dan jin dibenarkan ada yang tidak.

    Well, Ratu Balqis adalah hasil perkahwinan manusia dengan jin yang sudah berlaku pada zaman Nabi Sulaiman iaitu hampir 3000 tahun dahulu. Harus difikirkan, syariat ketika itu lain dengan yang sekarang. Maka kita tidak boleh menghukum apa yang berlaku pada masa itu dengan hukum syariat Nabi Muhammad. Misalnya Nabi Yaakub diketahui berkahwin dengan 2 orang isteri adik-beradik. Syariat Nabi Muhammad tidak membenarkan ini tetapi itulah yang berlaku beribu tahun dahulu.

    Bab Ratu Balqis ia sudah pun berlaku. Sekali lagi harus ditekankan, saya cuma mengaitkan Bugis sebagai keturunan Ratu Balqis, hasil perkahwinan si ratu dengan Nabi Sulaiman. Kemudian saya bergerak menyentuh perkara lain tentang Bugis. Janganlah disebabkan bab Ratu Balqis berdarah jin menjelekkan kita maka kita mahu menjatuhkan hukum menjelekkan penerangan seterusnya tentang keberadaan bangsa Bugis juga peribadi saya sendiri sebagai seorang penulis. Seperti disebut AbngCengkih, ini juga melibatkan permasalah dzann atau sangka2. Kalau buruk sangka, satu fakta yang kita tidak senang boleh dipetik keluar dari 100 fakta yang bermacam2 dan itulah yang kita guna untuk mencari salah-silap orang, walhal masih ada 99 fakta yang benar lagi tidak melanggar syariat.

    p/s: Saya rasa anon tersilap besar apabila menyebut bab perkahwinan manusia dengan binatang sekali. Lihat konteks asal iaitu bercerita tentang sang bedal atau buaya yang ada darah jin. Seperti di alam kita, saya difahamkan di alam jin juga ada binatangnya. Maka yang dimaksudkan sebenarnya adalah perkahwinan campur binatang dari alam manusia dengan alam jin, itu sahaja.

    BalasPadam
  18. Berkenaan Keris Beruk Berayhun, peghonah juge teman nengor dari tok teman ngatekan keris tu berada di dalam jagaan seorang perempuan di Perak sekarang nih.

    BalasPadam
  19. testing 123,sorry mencelah..,salam.ada orang kata 5bradik,mungkin 5skawan tapi dalam 5skawan ada 3bradik,yang 3bradik tu 2 lelaki 1 prompuan,tentang makam 3bradik,satu di..jugra? satu d bukit Malawati(kata orang..yang perempuan tu Melawan Mati d batu hampar),yang sulung d Jeram(kata orang dulu dulu "Seram") tapi sehingga kini tiada makamnya d jumpai..
    ada sebuah batu nisan lama berbentuk tengkorak batu d blakang umah saya,punya lah lama batu tu dok situ,baru skarang perasan ada batu tengkorak,mungkin batu nisan purba bersama harta karun,hehe..gila besar saya d buatnya.jumpa dah perubatan tradisional sampai wak itu terperanjat,dia kata saya ini keturunan "Black Commander",sebabnya dapat pisau(parang kecil)bergading gajah purba "Marmmoth ivory" atau gading kerbau putih dalam mimpi.bentuk sarungnya hampir serupa kapal "Pirate Caribbean island moviee),mungkin...nenek saya juga d antara 7 puteri Bugis,kluarga pak saya lak ada keris lama lambang bintang israel,mungkin lambang dari Raja Rom(boleh fly)tapi abang saya dah buang d sg kuala Sel,huhuhu...adoi ai..
    yang perempuannya selalu melawat makam abang sulungnya d blakang umah saya,cantik orangnya.dari sasaran sg.buloh hingga simpang kg.api api(dekat skolah asam jawa),d c tu lah kubur keramat Panglima Hitam yg masih belum umum,wallahualam.
    maka mari lah kita bersama beriman sentiasa,wasalam...Amin

    BalasPadam
  20. Banyak kesan sejarah lama di Jeram telah musnah akibat hakisan laut

    BalasPadam