Rabu, Mei 12, 2010

Ziarah Al-Rasyid ke makam-makam lama Perak : Tujuh makam Sultan di sekitar Kampung Gajah

Pagi selepas Subuh, Ahad 11 April 2010, kami anak-beranak pun bersedia menyambung ziarah...


Jika di Kuala Kangsar kami bermalam di sebuah surau di Kampung Temong, kali ini pula kami bermalam di Masjid Jamek Kampung Gajah. Mereka yang pernah mengikut saya membuat video "Sekitar Perjanjian Pangkor 1874" tahun 2008 mesti ingat masjid yang dimaksudkan...
 

Oleh kerana kami keluar awal, rasanya elok berjalan-jalan dahulu ke Pasir Salak.

 
Di sana Al-Rasyid diberi rasa sedikit semangat kepahlawanan para pejuang di hadapan masjid lama Pasir Salak. Lihat artikel Going around Pasir Salak di blogspot BERPETUALANG KE ACEH kemudian Masjid lama (Old mosque of) Pasir Salak di SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART).

  Selepas itu baru kami mula menziarah makam bermula di Kampung Melayu, Pulau Tiga 7 km ke utara Kampung Gajah.

  Walaupun papantanda menyebut nama seorang Sultan, sebenarnya terdapat 2 makam Sultan selain makam seorang ulamak di sekitar. Lihat Makam 2 Sultan dan seorang ulamak di (Tomb of 2 Sultans and a religious master at) Kampung Melayu...

  Seterusnya kami menghala kembali ke Kampung Gajah, singgah sebentar minum air di tempat rehat berdekatan simpang menuju ke jambatan. Kelihatan dalam gambar buku terbitan muzium yang digunakan sebagai panduan mencari tempat...

  Di sebelah tempat rehat terdapat papantanda menunjukkan arah ke beberapa buah makam...

  Di sini, di tempat bernama Kampung Jawa ini terdapat makam 3 orang Sultan juga makam pahlawan terkenal bernama Megat Terawis. Lihat Tiga makam Sultan di Kampung Jawa (Three tombs of Sultans at Kampung Jawa juga artikel lama Makam (the tomb of) Megat Terawis...


Kemudian baru kami menghala ke selatan Kampung Gajah. Ternampak sebuah masjid yang menarik. Lihat Masjid (Mosque of) Tok Jabar. Teringat rumah ibu saudara tempat saya menumpang di Ampang sebelum saya berkahwin lagi penghujung 2008, ibu saudara yang suaminya merupakan cucu kepada Tok Jabar...

  Masjid ini terletak berdekatan sebuah litar lumba yang dibina menghadap Kompleks Sejarah Pasir Salak di seberang Sungai Perak. Oh, terlupa pula. Selepas singgah ke masjid lama Pasir Salak, kami pergi ke Masjid Kampung Selat. Lihat Masjid (Mosque of) Selat Pulau.


  Di Pulau Juar beberapa kilometer lagi ke selatan, terdapat 2 buah makam untuk 2 orang Sultan Perak yang masing-masing ada memakai nama Muazzam. Lihat Latest visit to the tombs of the two Muazzams....

  Adapun ziarah ke makam itu adalah yang ke 3 atau ke 4 buat saya tetapi pertama kali untuk isteri dan anak. Buku rujukan yang digunakan menyatakan di sekitar itu juga terdapat makam seorang Puteri Aceh, sebuah makam yang saya belum pernah sampai. Isteri saya teruja. Dia pula yang bersemangat bertanyakan arah. Kami pun mencuba mencarinya, Alhamdulillah, dapat jumpa. Lihat Makam Puteri Aceh (Tomb of the Aceh princess) Pada peringkat ini kami sudah berjaya menziarahi makam sejumlah 22 orang Sultan Perak, 7 pada pagi Ahad, 15 hari Sabtu. Sekarang tinggal lagi 6 buah makam Sultan untuk mencukupkan jumlah 28 yang wujud di negeri Perak. Percayalah, perjalanan selepas ini lebih mencabar kerana selain satu di Teluk Intan, semuanya terletak di tempat yang amat terpencil, 3 daripadanya tidak dapat dicapai dengan kenderaan darat...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan